Tuesday 28 June 2011

METHODOLOGI AHLUSUNNAH DALAM MUAMALAH DENGAN PENGUASA (Akhir)

METHODOLOGI AHLUSUNNAH DALAM MUAMALAH DENGAN PENGUASA (Akhir)
Penulis : Al Fadhil Ustaz Muhammad Asrie Sobri ( Universiti Madinah , Saudi Arabia)
WACANA: METHODHOLOGI AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH DALAM USUL & MUAMALAT 
Di MEDIU SHAH ALAM  26/6/2011


Kata Imam al-Syaukani rh:


قد تواترت الأحاديث في النهي عن الخروج على الأئمة ما لم يظهر منهم الكفر البواح أو يتركوا الصلاة
فإذا لم يظهر من الإمام الأول أحد الأمرين لم يجز الخروج عليو وإن بلغ في الظلم أي مبلغ لكنو يجب
أمره بالدعروف ونهيو عن الدنكر بحسب الإستطاعة وبذب طاعتو إلا في معصية الله سب اَّنو
 


Maksudnya: "dan telah mutawatir hadis-hadis yang melarang memberontak pada pemerintah selama mana tidak zahir daripada mereka kufur yang jelas atau meninggalkan solat, maka jika tidak zahir pada Imam yang awal salah satu dari dua perkara ini tidak boleh memberontak atasnya walaupun dia mencapai kemuncak dalam melakukan kezaliman tetapi wajib menyuruhnya kearah makruf dan mencegah daripada mungkar bersesuaian dengan kemampuan dan wajib mentaatinya selain dalam melakukan maksiat kepada ALLAH s.w.t" [al-Sailul Jarar, m.s 940].

Terdapat hadis yang menunjukkan seolah-olah mengharuskan memerangi pemerintah iaitu sabda Nabi s.a.w:




مَا مِنْ نَبِيٍّ ب عََثَوُ اللهُ فِي أُمَّةٍ قَ بْلِي إِلَّا كَانَ لَوُ مِنْ أُمَّتِوِ حَوَارِيُّونَ، وَأَصْ اََّبٌ يَأْخُذُونَ بِسُنَّتِوِ وَي قَْتَدُونَ بِأَمْرِهِ،
ثَُُّ إِن هََّا بَزْلُفُ مِنْ ب عَْدِىِمْ خُلُوفٌ ي قَُولُونَ مَا لَا ي فَْعَلُونَ، وَي فَْعَلُونَ مَا لَا ي ؤُْمَرُونَ، فَمَنْ جَاىَدَىُمْ بِيَدِهِ
فَ هُوَ مُؤْمِنٌ، وَمَنْ جَاىَدَىُمْ بِلِسَانِوِ فَ هُوَ مُؤْمِنٌ، وَمَنْ جَاىَدَىُمْ بِقَلْبِوِ فَ هُوَ مُؤْمِنٌ، وَلَيْسَ وَ رَاءَ ذَلِكَ مِنَ
الْإِيمَانِ حَبَّةُ خَرْدَلٍ
 


Maksudnya: "Tidak ada Nabi yang ALLAH utuskan dalam suatu Umat sebelumku melainkan ada baginya daripada umatnya penolong dan ashab yang mengikut sunnahnya dan mengikut jejak langkahnya kemudian mereka akan diganti dengan pengganti yang berkata dengan apa yang mereka tidak lakukan, membuat perkara yang mereka tidak disuruh dengannya; barangsiapa berjihad menentang mereka dengan tangannya maka dia mukmin, barangsiapa yang menentang mereka dengan lisannya maka dia mukmin, dan barangsiapa yang menentang mereka dengan hati dia mukmin dan tiada lagi selepas itu iman walau sebesar biji sawi" [Muslim]

Kata Imam Ahmad r.h: "Mengubah dengan tangan bukan bermaksud dengan pedang dan senjata"

Kata Ibn Rajab rh (w. 795 H): "ketika ini dimaksudkan dengan berjihad terhadap pemerintah dengan tangan adalah menghilangkan kemungkaran yang mereka lakukan dengan tangannya seperti menumpahkan arak-arak mereka, memecahkan alat-alat muzik mereka dan seumpamanya dan membatalkan kezaliman yang mereka perintahkan dengan tangannya jika dia mampu atasnya dan semua ini harus dan tidak termasuk dalam memerangi pemerintah dan tidak pula memberontak kepada mereka yang datang larangan berkenaannya …" [Jamiul Ulum wal Hikam, 2/249]



3.4 Manhaj Salafi dalam Menghilangkan Kezaliman Pemerintah

Nasihat dan Panduan Rasulullah s.a.w amat jelas dalam berhadapan dengan kezaliman dan kefasiqan pemerintah:


مَنْ كَرِهَ مِنْ - - - - « : عبد الله بن عباس رضي الله عنهما : أنَّ رسول الله صلى الله عليو وسلم قال
.» أمِنًِهِ شَيْئا فَ لْيَصبِِْ ، فَإِنَّوُ مَنْ خَرَجَ مِن السُّلطانِ شِبِا مَاتَ مِيتَة جَاىِليَّة فَليَصبِِْ عليو ، « : وفي رواية
» فَإِنَّوُ مَنْ فَارَ الجَمَاعَةَ شِبِا فَمَاتَ فَمِيتَتُوُ جَاىِليَّة
 


Maksudnya: Daripada Abdullah bin Abbas r.hma bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang membenci akan pemerintahnya kerana sesuatu maka bersabarlah kerana sesiapa yang keluar daripada pemerintah sekadar sejengkal dia mati dalam keadaan jahiliah”. Dalam riwayat yang lain: “maka hendaklah dia bersabar, kerana sesungguhnya sesiapa yang berpisah daripada al-Jamaah sekadar sejengkal maka dia mati dalam keadaan jahiliah”. [Hadis dikeluarkan: al-Bukhari & Muslim].

Kata Imam al-Hasan al-Basri rh (w. 110 H):


"والله! لو أنّ الناس إذا ابتُ لُوا مِن قِبَل سلطانهم صبِوا، ما لبِثوا أن يرفع اللهُ ذلك عنهم؛ وذلك أنهم
يَفزَعون إلَ السيف فيوكَلُوا إليو! ووالله! ما جاؤوا بيوم خنً قطّ!"، ثُ تلا:}وبَسَّتْ كَلِمَةُ رَبّْكَ الحُسْنَى عَلَى
بَني إسْرَائِيلَ بِدا صَبَ رُوا ودَمَّرْنا مَا كان يَصْنَعُ فِرعَ ونُ وقومُو وما كانوا ي عَْرِشُون{"
 


Maksudnya: "Demi ALLAH jika manusia itu diuji melalui pemerintah mereka lalu mereka bersabar maka tidak lama melainkan ALLAH akan mengangkat ujian itu daripada mereka; tetapi (yang menghalang perkara ini berlaku) adalah mereka tergesa-gesa mengangkat pedang maka mereka dibiarkan dengannya, dan Demi ALLAH, mereka tidak membawa datang hari yang baik sama sekali (selepas memberontak)", kemudian beliau membaca (ayat 137 surah al-A'raf, maksudnya): "dan telah sempurna kalimah Tuhanmu yang terindah atas Bani Israel dengan apa yang mereka sabarkan dan Kami musnahkan apa yang dibuat oleh Firaun dan kaumnya dan apa yang mereka bina". [al-Syariah, al-Ajurri, 1/373].

Kata Imam Malik bin Dinar rh (w.130 H):


إِنَّ الحَْجَّاجَ عُقُوبَةٌ سَلَّطَوُ اللَّوُ عَلَيْكُمْ، فَلا تَسْتَ قْ بِلُوا عُقُوبَةَ اللَّوِ بِالسَّيْفِ، وَلَكِنِ اسْتَ قْبِلُوىَا بِالدُّعَاءِ
وَالتَّضَرُّعِ
 

Maksudnya: "Sesungguhnya al-Hajjaj adalah hukuman yang ALLAH telah kenakan atas kamu maka janganlah kamu sambut hukuman ALLAH dengan pedang tetapi sambutlah dengan doa dan merendah diri (kepada ALLAH)" [Tarikh al-Islam, al-Zahabi, 6/322].

