بسم الله الرحمن الرحيم,
الحمد لله رب العالمين و
صلى الله و سلم و بارك على نبينا محمد و آله و صحبه أجمعين,
أما بعد:
Sesungguhnya
Allah Subhanahu
wa Ta’ala telah mengutus Nabi
Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallamdengan membawa petunjuk dan agama yang haq (benar). Oleh kerana itulah, Allah Subhanahu wa
Ta’ala memenangkan agama ini
di atas seluruh agama, walaupun orang kafir tidak menyukainya. Kemudian dengan
berjalannya waktu dan jauhnya masa dari zaman kenabian, umat Islam semakin jauh
dari agamanya yang haq.
Banyak perkara yang bukan agama dianggap sebagai agama. Demikian juga, lemahnya
ilmu dan semangat mengamalkan Islam telah banyak menimpa umat ini. Maka tidak
aneh, AllahSubhanahu wa Ta’ala menimpakan kehinaan pada umat ini. Kehinaan itu tidak akan
hilang sehingga mereka kembali kepada agama-Nya.
Satu Realiti yang Menyedihkan
Satu Realiti yang Menyedihkan
Keadaan
umat dewasa ini termasuk sudah mencapai tingkatan terendah dalam sejarah Islam.
Kehinaan, keterbelakangan, dan penjajahan (baik yang terang-terangan mahupun
samar) tetap melekat pada negara-negara umat Islam. Tentunya hal ini membuat
kita berfikir dan selalu bertanya mengapa demikian dan apa yang membuat kaum
muslimin terjerumus ke dalam keadaan seperti ini. Lalu, kita pun bertanya
adakah penyelesaian dari ini semua?
Banyak
tokoh kaum muslimin mencari jalan penyelesaian menuju kejayaan Islam dengan
aneka ragam pemikiran dan konsepnya. Ada yang menjadikan ekonomi sebagai sebab
kemunduran dan solusinya adalah mengembangkan perekonomian yang unggul dan maju.
Ada juga yang menjadikan parti politik sebagai kendaraan menuju kejayaan tersebut.
Ada juga yang hanya memperhatikan adab dan budi pekerti tanpa menyentuh akidah
Islam.
Mungkin
mereka semua lupa atau belum tahu bahawa Islam adalah agama yang sempurna dan
Rasulullahshallallahu ‘alaihi wa sallam telah menjelaskan seluruh kebaikan yang akan membuat umat ini
jaya di dunia dan akhirat. Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam juga telah memperingatkan umat ini dari semua
hal yang berbahaya dan merugikan bagi dunia dan akhirat mereka. Sebagaimana
dijelaskan dalam sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam,
إِنَّهُ لَمْ يَكُنْ
نَبِيٌّ قَبْلِي إِلاَّ كَانَ حَقًّا عَلَيْهِ أَنْ يَدُلَّ أُمَّتَهُ عَلَى
خَيْرِ مَا يَعْلَمُهُ لَهُمْ وَيُنْذِرَهُمْ شَرَّ مَا يَعْلَمُهُ لَهُمْ
“Sesungguhnya tidak ada
seorang nabi pun sebelumku kecuali wajib baginya untuk menunjukkan umatnya
kepada kebaikan yang diketahuinya untuk mereka dan memperingatkan mereka dari
keburukan yang ia ketahui untuk mereka.” (HR. Muslim)
Beliau shallallahu
‘alaihi wa sallam pun
telah menjelaskan keadaan umat secara umum dalam sabdanya,
وَإِنَّ أُمَّتَكُمْ
هَذِهِ جُعِلَ عَافِيَتُهَا فِي أَوَّلِهَا وَسَيُصِيبُ آخِرَهَا بَلاَءٌ
وَأُمُورٌ تُنْكِرُونَهَا وَتَجِيءُ فِتْنَةٌ فَيُرَقِّقُ بَعْضُهَا بَعْضًا
وَتَجِيءُ الْفِتْنَةُ فَيَقُولُ الْمُؤْمِنُ هَذِهِ مُهْلِكَتِي ثُمَّ تَنْكَشِفُ
وَتَجِيءُ الْفِتْنَةُ فَيَقُولُ الْمُؤْمِنُ هَذِهِ هَذِهِ فَمَنْ أَحَبَّ أَنْ
يُزَحْزَحَ عَنْ النَّارِ وَيُدْخَلَ الْجَنَّةَ فَلْتَأْتِهِ مَنِيَّتُهُ وَهُوَ
يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ اْلآخِرِ وَلْيَأْتِ إِلَى النَّاسِ الَّذِي
يُحِبُّ أَنْ يُؤْتَى إِلَيْهِ وَمَنْ بَايَعَ إِمَامًا فَأَعْطَاهُ صَفْقَةَ
يَدِهِ وَثَمَرَةَ قَلْبِهِ فَلْيُطِعْهُ إِنْ اسْتَطَاعَ فَإِنْ جَاءَ آخَرُ
يُنَازِعُهُ فَاضْرِبُوا عُنُقَ اْلآخَرِ
“Dan sesungguhnya
(bagi) umat kalian ini, keselamatannya dijadikan di awalnya. Dan di akhirnya,
mereka akan ditimpa musibah dan perkara-perkara yang kalian ingkari, sehingga
fitnah akan datang lalu sebahagiannya menganggap kecil sebahagian yang lain.
Kemudian datanglah fitnah, seorang mukmin akan berkata, ‘Inilah kebinasaanku.’
Lalu fitnah itu hilang. Kemudian datang lagi fitnah lalu seorang mukmin
berkata, ‘Inilah, inilah.’ Barangsiapa yang ingin diselamatkan dari neraka dan
masuk ke dalam syurga, maka hendaklah kematiannya menjemputnya dalam keadaan ia
telah beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta’aladan hari akhir, dan hendaklah ia
bersikap kepada orang lain sebagaimana ia ingin orang lain bersikap demikian
terhadapnya. Barangsiapa membai’at (berjanji untuk patuh dan taat dalam
kebaikan ) kepada seorang imam dan ia telah memberikan tepukan tangannya
(perjanjiannya) dan buah hatinya, maka hendaklah mentaatinya apabila mampu.
Apabila ada seseorang menentang imam tersebut, maka bunuhlah.” (Riwayat Muslim)
Dengan
demikian, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam telah menjelaskan kemunduran umat ini,
keadaan, sebab, dan penyelesaiannya.
Realitai Umat Dalam Hadith Nabi shallallahu ‘alaihi
wa sallam
Jika
kita melihat kenyataan umat Islam ini dengan pandangan agama Islam, kita akan
mendapati realiti umat yang terpuruk. Sesungguhnya, hal ini telah diberitakan
oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Inilah di antara realita umat Islam ini.