Maka, perintah untuk bersabar dengan kezaliman pemerintah dan berusaha mengislahkan diri terlebih dahulu bukanlah akidah Murjiah seperti yang diwar-warkan bahkan bukan pula bidaah rekaan al-Albani rh tetapi ianya akidah yang telah tsabit semenjak zaman Salafus Soleh dan dinyatakan para Tabiin rahimahumullah

.
FASAL KEEMPAT: SIKAP AHLI BIDAAH TERHADAP PEMERINTAH

Ahli Bidaah sikap mereka terhadap pemerintah adalah memberontak dan menggulingkan pemerintah dan menjadikan amalan ini sebagai amalan ibadat mereka.
Misalnya Muktazilah, di dalam rukun ajaran mereka adalah: "Menyuruh kepada Makruf dan Mencegah Kemungkaran"; namun yang mereka maksudkan adalah menggulingkan pemerintah.
Kata Syeikhul Islam rh dalam menjelaskan akidah Muktazilah:


و" الأمر بالدعروف والنهي عن الدنكر " يتضمن عندىم جواز الخروج على الأئمة وقتالذم بالسيف
 


Maksudnya: "dan 'Al-Amru bil Makruf wan Nahyu 'anil Munkar' di sisi mereka mengandungi maksud: harus memberontak kepada pemerintah dan memerangi mereka dengan pedang". [Majmuk al-Fatawa, 13/387]

Al-Khawarij pula, menentang dan mengkafirkan pemerintah muslim sudah menjadi tunjang adan teras agama mereka, bahkan mereka digelar al-Khawarij kerana sikap dan akidah mereka yang beriktiqad memberontak kepada pemerintah adalah suruhan agama.

Kata Imam al-Barbahari rh:


ومن خرج على إمام من أئمة الدسلمنٌ فهو خارجي، وقد شق عصا الدسلمنٌ، وخالف الْثار، وميتتو
ميتة جاىلية
 


Maksudnya: "dan barangsiapa yang keluar memberontak ke atas Imam daripada imam-imam kaum muslimin maka dia adalah Khawarij dan telah memecah belahkan kesatuan kaum muslimin dan menyalahi atsar maka matinya adalah mati jahiliah". [Syarhus Sunnah].

Oleh itu, kita tidak menjadi hairan lagi setelah meneliti kalam para Ulama Salafi ini kenapa mereka ini di zaman kita boleh berhimpun di bawah satu pertubuhan, satu slogan dan satu perjuangan, kerana hidup dan mati merekalah hanyalah untuk menggulingkan kerajaan dan memecah belahkan jamaah kaum muslimin. Wallahua'lam.
Adapun al-Rafidah adalah antara Ahli Bidaah yang sangat kuat memberontak dan menentang para pemerintah kaum muslimin sebagaimana yang dijelaskan Syeikhul Islam dalam Minhaj al-Sunnah [1/113]:


وَىَذَا حَالُ الرَّافِضَةِ، فَإِن هَُّمْ يَخْرُجُونَ عَنِ الطَّاعَةِ، وَي فَُارِقُونَ الجَْمَاعَة 



Maksudnya: "dan ini adalah keadaan al-Rafidah, sesungguhnya mereka itu keluar dari taat (kepada pemerintah yang wujud) dan meninggalkan jamaah".

Oleh itu, kita tidak menjadi hairan lagi setelah meneliti kalam para Ulama Salafi ini kenapa mereka ini di zaman kita boleh berhimpun di bawah satu pertubuhan, satu slogan dan satu perjuangan, kerana hidup dan mati merekalah hanyalah untuk menggulingkan kerajaan dan memecah belahkan jamaah kaum muslimin.

Wallahua'lam.

METHODOLOGI AHLUSUNNAH DALAM MUAMALAH DENGAN PENGUASA (2)

METHODOLOGI AHLUSUNNAH DALAM MUAMALAH DENGAN PENGUASA (2)

2.3 Tanggungjawab Pemerintah

Pemerintahan adalah Ibadah yang mana pemegang jawatan ini hendaklah menjadikannya sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada ALLAH s.w.t.

Kata Syeikhul Islam rh:

فَالْوَاجِبُ ابّْزَاذُ الْإِمَارَةِ دِينًا وَق رُْبَةً ي تَُ قَرَّبُ أَِّ إلََ اللَّوِ؛ فَإِنَّ التَّ قَرُّبَ إلَيْوِ فِيهَا بِطَاعَتِوِ وَطَاعَةِ رَسُولِوِ مِ نْ
أَفْضَلِ الْقُرُبَاتِ.
 

Maksudnya: "Maka wajib menjadikan Imarah sebagai agama dan amalan qurbah yang dengannya digunakan mendekatkan diri kepada ALLAH; mendekatkan diri kepada ALLAH dengannya (Imarah) adalah dengan mentaati ALLAH dan Rasul-Nya termasuk daripada amalan ibadat yang terafdal". [Al-Siyasah al-Syar'iyyah, m.s 130]

Maka hendaklah mereka yang memegang jawatan kepimpinan ini menjadikan matlamat hidupnya mencapai reda ALLAH, adapun menjadikan jawatan pimpinan sebagai tangga mengejar ketinggian diri adalah sikap Firaun manakala menjadikannya sebagai jalan mengumpul harta dunia adalah sikap Qarun dan kedua-dua ini amat dicela oleh ALLAH.
Tanggungjawab pemerintah itu terkumpul dalam firman ALLAH Ta'ala:

إِنَّ اللَّوَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ ت ؤَُدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلََ أَىْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ ب نٌََْ النَّاسِ أَنْ بَرْكُمُوا بِالْعَدْلِ
 

Maksudnya: "Sesungguhnya ALLAH memerintahkan kamu supaya mengembalikan amanah-amanah kepada empunyanya dan jika kamu menghukum antara manusia hendaklah kamu berhukum dengan adil..."

Pertama: Menunaikan Amanah (memberikannya kepada Ahlinya) dan ianya terdapat dua jenis:
1. Amanah Kekuasaan; wajib atas Waliyyul Amri melantik menteri-menterinya, jawatan-jawatan bawahannya akan orang-orang yang layak dan yang terbaik.
2. Amanah Harta; wajib menguruskan harta dengan baik dan diserahkan hanya kepada mereka yang berhak menerimanya

Kedua: Berhukum Antara Manusia; sama ada dalam kesalahan-kesalahan Jenayah atau pertelingkahan antara mereka yang memerlukan pendakwaan dan penghakiman atau dalam perkara-perkara hisbah (mencegah mungkar dan menyuruh kepada makruf), Wajib dalam perkara ini mengikut hukum ALLAH Ta'ala dan melaksanakan tuntutan syarak.
[al-Siyasah al-Syar'iah, m.s 25]

2.4 Hukum Berbilang-bilang Pemerintah Islam

Para Ulama telah bersepakat bahawa jika berlaku fitnah dan Negara Islam terpecah-pecah kepada beberapa kerajaan maka setiap pemerintah berkuasa di kawasan masing-masing dan dilarang bagi rakyat negeri-negeri itu memberontak kepadanya.
Kata Syeikhul Islam dalam Majmuk Fatawa [jil 34 m.s 175]:

والسنة أن يكون للمسلمنٌ إمام واحد والباقون نوابو فإذا فرض أن الأمة خرجت عن ذلك لدعصية من
بعضها وعجز من الباقنٌ أو غنً ذلك فكان لذا عدة أئمة: لكان يجب على كل إمام أن يقيم الحدود
ويستوفي الحقوق


Maksudnya: "dan yang sunnah adalah bagi kaum muslimin itu seorang Imam sahaja dan selebihnya merupakan naib, namun jika dianggarkan Umat ini keluar dari system ini disebabkan maksiat sebahagiannya dan lemah dari sebahagian yang lain (untuk menegakkan) atau lain-lainnya lalu jadilah bagi mereka itu beberapa Imam maka wajib atas setiap Imam untuk mendirikan hudud dan menyempurnakan haq".

Kata Imam Al-Syaukani rh (w.1250 H):

وأما بعد انتشار الإسلام واتساع رقعتو وتباعد أطرافو فمعلوم أنو قد صار في كل قطر أو أقطار الولاية إلَ
إمام أو سلطان وفي القطر الْخر أو الأقطار كذلك ولا ينفذ لبعضهم أمر ولا نهي في قطر الْخر وأقطاره
التي رجعت إلَ ولايتو فلا بأس بتعدد الأئمة والسلاطنٌ ويجب الطاعة لكل واحد منهم بعد البيعة لو
على أىل القطر الذي ينفذ فيو أوامره ونواىيو


Maksudnya: "adapun selepas berkembangnya Islam dan luas wilayahnya dan jauh Negara-negaranya maka maklum bagi setiap wilayah atau beberapa wilayah mempunyai Imam atau Sultan dan di wilayah lain terdapat (Imam atau Sultan) yang lain atau di beberapa wilayah lain begitu juga dan tidak terlaksana bagi sebahagian mereka perintah atau tegahan di wilayah yang lain maka tidak mengapa berbilang-bilangnya pemerintah dan sultan dan wajib taat bagi setiap seorang mereka setelah baiat atas ahli negeri yang terlaksana dalam kawasannya perintah dan tegahannya …" [Al-Sailul Jarrar, m.s 941].

Harusnya berbilang-bilang pemerintah dan wilayah kaum muslimin dalam keadaan memerlukannya tidak berlawanan dengan apa yang dihikayatkan oleh Imam al-Nawawi rh (w.676 H) bahawa Ulama telah Ijmak wajibnya hanya ada seorang Khalifah bagi seluruh kaum muslimin kerana ijmak ini kekal sebagai hukum asal namun dalam keadaan yang memerlukan ada hukum khas yang syarak tetapkan.
Ini kerana para Ulama juga tidak membantah pemerintahan Bani Umayyah di Andalus semasa kerajaan Bani Abbas tegak di Iraq dan kawasan Islam lainnya walaupun Bani Umayyah di Andalus menggunakan gelaran Amirul Mukminin dan mendakwa dirinya Khalifah yang berasingan dengan Bani Abbas, demikian juga kerajaan Murabitun dan Muwahhidun di Maghribi.

FASAL KETIGA: TUGAS & SIKAP RAKYAT TERHADAP PEMERINTAH MUSLIM MENURUT MANHAJ SALAFI

Al-Imam al-Mawardi rh menyatakan, atas rakyat ada dua tanggungjawab terhadap pemimpin apabila pemimpin menunaikan hak-hak rakyat yang ditanggungnya:
Pertama: Taat
Perintah mentaati pemerintah amat jelas dalam alQuran dan Hadis-hadis yang sahih antaranya firman ALLAH Ta'ala dalam surah al-Nisaa ayat ke- 59 iaitu sejurus selepas ayat ke-58 yang memerintahkan supaya pemerintah menunaikan hak dan berlaku adil, ALLAH memerintahkan para rakyat untuk mentaati pemerintah:

يَا أَي هَُّا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّوَ وَأَطِيعُوا ال رَّسُولَ وَأُولِِ الْأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَ نَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَ رُدُّوهُ إِلََ اللَّوِ
وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ ت ؤُْمِنُونَ بِاللَّوِ وَالْيَ وْمِ الْْخِرِ ذَلِكَ خَيْ رٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلا 


Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman; Taatlah kamu kepada ALLAH dan Taatlah kepada Rasul dan para pemimpin dalam kalangan kamu, jika kamu bertelingkah dalam sesuatu perkara maka kembalikanlah kepada ALLAH dan Rasul jika kamu benar-benar beriman kepda ALLAH dan hari akhirat, demikian itu adalah (jalan) yang terbaik dan sebaik-baik takwilan".

Kata Imam al-Saadi rh (w. 1376 H) dalam mentafsirkan ayat ini:

"Kemudian (ALLAH) memerintahkan mereka (kaum mukmin) untuk mentaati-Nya dan mentaati Rasul-Nya iaitulah dengan melaksanakan apa yang keduanya perintahkan sama ada yang wajib mahupun mustahab dan menjauhi larangan keduanya, dan memerintahkan supaya mentaati "Ulul Amri" iaitulah: Mereka yang berkuasa atas manusia sama ada Pemerintah, Hakim, dan Mufti kerana sesungguhnya tidak stabil urusan manusia sama ada dunia atau agama melainkan dengan mentaati mereka dan patuh kepada (arahan) mereka atas dasar mentaati ALLAH dan mengharap apa yang ada di sisi-Nya (daripada pahala) tetapi dengan syarat perintah mereka bukan mengandungi maksiat kepada ALLAH, maka jika mereka memerintahkan dengan perkara itu (maksiat) maka tiadak ada ketaatan kepada makhluk dalam menderhaka kepada Khaliq." [Tafsir al-Saadi]

Kata Syeikhul Islam rh:.

وما أمر الله بو ورسولو من طاعة ولاة الأمور ومناص تَّهم واجب على الإنسان وإن لم يعاىدىم عليو،
وإن لم يَلف لذم الأيمان الدؤكدة، كما يجب عليو الصلواتُ الخمس والزكاة والصيام وحج البيت وغنً
ذلك لشا أمر الله بو ورسولو من الطاعة
 

Maksudnya: "dan apa yang ALLAH perintahkan dengannya dan diperintah oleh Rasul-Nya daripada mentaati para pemerintah dan menasihati mereka adalah WAJIB atas manusia walaupun dia tidak berjanji melakukannya dan jika dia tidak bersumpah kepada mereka dengan sumpah muakkad sekalipun, (ianya wajib) sebagaimana wajib atasnya solat lima waktu, zakat, puasa, haji, dan selainnya daripada apa yang ALLAH dan Rasul-Nya perintahkan daripada amalan ketaatan …"

Sabda Nabi s.a.w:

مَنْ أَطَاعَنِي فَ قَدْ أَطَاعَ اللهَ، وَمَنْ ي عَْصِنِي فَ قَدْ عَصَى اللهَ، وَمَنْ يُطِعِ الْأَمِنًَ فَ قَدْ أَطَاعَنِي، وَمَنْ ي عَْصِ الْأَمِنًَ
فَ قَدْ عَصَانِ
 

Maksudnya: "Barangsiapa yang mentaati aku maka dia telah mentaati ALLAH dan barangsiapa yang menderhaka kepadaku maka dia telah derhaka kepada ALLAH, barangsiapa yang mentaati pemerintah maka dia telah mentaati aku dan barangsiapa yang menderhaka kepada pemerintah maka dia telah menderhaka kepadaku". [Muslim].

Sabda Nabi s.a.w:

عَلَيْكَ السَّمْعَ وَالطَّاعَةَ فِي عُسْرِكَ وَيُسْرِكَ، وَمَنْشَطِكَ وَمَكْرَىِكَ، وَأَث رََةٍ عَلَيْكَ
 

Maksudnya: "Wajib atas kamu dengar dan taat dalam keadaan susah dan senang, rela dan terpaksa dan dalam keadaan yang merugikan kamu" [Muslim]

Kata Imam al-Nawawi rh dalam mensyarahkan hadis di atas ini:

قال العلماء معناه بذب طاعة ولاة الأمور فيما يشق وتكرىو النفوس وغنًه لشا ليس بدعصية فإن كانت
لدعصية فلا سمع ولا طاعة كما صرح بو في الأحاديث الباقية
 

Maksudnya: "Berkata para Ulama: Maknanya adalah wajib mentaati Pemerintah dalam perkara yang sukar dan dibenci jiwa dan selainnya selama mana ianya bukan maksiat jika ianya maksiat maka tidak ada taat seperti mana yang dinyatakan dalam hadis-hadis yang lain". [Syarah Sahih Muslim, 12/224].