عَنْ ثَوْبَانَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُوشِكُ اْلأُمَمُ أَنْ
تَدَاعَى عَلَيْكُمْ كَمَا تَدَاعَى الْأَكَلَةُ إِلَى قَصْعَتِهَا فَقَالَ
قَائِلٌ وَمِنْ قِلَّةٍ نَحْنُ يَوْمَئِذٍ قَالَ بَلْ أَنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيرٌ
وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ وَلَيَنْزَعَنَّ اللَّهُ مِنْ صُدُورِ
عَدُوِّكُمْ الْمَهَابَةَ مِنْكُمْ وَلَيَقْذِفَنَّ اللَّهُ فِي قُلُوبِكُمْ الْوَهْنَ
فَقَالَ قَائِلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا الْوَهْنُ قَالَ حُبُّ الدُّنْيَا
وَكَرَاهِيَةُ الْمَوْتِ
Dari Tsauban, dia berkata, “Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Hampir-hampir bangsa-bangsa (kafir)
saling mengajak untuk memerangi kalian sebagaimana orang-orang yang hendak
makan saling mengajak menuju piring besar mereka.’ Seorang sahabat bertanya,
‘Apakah itu disebabkan sedikitnya jumlah kami pada hari itu?’ Beliau
shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, ’Tidak, bahkan pada hari itu kalian
banyak, tetapi kalian adalah buih/sampah bagaikan buih/sampah banjir. Dan Allah
Subhanahu wa Ta’ala akan menghilangkan rasa gentar/takut dari dada musuh-musuh
kalian terhadap kalian. Dan Allah Subhanahu wa Ta’alaakan menimpakan ‘wahn’
(kelemahan) di dalam hati kalian.’ Seorang sahabat bertanya, ‘Wahai
Rasulullah, apakah yang menyebabkan kelemahan itu?’ Beliau
menjawab, ‘Cinta dunia dan membenci kematian.’.” (Riwayat Abu Daud: no. 4297; Ahmad: 5/278; Abu
Nu’aim di dalam Hilyatul Auliya’: 1/182. Hadith ini berderajat shahih lighairihi)
Syekh
Salim bin ‘Ied al-Hilali hafidzuhullah menjelaskan sebagian kandungan hadith yang mulia ini, “Bahawa
umat Islam telah menjadikan dunia sebagai keinginannya yang terbesar dan
sebagai puncak ilmunya. Oleh kerana itu, mereka membenci kematian dan mencintai
kehidupan (dunia), kerana mereka membangun dunia tetapi tidak berbekal untuk
akhirat.” (Limaadza Ikhtartu al-Manhajas Salafii, hlm.11)
Ini
yang Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam takutkan, iaitu bila umat ini telah sampai
pada keadaan seperti ini.
Dari
Abdullah bin Amr bin Al Ash radhiallahu ‘anhu dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إِذَا فُتِحَتْ
عَلَيْكُمْ فَارِسُ وَالرُّومُ أَيُّ قَوْمٍ أَنْتُمْ قَالَ عَبْدُ الرَّحْمَنِ
بْنُ عَوْفٍ نَقُولُ كَمَا أَمَرَنَا اللَّهُ قَالَ أَوْ غَيْرَ ذَلِكَ
تَتَنَافَسُونَ ثُمَّ تَتَحَاسَدُونَ ثُمَّ تَتَدَابَرُونَ ثُمَّ تَتَبَاغَضُونَ
أَوْ نَحْوَ ذَلِكَ ثُمَّ تَنْطَلِقُونَ فِي مَسَاكِينِ الْمُهَاجِرِينَ
فَتَجْعَلُونَ بَعْضَهُمْ عَلَى رِقَابِ بَعْضٍ
“Jika negara Parsi dan Romawi telah ditaklukan
untuk kalian, kaum apakah kalian?” Abdurrahman bin Auf berkata, “Kami berbuat
sebagaimana yang Allah Subhanahu wa Ta’ala perintahkan kepada kami.”[1]Beliau shallallahu
‘alaihi wa sallam berkata, “Tidak seperti itu, kalian akan berlumba-lumba
kemudian saling hasad (iri hati), kemudian saling membenci lalu saling
bermusuhan. Kemudian kalian berangkat ke tempat-tempat tinggal kaum muhajirin
dan kalian menjadikan sebahagian mereka membunuh sebahagian yang lain.” (Riwayat Muslim)
Oleh
kerana itu, ketika gudang harta Kisra (Raja Parsi) ditaklukkan, Umar bin
Khaththab radhiyallahu ‘anhu menangis dan berkata,
إِنَّ هَذَا لَمْ
يَفْتَحْ عَلَى قَوْمٍ قَطْ إِلاَّ جَعَلَ الله ِبَأْسَهُمْ بَيْنَهُمْ
“Sesungguhnya ini tidak dibukakan bagi suatu
kaum, kecuali Allah Subhanahu wa Ta’ala menjadikan peperangan di antara
mereka.”
Apa
yang ditakutkan oleh khalifah Umar bin al-Khaththab radhiyallahu
‘anhu ini pun akhirnya
terjadi. Mulailah bermunculan perpecahan yang membuat kaum kafir mampu
menghancurkan kaum muslimin. Sebagaimana telah disebutkan dengan jelas dalam
hadith Tsauban radhiallahu ‘anhu
عَنْ ثَوْبَانَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : وَإِنِّي سَأَلْتُ
رَبِّي ِلأُمَّتِي أَنْ لاَ يُهْلِكَهَا بِسَنَةٍ بِعَامَّةٍ وَلاَ يُسَلِّطَ
عَلَيْهِمْ عَدُوًّا مِنْ سِوَى أَنْفُسِهِمْ فَيَسْتَبِيحَ بَيْضَتَهُمْ وَإِنَّ
رَبِّي قَالَ لِي يَا مُحَمَّدُ إِنِّي إِذَا قَضَيْتُ قَضَاءً فَإِنَّهُ لاَ
يُرَدُّ وَلاَ أُهْلِكُهُمْ بِسَنَةٍ بِعَامَّةٍ وَلاَ أُسَلِّطُ عَلَيْهِمْ
عَدُوًّا مِنْ سِوَى أَنْفُسِهِمْ فَيَسْتَبِيحَ بَيْضَتَهُمْ وَلَوْ اجْتَمَعَ
عَلَيْهِمْ مِنْ بَيْنِ أَقْطَارِهَا أَوْ قَالَ بِأَقْطَارِهَا حَتَّى يَكُونَ
بَعْضُهُمْ يُهْلِكُ بَعْضًا وَحَتَّى يَكُونَ بَعْضُهُمْ يَسْبِي بَعْضًا
Dari Tsauban, dia berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa
sallam bersabda, ‘Sesungguhnya aku memohon kepada Rabbku untuk umatku agar Dia
tidak membinasakan umatku dengan paceklik yang merata, dan agar Dia tidak
menjadikan musuh dari selain mereka menguasai mereka, sehingga musuh itu akan
merampas daerah mereka. Dan sesungguhnya Rabbku berkata kepadaku,’Wahai Muhammad,
sesungguhnya jika Aku telah menetapkan satu keputusan, maka itu tidak akan
ditolak. Dan Aku tidak akan membinasakan mereka (umatmu) dengan paceklik yang
merata. Dan Aku tidak akan menjadikan musuh dari selain mereka menguasai
mereka, sehingga musuh itu akan merampas daerah mereka, walaupun musuh
berkumpul dari berbagai penjuru bumi, sampai sebahagian mereka (umatmu)
membinasakan sebahagian yang lain, dan sampai sebahagian mereka (umatmu)
menjadikan tawanan sebagian yang lain.’.”(Riwayat Abu Daud: no.4252; Ahmad: 5/278, 284; Al-Baihaqi:
no.3952. Dishahihkan al-Albani)
Lalu
apa yang membuat kekuatan kaum muslimin dan bentengnya runtuh sehingga mereka
terjangkit penyakit cinta dunia dan takut mati? Jawabannya kita dapatkan pada
petunjuk kenabian yang ada pada hadits Hudzaifah bin al-Yaman radhiallahu
‘anhu, beliau radhiallahu
‘anhu berkata,
كَانَ النَّاسُ
يَسْأَلُونَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الْخَيْرِ
وَكُنْتُ أَسْأَلُهُ عَنْ الشَّرِّ مَخَافَةَ أَنْ يُدْرِكَنِي فَقُلْتُ يَا رَسُولَ
اللَّهِ إِنَّا كُنَّا فِي جَاهِلِيَّةٍ وَشَرٍّ فَجَاءَنَا اللَّهُ بِهَذَا
الْخَيْرِ فَهَلْ بَعْدَ هَذَا الْخَيْرِ مِنْ شَرٍّ قَالَ نَعَمْ قُلْتُ وَهَلْ
بَعْدَ ذَلِكَ الشَّرِّ مِنْ خَيْرٍ قَالَ نَعَمْ وَفِيهِ دَخَنٌ قُلْتُ وَمَا
دَخَنُهُ قَالَ قَوْمٌ يستنون بغير سنتي ويَهْدُونَ بِغَيْرِ هَدْيِي تَعْرِفُ
مِنْهُمْ وَتُنْكِرُ قُلْتُ فَهَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الْخَيْرِ مِنْ شَرٍّ قَالَ
نَعَمْ دُعَاةٌ عَلَى أَبْوَابِ جَهَنَّمَ مَنْ أَجَابَهُمْ إِلَيْهَا قَذَفُوهُ
فِيهَا قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ صِفْهُمْ لَنَا قَالَ هُمْ مِنْ جِلْدَتِنَا
وَيَتَكَلَّمُونَ بِأَلْسِنَتِنَا قُلْتُ فَمَا تَأْمُرُنِيإِنْ أَدْرَكَنِي
ذَلِكَ قَالَ تَلْزَمُ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِينَ وَإِمَامَهُمْ قُلْتُ فَإِنْ لَمْ
يَكُنْ لَهُمْ جَمَاعَةٌ وَلاَ إِمَامٌ قَالَ فَاعْتَزِلْ تِلْكَ الْفِرَقَ كُلَّهَا
وَلَوْ أَنْ تَعَضَّ بِأَصْلِ شَجَرَةٍ حَتَّى يُدْرِكَكَ الْمَوْتُ وَأَنْتَ
عَلَى ذَلِكَ
“Orang-orang bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa
sallam tentang kebaikan sedangkan aku bertanya kepadanya tentang keburukan kerana
aku takut jangan-jangan keburukan itu akan menimpaku. Maka aku bertanya, ‘Wahai
Rasulullah, kami dahulu berada di zaman jahiliyah dan keburukan, lalu Allah
Subhanahu wa Ta’alamemberikan kami kebaikan ini, apakah setelah kebaikan ini
ada keburukan?’ Beliau menjawab, ‘Ya.’ Aku bertanya, ‘Dan apakah setelah
keburukan itu ada kebaikan?’ Beliau menjawab, ‘Ya, dan padanya ada kabut
(dakhan).’ Aku bertanya lagi, ‘Apa kabut (dakhan) tersebut?’ Beliau menjawab,
‘Satu kaum yang mengikuti teladan selain sunnah (ajaran)ku, dan mengambil
petunjuk selain petunjukku, kamu menganggap baik dari mereka dan kamu pun
mengingkarinya.’ Aku bertanya lagi, ‘Apakah setelah kebaikan itu ada keburukan
lagi.’ Beliau menjawab, ‘Ya, para dai yang mengajak ke pintu-pintu neraka
(jahanam). Barangsiapa yang menerima ajakan mereka, niscaya mereka jerumuskan
ke dalam neraka.’ Aku bertanya lagi, ‘Wahai Rasulullah, beritahukanlah kepada
kami tentang sifat-sifat mereka?’ Beliau menjawab, ‘Mereka dari kaum kita dan
berbicara dengan bahasa kita.’ Aku bertanya lagi, ‘Wahai Rasulullah, apa yang
engkau perintahkan kepadaku jika aku menemuinya?’ Beliau menjawab, ‘Berpegang
teguhlah pada jamaah kaum muslimin dan imamnya,’ Aku bertanya lagi, ‘Bagaimana
jika tidak ada jamaah mahupun imam?’ Beliau menjawab, ‘Hindarilah semua
kelompok-kelompok itu, walaupun dengan menggigit pokok pohon hingga kematian
menjemputmu dalam keadaan seperti itu.” (Riwayat Muslim)
Syekh
Salim bin ‘Ied al-Hilali hafidzuhullah menyatakan, “Sesungguhnya racun berbahaya yang menghancurkan
kekuatan kaum muslimin, melumpuhkan gerakan mereka, dan merenggut berkahnya,
bukanlah pedang-pedang orang kafir yang berkumpul mengadakan tipu daya terhadap
Islam, pemeluknya, dan negaranya. Akan tetapi, dia adalah bakteri penyakit yang
keji yang merebak di dalam tubuh Islam yang besar dalam waktu yang sangat
lambat tetapi terus menerus dan efektif (berdaya guna). Hal ini menegaskan
bahwa penamaan orang-orang Yahudi terhadap negara Islam dengan nama “laki-laki
yang sakit” (the sickman)
sangat tepat sekali, kerana merekalah yang menanamkan bakteri syahwat dan virus
syubhat (kerancuan ) ke dalam tatanan negara Islam, kemudian tumbuh dan berkembang
di bawah pemeliharaan dan pembinaan mereka.” (Limaadza Ikhtartu al-Manhajas Salafii)
Dalam
hadith di atas telah jelaslah bahwa penyebab kehancuran kaum muslimin adalah
kebid’ahan dan dai-dai sesat. Kemudian, dai-dai sesat pembuat fitnah sangat
semangat dalam melancarkan program-programnya. Sebaliknya, orang-orang yang
berada dalam kebenaran, lengah dan terlelap. Buktinya adalah dakhan (kabut) ini membesar sampai mengalahkan
kebenaran, menyerang kebenaran dan ahlinya, menyerahkan urusan kepada selain
ahlinya, serta meletakkan kebenaran bukan pada tempatnya. Di sinilah Rasulullah shallallahu
‘alaihi wa sallam menyampaikan
sabdanya,
سَيَأْتِيْ سَنَوَاتٌ
خَدَّعَاتٌ يُصَدَّقُ فِيْهِنَّ الْكَاذِبُ وُيُكَذَّبُ فِيْهِنَّ الصَادِقُ وَ
يُؤْتَمَنُ الخَائِنُ وَيُخَوَّنُ الأَمِيْنُ وَيَنْطِقُ فِيْهِنَّ الرُوَيْبِضَةُ
فَقِيْل: وَمَا الرُوَيْبِضَةُ ؟ قَالَ: الرَجَلُ التَافَةُ يَتَكَلَّمُ فِيْ
أَمْرِ العَامَةِ
“Akan datang masa-masa yang menipu. (Pada saat
itu), para pendusta dibenarkan dan orang-orang yang jujur didustakan, para
pengkhianat diberi amanat dan orang yang (menjaga) amanat dianggap pengkhianat,
dan pada masa itu para ruwaibidhah berbicara. Lalu ada yang mengatakan,
‘Siapakah “ruwaibidhah” itu?’ Beliau menjawab, ‘Orang bodoh yang berbicara
tentang permasalahan umat.’” (Riwayat Ibnu Majah dan Ahmad)
Syekh
Abdurrahman bin Yahya Al-Mu’allimi hafidzuhullah menyampaikan bahawa realiti umat Islam dewasa
ini terjadi kerana tiga perkara:
-
Pertama: Bercampurnya sesuatu yang bukan berasal dari agama (Islam) dengan
sesuatu yang berasal dari agama (Islam).