Perintah seorang pemerintah itu dapat dibahagikan kepada 3 jenis:

1. Apa yang ALLAH dan Rasul-Nya perintahkan seperti solat berjemaah, menutup aurat, bersatu padu sesama Islam, menjaga keamanan awam, dan lain-lain yang ada nas syarak menyuruhnya maka tidak syak perintah pemerintah menjadikan suruhan ini semakin kuat dan semakin wajib dilaksanakan.
2. Apa yang ALLAH dan Rasul-Nya larang seperti mendedahkan aurat, isbal pakaian, mencukur janggut, dan seumpamanya daripada perkara syarak telah tegah, maka dalam situasi ini wajib menjauhi perintahnya dan tidak boleh taat (haram taat).
3. Apa yang tiada nas syarak sama ada suruhan atau tegahan bahkan ianya adalah atas dasar maslahah dan mafsadah; ini wajib ditaati dan pemerintah berhak menghukum mereka yang melanggar arahannya ini. Ini seumpama peraturan-peraturan jalan raya, urusan-urusan pentadbiran awam dan lainnya.
[rujuk: Risalah Taat Wulatil Umur (himpunan fatwa Ibn Baz & Ibn Usaimin berkenaan Taat pemerintah) edaran Kerajaan Arab Saudi].

Kedua: Al-Nusrah (Pertolongan)

Wajib membantu pemerintah dalam perkara makruf dan mencegah mungkar, hendaklah rakyat bersama pemerintah berganding bahu dalam menegakkan agama ALLAH.
Jika pemerintah menyeru kepada Jihad dan berperang melawan musuh-musuh Negara sama ada kaum kafir atau pemberontak maka wajib menyahut seruan beliau sebagaimana sabda Nabi s.a.w:

إِنَََّّا الْإِمَامُ جُنَّةٌ، ي قَُاتَلُ مِنْ وَرَائِوِ، وَي تَُّ قَى بِوِ، فَإِنْ أَمَرَ بِتَ قْوَى اللهِ عَزَّ وَجَلَّ وَعَدَلَ، كَانَ لَوُ بِذَلِكَ أَجْرٌ،
وَإِنْ يَأْمُرْ بِغَنًِْهِ كَانَ عَلَيْوِ مِنْو 


Maksudnya: "Sesungguhnya Imam itu adalah perisai diperangi dibelakangnya dan dijadikan perlindungan, maka jika dia (Imam) menyuruh dengan Taqwa kepada ALLAH azza wa jalla dan berlaku adil maka ianya merupakan pahala baginya dan jika dia menyuruh dengan sebaliknya maka ia menjadi dosa atasnya" [al-Bukhari & Muslim].

Kata Imam al-Nawawi rh berkenaan hadis ini:

أي كالساتر لأنو يمنع العدو من أذى الدسلمنٌ ويمنع الناس بعضهم من بعض ويَمى بيضة الإسلام ويتقيو الناس
ويخافون سطوتو يقاتل من ورائو أي يقاتل معو الكفار والبغاة والخوارج وسائر أىل الفساد ويتقى بو أي شر العدو وأىل
الفساد والظلم
 

Maksudnya: "yakni (Imam) umpama perisai yang mencegah musuh daripada menyakiti kaum muslimin dan mencegah manusia sesama mereka (daripada berbuat zalim) dan menjaga kesatuan Islam dan manusia takut kepadanya dan takut akan hukumannya, diperangi dibelakangnya yakni diperangi bersamanya kaum kafir, bughah, Khawarij, dan seluruh ahli fasad dan dijadikan pelindung daripada kejahatan musuh dan Ahli Fasad dan zalim". [Syarah Sahih Muslim, 4/454].

Hadis ini menunjukkan juga bahawa Perjanjian Aman antara kaum Negara Islam dan Negara Kafir Harbi terletak di tangan Imam bukan selainnya dan Jihad juga berada ditangannya bukan selainnya, Jihad dilancarkan dengan perintah Imam dan strategi yang diaturnya bukan selainnya. [rujuk: 'Aunul Ma'bud, 7/310].

Demikian juga membantu Imam ketika dia melakukan kezaliman sebagaimana sabda Nabi s.a.w:

انصر أخاك ظالدا أو مظلوما
 

Maksudnya: "Bantulah saudara kamu sama ada dia melakukan kezaliman atau dizalimi". [al-Bukhari &Muslim].

Maksud membantu Imam ketika dia melakukan kezaliman adalah sepertimana kata Nabi s.a.w:

برجزه، أو بسنعو، من الظلم فإن ذلك نصره
 

Maksudnya: "Engkau menghalangnya daripada melakukan kezaliman maka sesungguhnya itu adalah pertologan (baginya)". [Muslim].




3.1 Menasihati Pemerintah & Mendoakan Kebaikan Untuk Mereka

Termasuk dalam ertikata membantu Waliyyul Amri adalah menasihati mereka sebagaimana yang telah masyhur dalam sabda Nabi s.a.w:

"Agama itu adalah Nasihat", ditanya kepada baginda: "untuk siapa?" jawab baginda: "untuk ALLAH, Rasul-Nya, Pemimpin-pemimpin kaum Muslimin dan orang awamnya". [Al-Bukhari & Muslim].

Maksud Nasihat adalah: "Berkehendakkan kebaikan untuk orang lain".

Maka hendaklah rakyat berusaha melakukan amal kebaikan kepada pemerintah dan sebesar-besar amal makruf untuk mereka adalah berdoa kepada ALLAH senantiasa supaya mereka diberi hidayah dan taufiq untuk berhukum dengan hukum ALLAH.

Kata Imam al-Barbahari rh (w. 329 H):

"Jika engkau melihat seseorang mendoakan kejahatan atas Sultan (pemerintah) maka yakinilah dia adalah seorang Ahli Hawa (Bidaah), jika kamu melihat seseorang mendoakan Sultan dengan kebaikan maka ketahuilah dia seorang Ahli Sunnah Insya-ALLAH". [Syarhus Sunnah].

Para Ulama Salaf seperti Imam Ahmad dan Al-Fudail bin 'Iyadh (w.187 H) berkata:

"Jika kami mempunyai satu doa yang mustajab maka kami akan doakan untuk kebaikan pemerintah".
[al-Siyasah al-Syar'iyyah, m.s 129]

Imam al-Tahawi rh (w.792 H) menyatakan mendoakan kebaikan untuk pemerintah adalah termasuk akidah Ahlus Sunnah wal Jamaah yang utama

ولا نرى الخروج على أئمتنا وولاة أمورنا، وإن جاروا، ولا ندعو عليهم، ولا ننزع يدا
من طاعتهم، ونرى
طاعتهم من طاعة الله عز وجل فريضة، ما لم يأمروا بدعصية، وندعو لذم بالصلاح والدعافاة
 

Maksudnya: "dan kami tidak berpandangan memberontak ke atas pemerintah kami walaupun mereka melakukan kezaliman dan kami tidak mendoakan kejahatan atas mereka dan kami tidak akan mencabut tangan dari ketaatan terhadap mereka dan kami berkeyakinan mentaati mereka adalah termasuk ketaatan kepada ALLAH azza wa jalla yang merupakan kewajipan selama mana mereka tidak menyuruh melakukan maksiat dan kami mendoakan mereka dengan kebaikan dan keafiatan".



3.2 Menegur Pemerintah Jika Mereka Melakukan Kesalahan dan Adab-adabnya

Termasuk menjadi kewajipan kita adalah mencegah pemerintah daripada kezaliman dan maksiat, maka hendaklah kita memberikan mereka nasihat dan menegur mereka jika mereka silap dengan penuh adab dan hormat.