-
Kedua: Lemahnya keyakinan terhadap sesuatu yang termasuk bagian dari agama
(Islam).
-
Ketiga: Tidak mengamalkan hukum-hukum agama (Islam).
Apabila
kesimpulan beliau dicermati, ternyata (akar permasalahan) kembali kepada
kebid’ahan yang tercampur di dalam agama ini. Kebid’ahan inilah yang melemahkan
keyakinan kaum muslimin terhadap ajaran agamanya, sebagaimana diisyaratkan
dalam hadith Hudzaifah. Dari kurang yakinnya kaum muslimin terhadap ajaran
Islam, muncullah kecintaan kepada dunia yang menghantarkan mereka untuk
meninggalkan hukum-hukum agama yang mulia ini.
[1] Kami memuji,
mensyukuri, dan memohon tambahan keutamaan-Nya. (an-Nawawi: 18/96)
KEMBALI KEPADA ISLAM
Dengan
keadaan yang buruk disebabkan jauhnya dari agama Allah, maka keadaan umat ini
tidak akan menjadi baik kecuali dengan kembali menuju agama ini. Solusi ini
bukanlah ijtihad (penentuan pendapat oleh ulama tentang hukum suatu hal dalam
Islam, berdasarkan Alquran dan Assunah ) dari ulama yang berijtihad, namun ketetapan Nabi shallallahu
‘alaihi wa sallam. Oleh kerana itu,
semua pendapat yang bertentangan dengan nash (dalil tegas) dari Nabi shallallahu
‘alaihi wa sallam adalah
tertolak, kerana Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam telah menjelaskan penyelesaian kemuliaan umat ini, sebagaimana
hadith di bawah ini,
عَنْ ابْنِ عُمَرَ
قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: إِذَا
تَبَايَعْتُمْ بِالْعِينَةِ وَأَخَذْتُمْ أَذْنَابَ الْبَقَرِ وَرَضِيتُمْ
بِالزَّرْعِ وَتَرَكْتُمْ الْجِهَادَ سَلَّطَ اللَّهُ عَلَيْكُمْ ذُلاًّ لاَ
يَنْزِعُهُ حَتَّى تَرْجِعُوا إِلَى دِينِكُمْ
Dari Ibnu Umar, dia berkata, “Aku mendengar
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Jika kamu berjual-beli
‘inah (semacam riba), kamu memegangi ekor-ekor sapi, kamu puas dengan tanaman,
dan kamu meninggalkan jihad, maka Allah Subhanahu wa Ta’alapasti akan
menimpakan kehinaan kepadamu. Dia tidak akan menghilangkan kehinaan itu
sehingga kamu kembali menuju agamamu.’.”(Riwayat Abu Daud: no.3462; Ahmad: no.4825;
dll. Lihat: Ash-Shahiihah: no.11)
Syekh al-Albani menyatakan, “Kalau begitu, satu-satunya terapi adalah kembali menuju agamamu, namun agama ini-–sebagaimana diketahui oleh semua orang khususnya para penuntut ilmu agama–sangat diperselisihkan. Perselisihan ini tidak hanya terbatas pada permasalahan furu’ (cabang)-–sebagaimana sangkaan banyak penulis dan ulama–. Akan tetapi, perselisihan ini telah melampaui permasalahan akidah.”
Syekh al-Albani menyatakan, “Kalau begitu, satu-satunya terapi adalah kembali menuju agamamu, namun agama ini-–sebagaimana diketahui oleh semua orang khususnya para penuntut ilmu agama–sangat diperselisihkan. Perselisihan ini tidak hanya terbatas pada permasalahan furu’ (cabang)-–sebagaimana sangkaan banyak penulis dan ulama–. Akan tetapi, perselisihan ini telah melampaui permasalahan akidah.”
Kemudian
beliau mempertanyakan, “Agama mana yang harus kita jadikan tempat kembali?” (At-Tashfiyah wat
Tarbiyah wa Haajatul Muslimin Ilaiha, hlm.14-15)
Permasalahan
ini dijawab oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, yang disampaikan oleh Abu Waaqid al-Laitsi radhiyallahu
‘anhu,
إِنَّ رَسُوْلَ اللهِ
قَالَ وَ نَحْنُ جُلُوْسٌ عَلَى الْبِسَاطِ : إِنَّهَا سَتَكُوْنُ فِتْنَةٌ
قَالُوْا : كَيْفَ نَفْعَلُ يَا رَسُوْلَ الله؟ قَالَ : فَرَدَّ يَدَهُ إِلَى
الْبِسَاطِ فَأَمْسَكَ بِهِ قَألَ : تَفْعَلُوْنَ كَذَا
وَذَكَرَهُمْ رَسُوْلُ
اللهِ يَوْمًا أَنَّهَا سَتَكُوْنُ فِتْنَةٌ فَلَمْ يَسْمَعْهُ كَثِيْرٌ منَ
النَّاسِ فَقَالَ مُعَاذُ : تَسْمَعُوْنَ مَا يَقُوْلُ رَسُوْلُ اللهِ ؟ قَألُوْا
: مَا قَالَ ؟ قَالَ : يَقُوْلُ : إِنَّهَا سَتَكُوْنُ فِتْنَةٌ قَالُوْا : كَيْفَ
بِنَا يَا رَسُوْلَ الله؟ أَوْ كَيْفَ نَصْنَعُ ؟ قَالَ : تَرْجِعُوْنَ إِلَى
أَمْرِكُمُ الأَوَّلِ
“Sesungguhnya Rasulullah pernah berkata,
sedangkan kami dalam keadaan duduk-duduk di tikar, ‘Akan muncul fitnah.’ Mereka
bertanya, ‘Apa yang kami kerjakan, wahai Rasulullah?’.” Abu Waaqid menyatakan,
“Lalu beliau mengembalikan tangannya ke tikar lalu memegangnya dan berkata,
‘Kerjakan demikian!’.