مَنْ أَرَادَ أَنْ ي نَْصَحَ لِسُلْطَانٍ بِأَمْرٍ، فَلَا ي بُْدِ لَوُ عَلَانِيَةً، وَلَكِنْ لِيَأْخُذْ بِيَدِهِ، فَ يَخْلُوَ بِوِ ، فَإِنْ قَبِلَ مِنْوُ فَذَ اكَ،
وَإِلَّا كَانَ قَدْ أَدَّى الَّذِي عَلَيْوِ لَو 


Maksudnya: "Barangsiapa yang hendak menasihati Sultan (pemerintah) dengan sesuatu perkara maka janganlah dia menzahirkannya terang-terangan (di khalayak) tetapi hendaklah dia memegang tangannya lalu bersendirian dengannya, jika dia menerima daripadanya (nasihat) maka itulah yang dikehendaki, jika tidak maka dia (penasihat) telah menunaikan tanggungjawabnya" [Ahmad].

Hadis ini disahihkan oleh Syeikh Muhammad Nasir al-Din al-Albani rh dalam Zilal al-Jannah dan dihasankan oleh Syeikh Syu'aib al-Arnauth dan 'Adil Mursyid dalam Takhrij mereka pada Musnad Ahmad.

لَقِيتُ عَبْدَ اللَّوِ بْنَ أَبِِ أَوْفََ وَىُوَ لَزْجُوبُ الْبَصَرِ فَسَلَّمْتُ عَلَيْوِ فَ قَالَ: - - « : عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُْْهَانَ قَالَ
مَنْ أَنْتَ ؟ ق لُْتُ: أَنَا سَعِيدُ بْنُ جُْْهَانَ قَالَ: مَا فَ عَلَ وَالِدُكَ؟ ق لُْتُ: قَ تَ لَتْوُ الْأَزَارِقَةُ. قَالَ: لَعَنَ اللَّوُ الْأَزَارِقَةَ،
حَدَّث نََا رَسُولُ اللَّوِ صَلَّى اللَّوُ عَلَيْوِ وَسَلَّمَ أَن هَُّمْ كِلَابُ النَّارِ، قَالَ: ق لُْتُ: الْأَ زَارِقَةُ وَحْدَىُمْ أَمِ الخَْوَارِجُ - -
كُلُّهَا؟ قَالَ: بَلِ الخَْوَارِجُ كُلُّهَا. قَالَ: ق لُْتُ: فَإِنَّ السُّلْطَانَ يَظْلِمُ النَّاسَ وَي فَْعَلُ مِِّْٔ وَي فَْعَ لُ مِِّْٔ؟ قَالَ:
فَ تَ نَاوَلَ يَدِي فَ غَمَزَىَا غَمْزَةً شَدِيدَةً، ثَُُّ قَالَ: وَيَََكَ يَا ابْنَ جُْْهَانَ عَلَيْكَ بِالسَّوَادِ الْأَعْظَمِ مَرَّتَ نٌِْ إِنْ - -
كَانَ السُّلْطَانُ يَسْمَعُ مِنْكَ فَائْتِوِ فِي ب يَْتِوِ فَأَخْبِِْهُ بِدَا تَ عْلَمُ، فَإِنْ قَبِلَ مِنْكَ وَإِلَّا فَدَعْو فَإِنَّكَ لَسْتَ بِأَعْلَمَ
» مِنْو
 

Maksudnya: Daripada Said bin Juhman katanya: "Aku bertemu dengan Abdullah bin Abi Aufa –dan dia telah hilang penglihatan- lalu aku member salam padanya lalu dia:berkata: Siapa kamu? Aku menjawab: Saya Said bin Juhman. Beliau bertanya: Apa khabar ayahmu sekarang? Aku menjawab: Al-Azariqah telah membunuhnya. Kata beliau: Semoga ALLAH melaknat al-Azariqah, Rasulullah s.a.w telah berkata kepada kami (yakni Sahabat): bahawa mereka itu adalah Anjing-anjing neraka. Kata Said; Aku berkata: Al-Azariqah sahaja atau semua Khawarij? Kata beliau: bahkan semua Khawarij (adalah anjing-anjing neraka). Kata Said: Aku berkata: Tetapi Sultan menzalimi manusia dan dia melakukan kepada mereka begitu dan begini. Lantas beliau menarik tanganku dengan kuat dan berkata: Binasalah engkau wahai Ibn Juhman, wajib atasmu berpegang dengan al-Sawad al-A'zam (dua kali), jika sultan mendengar kata-katamu maka datangilah dia di rumahnya lalu beritahu kepadanya apa yang kamu tahu, jika dia menerima maka itulah, jika tidak maka biarkan kerana engkau tidak lebih tahu daripadanya". [Ahmad, perawinya semuanya tsiqat].

Dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim pula:


عَنْ أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ، قَالَ: قِيلَ لَوُ: أَلَا تَدْخُلُ عَلَى عُثْمَانَ فَ تُكَلّْمَوُ؟ فَ قَالَ: أَتَ رَوْنَ أَنّْ لَا أُكَلّْمُوُ إِلَّا
أُسمِْعُكُمْ؟ وَاللهِ لَقَدْ كَلَّمْتُوُ فِيمَا ب يَْنِي وَب يَْ نَوُ، مَا دُونَ أَنْ أَفْ تَتِحَ أَمْرًا لَا أُحِبُّ أَنْ أَكُونَ أَوَّلَ مَنْ فَ تَ وََّ 


Maksudnya: daripada Usamah bin Zaid kata beliau: dikatakan kepada beliau: Apakah engkau tidak mahu berjumpa dengan Usman dan menasihatinya? Maka jawab beliau: Adakah kamu semua ini berpandangan aku tidak bercakap (menasihatinya) melainkan aku mesti mendengarkannya kepada kamu? Demi ALLAH, aku telah bercakap dengannya ketika hanya antara aku dan dia tanpa aku membuka suatu perkara yang aku tidak suka aku menjadi orang pertama membukanya (fitnah dan huru hara).
Kata Imam Al-Nawawi rh:
وفيو الأدب مع الأمراء واللطف مّٔ ووعظهم سرا وتبليغهم ما يقول الناس فيهم لينكفوا عنو
Maksudnya: "dan padanya terdapat: Adab dengan pemerintah dan berlemah lembut dengan mereka dan menasihati mereka secara sir dan menyampaikan kepadanya apa yang manusia cakapkan berkenaannya (yang tidak elok) supaya dia berhenti dari melakukannya". [Syarah Sahih Muslim, 18/118].


Kata Imam Ibn Hajar al-'Asqalani rh (w.852 H) berkenaan hadis ini:



وقال عياض مراد أسامة أنو لا يفتح باب ا آّىرة بالنكنً على الإمام لدا يخشى من عاقبة ذلك بل
يتلطف بو وينص وَّ سرا فذلك أجدر بالقبول
 

Maksudnya: "dan berkata (al-Qadi) 'Iyadh: Maksud Usamah bahawa dia tidak mahu membuka pintu mengingkari Imam secara terang-terangan kerana apa yang ditakuti daripada akibat tindakan itu bahkan hendaklah berlembut dengannya (Imam) dan menasihatinya secara sir kerana itu lebih layak untuk diterima" [al-Fath, 13/52]


عَنْ سَلَمَةَ بْنِ شِهَابٍ الْعَبْدِيّْ قَالَ: قَالَ عُمَرُ رَضِيَ اللَّوُ عَنْوُ أَي تَُّ هَا الرَّعِيَّةُ إِنَّ لَنَا عَلَيْكُمْ حَقِّا النَّصِي ةَََّ
بِالْغَيْبِ وَالْمُعَاوَنَةَ عَلَى الخَْنًِْ
 

 Maksudnya: Daripada Salamah bin Syihab al-'Abdi kata beliau: Kata Umar r.a: "Wahai rakyat, sesungguhnya kami ada hak yang tertanggung atas kamu; Nasihat secara ghaib (sir) dan membantu atas kebaikan …" [Al-Zuhd oleh Hannad bin Sirri].