Rasulullah pada satu hari menjelaskan kepada
mereka bahwa fitnah (ujian) akan datang, lalu banyak orang yang tidak
mendengarnya. Maka Mu’adz berkata, ‘Apakah kalian mendengar apa yang dikatakan
Rasulullah?’ Mereka menjawab, ‘Apa yang dikatakannya?’ Mu’adz berkata, ‘Beliau
bersabda, ‘Akan muncul fitnah.’ Mereka bertanya, ‘Bagaimana dengan kami, wahai
Rasulullah? Atau apa yang harus kami lakukan?’ Beliau menjawab, ‘Kembalilah
kepada perkaramu yang pertama.’.” (lihat: Silsilah
Shahiihah: no.11)
Dalam
hadith yang mulia ini Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menjelaskan terjadinya fitnah, ujian, dan
musibah yang menimpa kaum muslimin. Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam juga menjelaskan jalan keluar dari semua
(permasalahan) ini, yaitu dengan kembali kepada perkara pertama, yaitu ajaran Rasulullah shallallahu
‘alaihi wa sallam dan
para sahabatnya , sebagaimana disampaikan dalam hadith Irbaadh bin Saariyah radhiallahu
‘anhu yang berbunyi,
وَعَظَنَا رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَوْعِظَةً ذَرَفَتْ مِنْهَا
الْعُيُونُ وَوَجِلَتْ مِنْهَا الْقُلُوبُ فَقُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ
هَذِهِ لَمَوْعِظَةُ مُوَدِّعٍ فَمَاذَا تَعْهَدُ إِلَيْنَا قَالَ قَدْ
تَرَكْتُكُمْ عَلَى الْبَيْضَاءِ لَيْلُهَا كَنَهَارِهَا لاَ يَزِيغُ عَنْهَا
بَعْدِي إِلاَّ هَالِكٌ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ فَسَيَرَى اخْتِلاَفًا كَثِيرًا
فَعَلَيْكُمْ بِمَا عَرَفْتُمْ مِنْ سُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ
الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيِّينَ عَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ وَعَلَيْكُمْ
بِالطَّاعَةِ وَإِنْ عَبْدًا حَبَشِيًّا فَإِنَّمَا الْمُؤْمِنُ كَالْجَمَلِ
اْلأَنِفِ حَيْثُمَا قِيدَ انْقَادَ
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam
telah menasihati kami dengan sebuah nasihat yang membuat mata kami meneteskan
air mata dan membuat hati kami bergetar. Maka kami berkata, ‘Wahai, Rasulullah!
Sungguh ini adalah nasihat perpisahan, maka apa yang engkau wasiatkan kepada
kami?’ Beliau berkata, ‘Sungguh telah aku tinggalkan kalian di atas jalan yang
sangat jelas, siangnya seperti malamnya, tidaklah (seseorang) berpaling
darinya setelahku kecuali (dia) binasa. Barangsiapa diantara kalian yang hidup,
dia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka wajib bagi kalian untuk
berpegang teguh kepada sunnah (ajaran)ku dan sunnah Khulafaaurraasyidiin (para
khalifah yang mendapatkan petunjuk dan lurus) yang telah kalian ketahui.
Gigitlah (sunnah tersebut) dengan gigi geraham. Wajib atas kalian untuk taat
(kepada pemerintah), walaupun yang memerintah adalah budak habsyi (budak
berkulit hitam), kerana sesungguhnya seorang mukmin itu seperti unta yang
diberi tali kendali, kemana dia diikat maka ia akan patuh.” (Riwayat Ibnu Majah dan Ahmad)
Dalam
riwayat lain dinyatakan,
أُوصِيكُمْ بِتَقْوَى
اللَّهِ وَالسَّمْعِ وَالطَّاعَةِ وَإِنْ عَبْدًا حَبَشِيًّا فَإِنَّهُ مَنْ
يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِي فَسَيَرَى اخْتِلاَفًا كَثِيرًا فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي
وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الْمَهْدِيِّينَ الرَّاشِدِينَ تَمَسَّكُوا بِهَا
وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ اْلأُمُورِ
فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ
“Aku wasiatkan kepada kamu untuk bertakwa
kepada Allah, mendengar dan taat (kepada penguasa kaum muslimin) walaupun (dia)
seorang budak habsyi (budak berkulit hitam). Kerana sesungguhnya barangsiapa
yang hidup setelahku, maka dia akan melihat banyak perselisihan. Maka wajib
kalian untuk berpegang teguh kepada sunnahku dan sunnah para
Khulafaaurraasyidiin (para khalifah yang mendapatkan petunjuk dan lurus).
Peganglah dan gigitlah (sunnah tersebut) dengan gigi geraham. Jauhilah semua
perkara baru (dalam agama), karena semua perkara baru (dalam agama) adalah
bid’ah, dan semua bid’ah adalah sesat.” (Riwayat Abu Daud: no.4607; Tirmidzi: 2676;
ad-Darimi; Ahmad; dan lainnya dari Al ‘Irbadh bin Saariyah)
Al-Hafizh
Ibnu Rajab rahimahullah menyatakan, “Sabda Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam “مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِي”
berisi berita dari Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam tentang banyaknya perselisihan dalam masalah usul(pokok) agama dan furu’ (cabang)nya, serta perkataan, perbuatan, dan
keyakinan yang menimpa umat ini. Hal ini sesuai dengan hadith yang
diriwayatakan tentang perpecahan umat menjadi 73 golongan, semuanya masuk
neraka kecuali satu kelompok yaitu yang berada diatas ajaran Rasulullah shallallahu
‘alaihi wa sallam dan
para sahabatnya radhiyallahu ‘anhum. Demikian juga hadith ini berisi perintah untuk berpegang teguh
dengan sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan sunnah Khulaafaurraasyidiin setelah beliau, ketika terjadi perpecahan dan
perselisihan.
Siapakah yang Berada Di Atas Ajaran Rasulullah shallallahu
‘alaihi wa sallam dan Para Sahabatnyaradhiallahu ‘anhum?