Atsar-atsar ini dan banyak lagi menunjukkan asal dalam menasihati pemerintah adalah secara sir dan bukan di khalayak ramai, jika tidak dapat maka bolehlah menasihatinya secara terbuka tetapi dengan adab dan sopan berhadapan dengannya bukan secara umpatan dan cakap-cakap belakang.
Dalilnya firman ALLAH Ta'ala dalam surah Ta Ha ayat 43-44:

) اذْىَبَا إِلََ فِرْعَوْنَ إِنَّوُ ط غَى ) 34 ( فَ قُولَا لَوُ قَ وْلًا لَيّْ نًا لَعَلَّوُ ي تََذَكَّرُ أَوْ يَخْشَى ) 33
 

Maksudnya: "Pergilah kamu berdua kepada Firaun sesungguhnya dia telah melampau batas, maka berkatalah kamu berdua kepadanya dengan perkataan yang lunak mudah-mudahan dia beringat atau takut".

ALLAH memerintahkan Musa a.s dan Harun a.s sedangkan mereka berdua adalah pilihan-Nya dan kekasih-Nya supaya berlemah lembut dalam menasihati Fir'aun, musuh ketat-Nya, maka ini lebih utama dan aula digunakan dengan pemimpin muslim yang ALLAH telah namakan mereka sebagai: "Naungan ALLAH di Bumi".

Kata Imam Ibn al-Jauzi rh [w.597 H] (dan beliau seorang yang ahli dalam menasihati pemerintah):

من الأمر بالدعروف والنهي عن الدنكر مع السلاطنٌ التعريف والوعظ، فأما بزشنٌ القول نحو يا ظالم يا
من لا يخاف الله فإن كان ذلك يَرك فتنة يتعدى شرىا إلَ الغنً لم يجز
 

Maksudnya: "termasuk Amar Makruf dan Nahi Munkar bersama dengan Sultan adalah Takrif (memberitahu kepadanya apa yang makruf) dan memberikannya wa'z (nasihat yang memberi kesan mengandungi targhib dan tarhib) adapun mengasarkan bahasa seperti: Wahai Zalim, Wahai yang Tidak takut kepada ALLAH, maka jika perbuatan ini membawa kepada fitnah dan membawa keburukannya kepada orang lain tidak harus…"

Kata Imam Ibn Muflih rh (w.763 H):


ولا ينكر أحد على سلطان إلا وعظا لو وبزويفا أو برذيرا من العاقبة في الدنيا والْخرة فإنو يجب ويَرم
بغنً ذلك



Maksudnya: "dan tidak ada sesiapa pun boleh mengingkari atas Sultan kecuali dengan cara member mau'izah, menakutkannya (akan neraka) atau mentahzirkannya daripada akibat di dunia dan akhirat maka ianya wajib adapun selainnya adalah haram …" [al-Adab al-Syar'iyyah, m.s 175].

Para Ulama Salaf khususnya di zaman Bani 'Abbas memberikan kita contoh yang amat baik bagaimana mereka menasihati dan menegur pemerintah, penuh dengan bahasa-bahasa yang lunak dan tidak menggerakkan manusia untuk memberontak. Contoh yang jelas Imam Ahmad bin Hanbal rh sentiasa memanggil al-Muktasim dengan "Amirul Mukminin" demikian juga Imam al-Syafii rh ketika di bawa ke hadapan al-Rasyid dalam keadaan dan kaki dirantai dan al-Rasyid siap sedia memancungnya, Imam Al-Syafii hanya berlunak dan memanggil mesra al-Rasyid sebagai: "Amirul Mukminin".
Adapun mencela pemerintah dan menyebut keburukannya di khalayak ramai dengan cara yang boleh menimbulkan kebencian kepada pemerintah dan menggerakkan jiwa memberontak maka ini tidak dibenarkan sama sekali kerana Nabi s.a.w bersabda:


أَفْضَلُ الجِْهَادِ كَلِمَةُ عَدْلٍ عِنْدَ سُلْطَانٍ جَائِرٍ، أَوْ أَمِنًٍ جَائِرٍ
 


Maksudnya: "Jihad yang paling utama adalah Kalimah yang 'adil di sisi sultan yang zalim atau amir yang zalim". [Abu Daud, al-Tarmizi,al-Nasaie,dan Ibn Majah].

Rasulullah s.a.w menyatakan dua perkata penting yang perlu bagi seorang yang ingin menasihati pemerintah di sini:
Pertama: Hendaklah kalimahnya 'Adil iaitu benar sama ada menyuruh dengan makruf atau mencegah mungkar dan telah berlalu penjelasan ianya dilakukan dengan lemah lembut kerana ini adalah asal dakwah.
Kedua: Di hadapan atau di sisi pemerintah yakni hendaklah perkara itu sampai kepadanya dan ditujukan kepadanya, bukan di hadapan khalayak yang boleh menjatuhkan haibah Sultan di mata rakyat.
Kata Ulama Dakwah rahimahumullah:


وأما ما قد يقع من ولاة الأمور، من الدعاصي والدخالفات، التي لا توجب الكفر، والخروج من الإسلام،
فالواجب فيها مناص تَّهم على الوجو الشرعي برفق، واتباع ما كان عليو السلف الصالح، من عدم
التشنيع عليهم في ا آّلس، ولرامع الناس
 


Maksudnya: "dan adapun apa yang berlaku daripada pemerintah daripada maksiat dan kesalahan yang tidak menjadikannya kufur dan terkeluar daripada Islam maka yang wajib padanya adalah menasihati mereka dengan cara yang syar'ie secara berhemah dan mengikut apa yang diamalkan Salafus Soleh tanpa mencela mereka di majlis-majlis dan perhimpunan manusia". [al-Durar al-Saniah, 9/106].

Demikian penjelasan para Ulama Salafi berkenaan cara-cara menasihati dan menegur pemerintah bukan dengan berusuh dan bertunjuk perasaan



3.3 Manhaj Salafi dalam Berhadapan dengan Pemerintah yang Zalim dan Fasiq

Manhaj Salafi amat tegas tidak boleh mentaati perintah yang membawa maksiat kepada ALLAH Ta'ala kerana tsabit dalam hadis yang sahih: "Tidak ada ketaatan bagi makhluk dalam melakukan maksiat kepada Khaliq".
Secara ringkasnya Manhaj Salafi menetapkan ada dua pendirian dalam berhadapan dengan pemerintah zalim dan fasiq:
Pertama: Tidak mentaati perintah maksiat itu secara khusus berdasarkan dalil-dalil berikut:


على الدرء الدسلم - - - - « : عبد الله بن عمر رضي الله عنهما : أنَّ رسولَ الله صلى الله عليو وسلم قال
السَّمعُ والطاعَةُ فيما أحَبَّ أو كَرِهَ ، إِلا أَنْ يُؤمَرَ بِدَعْصِيَةٍ ، فَإِن أُمِرَ بِدعصيةٍ، فلا سمَْعَ ، ولا طَاعَة 



Maksudnya: Daripada Abdullah bin Umar r.hma bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Wajib atas setiap muslim dengar dan taat (kepada pemerintah) dalam urusan yang dia suka atau benci melainkan dia disuruh melakukan maksiat maka jika dia disuruh melakukan maksiat maka tidak wajib dengar dan tidak wajib taat”. [Hadis dikeluarkan: al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi, al-Nasai, dan Ahmad].

Daripada Saidina Ali r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda:


إنَّا الطاعة في الدعروف
 


Maksudnya: “Sesungguhnya Taat itu dalam perkara makruf sahaja”. [al-Bukhari & Muslim].


طار بن شهاب رضي الله عنو أن رجلاً سأل النبي صلى الله عليو وسلم ، وقد وضَعَ رِجْلَوُ - - - -
» كلمةُ حقٍ عند سلطان جائر « : في الغَرْزِ : أيُّ الجهادِ أفضلُ ؟ قال
 


Maksudnya: Daripada Tariq bin Syihab r.a bahawa seorang lelaki bertanya kepada Nabi s.a.w sedang baginda telah meletakkan kaki baginda di atas tempat tunggangan: „Apakah Jihad yang utama?‟ Jawab baginda: “Perkataan yang benar di sisi pemerintah yang zalim”. [Hadis dikeluarkan: al-Nasai, darjatnya hasan].