Orang
yang memperhatikan hadith-hadith di atas akan mengetahui dengan benar jalan
kembali tersebut. Apalagi hal ini telah diisyaratkan dalam sabda Rasulullah shallallahu
‘alaihi wa sallam,
خَيْرُكُمْ قَرْنِي
ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ قَالَ عِمْرَانُ لاَ
أَدْرِي أَذَكَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعْدُ قَرْنَيْنِ
أَوْ ثَلاَثَةً
“Sebaik-baik kalian
adalah generasiku (sahabat), kemudian yang menyusul mereka (tabi’in), kemudian
yang menyusul mereka (tabi’ut tabi’in).”
Imran berkata, ‘Saya tidak ingat dengan benar apakah Nabi
shallallahu ‘alaihi wa sallam menyampaikan setelah itu dua generasi atau tiga
generasi.” (Riwayat Bukhari)
Bila
melihat kepada kejadian dan peristiwa sejarah masa lalu, maka jelaslah bahwa
orang yang paling kuat berpegang kepada jalan dan ajaran tiga generasi di atas
adalah Ahlususnah dengan berbagai namanya, seperti ahli hadith (orang yang berusaha mempelajari dan mengamalkan
hadith Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ), salafiyyuun (pengikut para sahabat, tabiin, dan tabi’ut
tabi’in -), dan al-ghuraba’ (orang-orang yang asing ).
Imam
Abul Qasim Isma’il at-Taimi al-Ashbahani menyatakan,
“Kami
mengenal sunnah (ajaran) Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melalui atsar yang diriwayatkan dengan sanad yang shahih. Kelompok ini–yaitu ash-habul
hadith–adalah orang yang
paling semangat menuntutnya, lebih semangat mengamalkannya, dan lebih mengikuti
pemiliknya (Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam). Maka wajib bagi kita untuk berpegang teguh
dengan Alquran dan Assunah, kerana merekalah ahlinya, bukan kelompok yang
lainnya. Oleh kerana orang yang mengaku ahli dalam bidang tertentu, apabila
tidak ada padanya sesuatu yang menunjukkan keahliannya, maka ia telah
membatalkan pengakuannya. Keahlian seseorang diketahui dengan alatnya. Apabila
engkau melihat seseorang membuka pintu tokoh nya dengan membawa pemanggang besi
(al-kiir), palu, dan lempengan untuk pukulan (sanadan), maka engkau tahu kalau ia adalah pandai
besi. Apabila engkau melihat seseorang membawa jarum dan gunting, maka engkau
tahu bahwa ia adalah seorang penjahit. Kapan saja seorang penjual kurma berkata
kepada penjual minyak wangi, “Saya adalah penjual minyak wangi,” maka ia akan
menjawab, “Engkau berdusta, sayalah penjual minyak wangi.” Semua orang umum
yang menyaksikan akan membenarkan ucapannya (bahwa penjual kurma itu berdusta).
Kami mendapati sahabat-sahabat kami bepergian mencari atsar yang menunjukkan sunnah-sunnah Nabi shallallahu
‘alaihi wa sallam, lalu mereka
mengambilnya dari sumbernya, dan mengumpulkan dari tempat-tempatnya serta
menghafalnya. Mereka juga mengajak manusia untuk mengikutinya dan tidak
menyelisihinya. Sunnah-sunnah ini (akhirnya) menjadi banyak berada pada mereka
dan ditangan mereka hingga mereka terkenal dengannya, sebagaimana terkenalnya
tukang roti dengan rotinya, penjual kurma dengan kurmanya, dan penjual minyak
wangi dengan minyak wanginya. Sebaliknya, engkau melihat orang-orang lain
terbalik pengetahuan danittiba’ (sikap mengikuti
tuntunan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam)nya, mencela sunnah (ajaran Nabi shallallahu ‘alaihi wa
sallam), dan memotivasi
manusia agar tidak memperhatikan pengumpulan sunnah dan penyebarannya serta
menggelari sunnah dan ahli sunnah dengan gelaran yang paling buruk. Maka kami mengetahui dengan
indikasi-indikasi ini bahawa mereka yang bersemangat mengumpulkan sunnah,
menghafal, dan mengikutinya lebih pantas daripada kelompok-kelompok lain yang
tidak memperhatikannya. Hal tersebut kerana yang dimaksud ittiba’ menurut para ulama adalah mengambil
sunnah-sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam yang telah shahih dan yang diperintahkan untuk
mengamalkannya dan berhenti dari larangannya. Indikasi-indikasi ini tampak
jelas pada ahli sunnah yang layak menyandang nama ini.”
Memang
demikianlah mereka, seperti yang disampaikan oleh Manshur bin ‘Amaar as-Sulami
al-Khurasani, seorang ulama yang hidup ditahun 200-an, dalam penuturannya,
“Allah Subhanahu wa
Ta’ala menugaskan penjagaan atsar (peninggalan para sahabat ) yang menafsirkan
Alquran dan sunnah-sunnah yang kokoh bangunannya kepada sekelompok orang-orang
pilihan. AllahSubhanahu wa Ta’ala memberikan mereka taufik untuk mencarinya dan menuliskannya, dan
memberikan kekuatan kepada mereka dalam memelihara dan menjaganya. Allah Subhanahu wa
Ta’ala juga memberikan
kecintaan membaca dan mempelajarinya kepada mereka, dan menghilangkan dari
mereka perasaan lelah dan bosan, duduk dan bepergian, mengorbankan jiwa dan
harta dengan menyeberangi hal-hal yang menakutkan. Mereka bepergian dari satu
negeri ke negeri lainnya untuk menuntut ilmu di setiap tempat dalam keadaan
rambut yang kusut, pakaian compang-camping, perut lapar, mulut kering, wajah
pucat kerana kelelahan dan kelaparan, dan badan yang kurus. Mereka memiliki
satu tekad kuat dan ridha kepada ilmu sebagai petunjuk dan pemimpinnya. Rasa
lapar dan haus tidak memutus mereka dari hal itu. Juga musim panas dan dingin,
tidak membuat mereka bosan dalam memilah-milah yang shahih dari yang bermasalah,
dan yang kuat dari yang lemah (dari sunnah-sunnah) dengan pemahaman yang kuat,
pandangan yang luas, dan hati yang sangat mengerti kebenaran. Sehingga (mereka)
dapat menjaga dari kesesatan orang yang suka menduga-duga, perbuatan bid’ah
orang-orang mulhid (orang yang menyimpang dari kebenaran), dan kedustaan para
pendusta. Seandainya engkau melihat mereka (para penjaga atsar ), mereka menghidupkan malam hari dengan
menulis semua yang telah mereka dengar, mengkoreksi semua yang telah mereka
kumpulkan, dalam keadaan menjauhi kasur empuk dan pembaringan yang menggiurkan.
Rasa mengantuk pun telah menguasai mereka sehingga menidurkannya dan lepaslah
pena-pena dari telapak tangan mereka; namun seketika itu juga mereka tersadar
dalam keadaan terkejut.
Kelelahan
telah memberikan rasa sakit pada punggung mereka, dan keletihan berjaga waktu
malam telah melelahkan akal fikiran mereka, sehingga mereka berusaha
menghilangkannya. Untuk mengistirahatkan badan, mereka berusaha berpindah dari
satu tempat ke tempat yang lain. Untuk menghilangkan rasa mengantuk dan
tidurnya, mereka memijat-mijat mata dengan tangan mereka, kemudian kembali
menulis kerana semangat yang tinggi dan kecintaan mereka kepada ilmu. Hal ini,
tentu membuat engkau mengerti, bahwa mereka adalah penjaga Islam dan penjaga
gudang ilmu Allah. Apabila mereka telah selesai menunaikan sebahagian yang
mereka tuntut dari keinginan-keinginannya tersebut, maka mereka pulang menuju
negerinya, lalu duduk menetap di masjid-masjid dan memakmurkannya dengan
menggunakan pakaiantawadhu` (kerendahan hati),
pasrah, dan menyerah. Mereka berjalan dengan rendah hati, tidak mengganggu
tetangga dan tidak melakukan perbuatan buruk, hingga apabila ada penyimpangan
atau orang yang keluar dari agama, maka mereka keluar sebagaimana keluarnya
singa dari kandangnya untuk mempertahankan syiar-syiar Islam.[1]
[1] Al-Muhaddith
al-Fashil Baina ar-Rawi wa al-Wa’i, hlm. 220-221. Dinukil dari Manhaj
al-Muhadditsin fi Taqwiyat al-Ahadith al-Hasanah wa al-Dha’ifah, hlm.6-7.
Bagaimana Dengan Zaman Ini?
Orang yang memperhatikan perjalanan para ulama ahlus
sunnah di masa yang
lalu dan sekarang akan mendapati bahwa para ulama ahlus
sunnah menempuh jalan
yang satu dalam berdakwah, di atas ilmu danbashirah (hujjah/argumentasi
yang nyata), seperti dijelaskan Allah,
قُلْ
هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُوا إِلَى اللهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي
وَسُبْحَانَ اللهِ وَمَآ أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ
“Katakanlah, ‘Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang
mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah Subhanahu wa Ta’aladengan hujjah yang
nyata. Mahasuci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang musyrik.” (QS.
Yusuf: 108)
Dakwah mereka mencakup ilmu, belajar (ta’allum) dan
mengajar (ta’liim). Metode
ini dibangun diatas tiga dasar: mengetahui kebenaran, berdakwah kepadanya, dan
teguh di atasnya. Metode ini harus ditempuh dengan tashfiyah
dan tarbiyah.
Tashfiyah (pemurnian) adalah memurnikan Islam pada semua bidangnya dari semua perkara yang asing dan jauh darinya.
Tashfiyah (pemurnian) adalah memurnikan Islam pada semua bidangnya dari semua perkara yang asing dan jauh darinya.
Tarbiyah (pembinaan)
adalah membina generasi-generasi Islam di zaman ini, yang sedang tumbuh dengan
Islam yang telah dimurnikan. (At-Tashfiyah
wat Tarbiyah, hlm.19, karya Syekh Ali bin Hasan al-Halabi)
Mengapa Harus Tashfiyah
Bila kita perhatikan realiti umat ini dan hadith-hadith Nabi shallallahu
‘alaihi wa sallam yang
telah disampaikan di atas, kita mendapati bahwa ajaran Islam telah terkotori kebid’ahan dan
perkara-perkara yang justru menyelisihi hakikat ajaran Rasulullah shallallahu
‘alaihi wa sallam yang
telah difahami generasi pertama umat ini. Atas dasar itulah, sangat perlu
dilakukan pembaharuan dan pemurnian ajaran tersebut dari yang mengotorinya.
Syekh Muhammad al-Basyir al-Ibrahimi menjelaskan,
“Setelah kita berfikir, meneliti, dan mengkaji keadaan umat
dengan tempat tumbuh penyakit-penyakitnya, maka kita benar-benar mengetahui bahawa
jalan-jalan bid’ah dalam Islam adalah sebab terpecah belahnya
kaum muslimin, dan kita mengetahui bahwa ketika kita melawannya bererti kita
melawan seluruh keburukan.” (Al-Ashalah:
1/34)
Jelaslah, sebab munculnya perpecahan kaum muslimin adalah
jauhnya mereka dari ajaran Islam yang benar. Ajaran yang telah menyatukan para
sahabat yang sebelumnya mereka bercerai-berai dan saling memusuhi. Kemudian
setelah bercampurnya ajaran tersebut dengan kebid’ahan pada kaum muslimin, terjadilah perpecahan dan
permusuhan di antara mereka hingga akhirnya mereka menjadi rendah dan hina
seperti sekarang ini.
Sesungguhnya tersebarnya kesesatan akidah, bid’ah-bid’ah ibadah, dan perselisihan dalam agama
menjadikan kaum muslimin lepas dari agamanya dan jauh dari dua pondasi
utamanya. Itulah yang menjauhkan kaum muslimin dari keistimewaan-keistimewaan
agama dan akhlaknya, sehingga sampai kepada kondisi yang kita lihat sekarang.
Oleh kerana itu, kaum muslimin tidak mungkin selamat dari bid’ah,
kesesatan, atau penyimpangan-penyimpangan kecuali dengan tashfiyah terhadap agama dan hal-hal yang
terkait dengannya, dari seluruh noda dan perkara asing yang masuk padanya.
Bidang-Bidang yang Di-tashfiyah
Begitu banyak bidang yang perlu di-tashfiyah kerana
betapa banyak hal baru, kebiasaan dan penyelewengan yang masuk, baik dalam
perkara ushuluddin (perkara pokok dalam agama) maupun furu’(cabang)nya.
Syekh Ali bin Hasan al-Halabi hafidzuhullah menyebutkan contoh bidang-bidang yang
perlu ditashfiyah, yaitu:
(1) Akidah, (2) Hukum, (3) Sunnah, (4) Fikih, (5) Tafsir, (6) Tazkiyah, (7)
Pemikiran, (8) Tarikh, (9) Dakwah, dan (10) Bahasa Arab.