Hadis-hadis ini dengan jelas menunjukkan bahawa ketaatan kepada pemerintah dan sesiapa sahaja yang daripada makhluk hanya berlaku dalam urusan yang sesuai dengan syariat sahaja, apabila urusan itu tidak sesuai dengan syariat maka haram untuk kita mentaati perintah itu.
Kedua: Walaupun Haram mentaati perintah maksiat itu namun Haram juga memberontak kepada pemerintah dan memeranginya selama mana dia tidak menjadi kafir.
Dalil perkara ini mencapai tahap mutawatir, antaranya hadis-hadis berikut:.



عن عبادة بن الصامت عن النبي صلى الله عليو وسلم قال اسمع وأطع في عسرك ويسرك ومنشطك
ومكرىك وأثره عليك وإن أكلوا مالك وضربوا ظهرك
 


Maksudnya: Daripada Ubadah bin al-Somit r.a daripada Nabi s.a.w baginda bersabda: “Dengar dan Taatlah ketika susah dan senang, rela dan terpaksa, dan ketika keadaan yang merugikan kamu walaupun mereka (pemerintah) merampas hartamu dan memukul belakangmu”. [al-Sunnah Ibn Abi Asim –Zilal al-Jannah- Sahih].

مَنْ كَرِهَ مِنْ - - - - « : عبد الله بن عباس رضي الله عنهما : أنَّ رسول الله صلى الله عليو وسلم قال
.» أمِنًِهِ شَيْئا فَ لْيَصبِِْ ، فَإِنَّوُ مَنْ خَرَجَ مِن السُّلطانِ شِبِا مَاتَ مِيتَة جَاىِليَّة فَليَصبِِْ عليو ، « : وفي رواية
» فَإِنَّوُ مَنْ فَارَ الجَمَاعَةَ شِبِا فَمَاتَ فَمِيتَتُوُ جَاىِليَّة
 


Maksudnya: Daripada Abdullah bin Abbas r.hma bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang membenci akan pemerintahnya kerana sesuatu maka bersabarlah kerana sesiapa yang keluar daripada pemerintah sekadar sejengkal dia mati dalam keadaan jahiliah”. Dalam riwayat yang lain: “maka hendaklah dia bersabar, kerana sesungguhnya sesiapa yang berpisah daripada al-Jamaah sekadar sejengkal maka dia mati dalam keadaan jahiliah”. [Hadis dikeluarkan: al-Bukhari & Muslim].

Kata Imam Ibn Hajar al-'Asqalani rh berkenaan hadis ini:


قال بن بطال في الحديث حجة في ترك الخروج على السلطان ولو جار وقد أجْع الفقهاء على وجوب
طاعة السلطان الدتغلب والجهاد معو وأن طاعتو خنً من الخروج عليو لدا في ذلك من حقن الدماء
وتسكنٌ الدهماء وحجتهم ىذا الخبِ وغنًه لشا يساعده ولم يستثنوا من ذلك إلا إذا وقع من السلطان
الكفر الصريح فلا بذوز طاعتو في ذلك بل بذب لراىدتو لدن قدر عليها
 


Maksudnya: "berkata Ibn Battal: pada hadis ini terdapat hujjah meninggalkan memberontak terhadap Sultan walaupun mereka zalim dan telah sepakat para Fuqaha' wajibnya mentaati Sultan yang menguasai secara rampasan kuasa dan berjihad dengannya dan mentaatinya lebih baik daripada memberontak kepadanya kerana pada itu (tidak memberontak) terdapat pemeliharaan terhadap darah dan menanangkan orang ramai dan hujjah mereka adalah khabar ini dan lainnya yang membantu (dalam penghujahan) dan mereka tidak mengecualikan apa-apa pun melainkan jika berlaku pada Sultan kufur yang jelas maka tidak harus mentaatinya bahkan ketika itu wajib memeranginya bagi mereka yang mampu" [al-Fath, 13/7]


أم سلمة رضي الله عنها أنَّ رَسولَ الله صلى الله عليو وسلم قال
قالوا : أفَلا ، » فَتعرِفُونَ وَت نُْكِرُونَ ، فَمَنْ كَرِهَ فَقد بَرِئ ، وَمَن أَنْكَرَ فقد سَلِمَ، ولكن مَنْ رَضي وتَابَعَ
.» لا ، مَا صَلُّوا « : ن قَُاتِلُهمْ ؟ قال
 


Maksudnya: Daripada Ummu Salamah r.ha bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya akan memerintah kamu nanti pemerintah-pemerintah, maka (ada perbuatan mereka) yang kamu setujui dan ada yang kamu ingkar, maka sesiapa yang membenci (maksiat yang mereka lakukan) dia telah terlepas (daripada azab), sesiapa yang mengingkarinya dia selamat, tetapi sesiapa yang reda dan mengikut (maka dia termasuk orang yang bersubahat)”. Mereka (Sahabat) berkata: „Apa tidak patutkah kami memerangi mereka (pemerintah)?‟ Jawab baginda: “Tidak boleh selagi mereka bersolat”. [Hadis dikeluarkan: Muslim, Abu Daud, dan al-Tarmizi dan lafaz pada Muslim].


خِيَارُ - - - - «: عوف بن مالك رضي الله عنو : قال : سمعتُ رسولَ الله صلى الله عليو وسلم يقول
أَئِمَّتِكُمْ : الذين بُربُّون هَُمْ ويَُبونَكُمْ ، وَتُصَلُّونَ عليهم ، ويُصَلُّونَ عليكم ، وَشِرارُ أَئِمَّتِكُمُ : الَّذِينَ
قال : قُلنا : يا رسول الله ، أفَلا نُنابِذُىم ] عند » ت بُْغِضُون هَُمْ ، وَي بُْغِضُونَكمْ ، وتَ لْعَنُون هَُم ، وَيلْعَنُونَكم
لا ، ما أقاموا فيكم الصلاةَ ، لا ، ما أقاموا فيكم الصلاةَ ، ألا مَنْ وَلَِِ عليوِ وَالٍ ، « : ذلك ؟[ ، قال
» فرآهُ يَأْتي شَيئا مِنْ مَعصيةِ اللهِ ، فليكره ما يأتي من معصية الله، ولا ي نَْزِعَنَّ يَدا من طَاعَةٍ
 


Maksudnya: Daripada Auf bin Malik r.a: Kata beliau: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Sebaik-baik pemimpin kamu adalah yang kamu sukai mereka itu dan mereka menyukai kamu, kamu mendoakan mereka dan mereka mendoakan kamu, dan seburuk-buruk pemimpin kamu adalah yang kamu benci mereka itu dan mereka membenci kamu, kamu melaknat mereka dan mereka melaknat kamu”. Berkata beliau (Auf): Kami berkata: „Wahai Rasulullah, apakah tidak boleh kami memerangi mereka ketika itu?‟ Jawab baginda: “Tidak boleh selagi dia mendirikan dalam kalangan kamu solat, tidak boleh selagi dia menegakkan dalam kalangan kamu solat, sesungguhnya sesiapa memerintah atasnya seorang pemerintah lalu dia melihatnya (pemerintah tersebut) melakukan sesuatu yang maksiat kepada Allah maka bencilah dia atas apa yang dia lakukan daripada maksiat kepada Allah namun jangan dia mencabut tangan daripada ketaatan”. [Hadis dikeluarkan: Muslim dan Ahmad].