Yang Melakukan Tashfiyah
Tentulah tashfiyah tersebut dilakukan oleh para ulama
yang telah kukuh ilmunya. Adapun masyarakat Islam, mereka mengikuti penjelasan
ulama. Sesungguhnya, ulama rabbaniyin akan tetap ada sampai akhir zaman yang
dikehendaki oleh Allah. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
يَحْمِلُ
هَذَا الْعِلْمَ مِنْ كُلِّ خَلَفٍ عُدُوْلُهُ : يَنْفُوْنَ عَنْهُ تَحْرِيْفَ
الْغَالِيْنَ وَتَأْوِيْلَ الْجَاهِلِيْنَ وَ إِنْتِحِالَ الْمُبْطِلِيْنَ
“Ilmu agama ini akan dibawa oleh orang-orang yang terpercaya pada
setiap generasi: mereka akan menolak tahrif (perubahan) yang dilakukan oleh
orang-orang yang melewati batas, ta’wil (penyimpangan erti) yang dilakukan oleh
orang-orang yang bodoh, dan kedustaan yang dilakukan oleh orang-orang yang
berbuat kepalsuan.” (Riwayat
Ibnu ‘Adi, Al-Baihaqi, Ibnu ‘Asakir, Ibnu Hibban, dll,; dinyatakan berderajat hasan oleh Syekh Salim bin ‘Ied al-Hilali
dalam Hilyatul ‘Alim Al-Mu’allim, hlm.77, juga oleh Syekh
Ali bin Hasan di dalam At-Tashfiyah wat Tarbiyah)
Para ulama menyatakan bahwa yang dimaksud dengan “orang-orang
yang terpercaya” dalam hadith ini adalah para ulama ahli hadith di setiap
zaman.
Mengiringi Tashfiyah dengan Tarbiyah
Nah, jalan menuju kejayaan harus dimulai dengan mengembalikan
ajaran Islam ini seperti perkara pertamanya
dengan melakukan tashfiyah, hingga
kembali sebagaimana yang dijalani Rasulullahshallallahu
‘alaihi wa sallam dan
para sahabatnya, baik dalam akidah, ibadah, suluk (jalan hidup) dan seluruh perkara yang
berkaitan dengan syariat. Namun, tidak hanya berhenti sampai di sini. Hal
tersebut harus dilanjutkan dengan tarbiyah (pembinaan) umat di atas dasar ilmu
yang sudah shahih dan sudah di-tashfiyah (dimurnikan).
Syekh al-Albani rahimahullah menyatakan, “Apabila kita ingin
kejayaan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala dan kerendahan diangkat dari kita,
serta kita dimenangkan dari musuh-musuh kita, maka untuk mencapai itu semua,
seluruh hal yang telah saya isyaratkan–dari kewajiban meluruskan pemahaman dan
menghilangkan pemikiran-pemikiran yang menyelisihi dalil-dalil syar’i– tidaklah
cukup …. Disana ada hal lain yang sangat penting sekali-–inilah inti yang
sebenarnya–dalam meluruskan pemahaman, yaitu beramal; karena ilmu adalah sarana
untuk beramal. Apabila seseorang telah belajar dan ilmunya sudah ter-tashfiyah, kemudian
dia tidak mengamalkan ilmu tersebut, maka sangat otomatis terjadi ilmu tersebut
tidak menghasilkan buah. Oleh karena itu, ilmu harus disertai dengan amalan.
Sudah menjadi kewajiban para ulama untuk mengurus pembinaan kaum muslimin yang
baru di atas dasar ketetapan yang ada dalam Alquran dan Assunah. Jangan
membiarkan manusia berada di atas pemikiran dan kesalahan yang mereka warisi.
Sebagiannya pasti batil menurut kesepakatan para ulama, sebagiannya masih
diperselisihkan dan memiliki kekuatan dalam penelitian dan ijtihad serta ra’yu (pendapat
pribadi), dan sebagian ijtihad dan ra’yuini
menyelisihi sunnah. Setelah dilakukan tashfiyah terhadap
perkara-perkara ini dan menjelaskan semua kewajiban memulai dan berjalan
padanya, maka harus ada tarbiyah (pembinaan)
terhadap orang-orang baru di atas ilmu yang shahih ini. Pembinaan inilah yang
akan membentuk masyarakat Islam yang bersih untuk kita dan kemudian akan tegak
daulah Islam untuk kita. Tanpa dua hal ini, yaitu ilmu yang shahih dan
pembinaan yang benar di atas ilmu yang shahih ini, mustahil-–menurut keyakinan
saya–tiang-tiang Islam akan tegak atau hukum Islam atau negara Islam.” (At-Tashfiyah wat Tarbiyah wa
Haajat an-Naas Ilaihaa,hlm.29-31)
Hal ini dijabarkan oleh Syekh Abdurrahman bin Yahya al-Mu’allimi
dalam pernyataan beliau, “Orang-orang yang mengenal Islam dan ikhlas
terhadapnya telah banyak melaporkan bahwa kelemahan dan kemunduran yang menimpa
umat Islam hanyalah disebabkan jauhnya mereka dari hakikat Islam. Aku
melihat bahwa hal itu kembali kepada tiga perkara:
- Pertama: Bercampurnya
sesuatu yang bukan berasal dari agama (Islam) dengan sesuatu yang berasal dari
agama (Islam).
- Kedua: Lemahnya keyakinan
terhadap sesuatu yang termasuk bagian dari agama (Islam).
- Ketiga: Tidak mengamalkan
hukum-hukum agama (Islam).
Berdasarkan ini, maka mengetahui adab-adab yang benar yang
diajarkan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallamdi
dalam ibadah dan mu’amalah, tinggal dan bersafar, bergaul dengan orang lain dan
sendirian, gerakan dan diam, bangun dan tidur, makan dan minum, berbicara dan
diam, dan selain itu yang ada pada kehidupan manusia, dengan berusaha
mengamalkannya sesuai dengan kesanggupan, itu adalah obat satu-satunya untuk
penyakit-penyakit itu. Sesungguhnya banyak dari adab-adab itu mudah pada jiwa,
maka jika seseorang mengamalkan sesuatu yang mudah baginya, dengan meninggalkan
hal yang menyelisihinya, insyaAllah Subhanahu wa Ta’ala tidak lama
(kemudian) dia ingin menambah. Sehingga mudah-mudahan tidaklah lewat satu masa
tertentu kecuali dia telah menjadi teladan bagi orang lain di dalam hal itu.
Dengan mengikuti petunjuk Nabi yang lurus itu, dan berakhlak
dengan akhlak yang agung itu, walaupun sampai batas tertentu, hati akan
bersinar, dada akan longgar, jiwa akan tenang, sehingga keyakinan menjadi
mendalam, dan amalan menjadi baik. Jika banyak orang yang meniti jalan ini,
tidak lama penyakit-penyakit itu akan hilang, insyaallah“.
(Mukaddimah pada kitab Fadhlullahis Shamaad 1/17; dinukil dari At-Tashfiyah
wat Tarbiyah, hlm: 19-20, karya Syekh Ali bin Hasan al-Halabi)
Demikian kemudahan yang diberikan Allah Subhanahu
wa Ta’ala kepada
penulis, mudah-mudahan bermanfaat.
Alhamdulillaahi Rabbil ‘Aalamiiin
Penulis: Ustadz Kholid Syamhudi, L.c.
No comments:
Post a Comment