إِنَّها ستكُونُ - - - - « : عبد الله بن مسعود رضي الله عنو : قال : قال رسول الله صلى الله عليو وسلم
تُؤدُّونَ الحَقَّ « : قالوا : يا رسولَ الله ، كيفَ تَأْمُرُ مَنْ أَدْرَكَ ذلك مِنّا؟ قال » بعدي أَث رََةٌ ، وَأُمُورٌ تُنكِرُونَها » الذي عليكم ، وتَسألُونَ اللهَ الذي لكم



Maksudnya: Daripada Abdullah bin Masud r.a kata beliau: Telah bersabda Rasulullah s.a.w: “Sesungguhnya akan berlaku selepasku nanti perkara yang sukar dan perkara-perkara yang kamu ingkari”. Kata mereka (Sahabat): „Apakah yang kamu perintahkan kepada sesiapa antara kami yang menjumpainya?‟ Kata baginda: “Kamu tunaikan hak yang ada atas kamu (mentaati pemerintah dalam makruf) dan kamu mintalah hak kepunyaan kamu kepada Allah”. [Hadis dikeluarkan: Al-Bukhari, Muslim, dan al-Tarmizi].


Maksud أَثَرَة dalam hadis ini adalah kaum pemerintah yang akan melebihkan diri mereka dalam urusan harta dan sebagainya (memakan harta secara zalim). [Jami‟ul Usul, Ibn al-Athir].


وائل بن حُجر رضي الله عنو :قال : سَألَ سَلَمَةُ بْنُ يَزِيدٍ الجُعفيُّ رسولَ الله صلى الله عليو - - -
وسلم قال : يا نَبيَّ اللهِ ، أرَأيتَ إنْ قَامَتْ علينا أُمرَاءُ يَسألُونَا حَقَّهم ، ويَمنعونَا حَقَّنا، فما تَأْمُرنا ؟ -
فأعْرَضَ عنو ، ثُ سألو ، فَأعرَضَ عَنْو ، ثُ سألو في الثانية أو في الثَّالِثَةِ فَجَذَبَوُ الأشعَثُ بنُ قَيسٍ ، - -
» اسمْعوا وأطِيعُوا ، فإنََّّا عليهم مَا حُُّْلُوا ، وعليكم ما حُُّْلْتُم « : فقال
 


Maksudnya: Daripada Wail bin Hujr r.a kata beliau: Telah bertanya Salamah bin Yazid al-Ju‟fi r.a Rasulullah s.a.w kata beliau: „Wahai Nabi Allah, apakah pandanganmu jika nanti berdiri pada kami pemerintah-pemerintah yang meminta hak mereka (ketaatan dan baiah) dan menghalang hak kami (daripada keadilan dan bermuamalah dengan baik) maka apakah perintahmu?‟ lalu baginda berpaling daripadanya kemudian dia bertanya lagi, maka baginda berpaling daripadanya, kemudian dia bertanya lagi pada kali yang kedua atau ketiga lalu ditarik oleh al-Asy‟as bin Qais r.a lalu baginda Rasulullah s.a.w berkata: “Dengarlah dan taatlah kerana sesungguhnya atas mereka apa yang mereka dipertanggungjawabkan dan atas kamu apa yang kamu dipertanggungjawabkan”. [Hadis dikeluarkan: Muslim dan al-Tarmizi].


عن جنادة بن أبِ أمية قال : دخلنا على عبادة بن الصامت وىو مريض قلنا أصل كَّ الله حدث
بحديث ينفعك الله بو سمعتو من النبي صلى الله عليو و سلم قال دعانا النبي صلى الله عليو و سلم
فبايعناه فقال فيما أخذ علينا أن بايعنا على السمع والطاعة في منشطنا ومكرىنا وعسرنا ويسرنا وأثرة
علينا وأن لا ننازع الأمر أىلو إلا أن تروا كفرا بواحا عندكم من الله فيو برىان
 

Maksudnya: Daripada Junadah bin Abi Umayyah kata beliau: Kami masuk menemui Ubadah bin al-Somit r.a ketika beliau jatuh sakit, kami berkata: Semoga Allah memperelokkan keadaan kamu, sampaikan kepada kami hadis yang mudah-mudahan Allah manfaatkan untuk mu dengannya yang kamu dengar daripada Nabi s.a.w. Kata beliau (Ubadah): „Telah memanggil kami akan Nabi s.a.w maka kami membaiat baginda lalu berkata lagi: Antara apa yang baginda ambil baiat atas kami: Kami berbaiat untuk dengar dan taat (pada pemimpin) dalam keadaan rela dan paksa, susah dan senang, dan keadaan yang merugikan kami dan jangan kamimencabut urusan daripada empunyanya melainkan kamu melihat kufur yang jelas yang ada pada kamu daripada Allah bukti‟. [Hadis dikeluarkan: al-Bukhari dan Muslim].


Kata Imam al-Nawawi rh:



ومعنى الحديث لا تنازعوا ولاة الأمور في ولايتهم ولا تعترضوا عليهم إلا أن تروا منهم منكرا لزققا تعلمونو
من قواعد الإسلام فإذا رأيتم ذلك فأنكروه عليهم وقولوا بالحق حيث ما كنتم وأما الخروج عليهم وقتالذم
ف رَّام بإجْاع الدسلمنٌ وإن كانوا فسقة ظالدنٌ وقد تظاىرت الأحاديث بدعنى ما ذكرتو وأجْع أىل السنة
أنو لا ينعزل السلطان بالفسق وأما الوجو الدذكور في كتب الفقو لبعض أص اَّبنا أنو ينعزل وحكي عن
الدعتزلة أيضا فغلط من قائلو لسالف للإجْاع قال العلماء وسبب عدم انعزالو وبرريم الخروج عليو ما يترتب
على ذلك من الفتن وإراقة الدماء وفساد ذات البنٌ فتكون الدفسدة في عزلو أكثر منها في بقائو
 


Maksudnya: "dan makna hadis: Janganlah kamu mencabar pemimpin dalam kekuasaan mereka dan jangan menghalang mereka melainkan kamu melihat terdapat pada mereka perkara mungkar yang jelas yang kamu yakini daripada kaedah agama Islam jika kamu melihat hal itu maka ingkarilah atas mereka dan berkata benarlah di mana sahaja kamu berada, adapun memberontak kepada mereka dan memerangi mereka maka ianya HARAM DENGAN IJMAK kaum muslimin walaupun mereka itu fasiq dan zalim dan telah banyak hadis yang sama makna dengan ini yang aku telah sebutkan dan telah berijmak Ahlus Sunnah tidak terpecat Sultan disebabkan fasiq, adapun wajah yang disebut dalam kitab-kitab Fiqh bagi sebahagian ashab kami (al-Syafii) bahawa dia terpecat dan diriwayatkan dari Muktazilah juga maka ini adalah kesalahan dari si penuturnya menyalahi ijmak. Berkata para Ulama: dan sebab tidak terpecatnya dia dan haramnya memberontak adalah disebabkan apa yang akan berlaku daripada perkara itu daripada fitnah (huru hara) pertumpahan darah, permusuhan maka mafsadah dalam memecatnya lebih banyak dari kekalnya dia". [Syarah Sahih Muslim, 12/229].

Kata Imam al-Barbahari rh:



ولا يَل قتال السلطان والخروج عليو وإن جاروا، وذلك قول رسول الله صلى الله عليو وسلم لأبِ ذر:
وليس من . » ] اصبِوا حتَّ تلقون على ]الحوض « : وقولو للأنصار . » اصبِ، وإن كان عبدا حبشيا «
السنة قتال السلطان؛ فإن فيو فساد الدين والدنيا.
 


Maksudnya: "dan Tidak Halal memerangi Sultan dan memberontak atasnya walaupun mereka itu zalim ini kerana sabda Rasulullah s.a.w kepada Abu Zar r.a: "Bersabarlah walaupun dia seorang hamba Habsyi (yakni pemerintah)", dan kata baginda kepada kaum Ansar: "Bersabarlah sehingga kamu berjumpa denganku di Haudh". Dan bukan termasuk Sunnah memerangi Sultan; kerana sesungguhnya pada perbuatan itu terdapat kerosakan bagi agama dan dunia". [Syarhus Sunnah].

Bersambung.....

METHODOLOGI AHLUSUNNAH DALAM MUAMALAH DENGAN PENGUASA(1))

METHODOLOGI AHLUSUNNAH DALAM MUAMALAH DENGAN PENGUASA(1)

Penulis : Al Fadhil Ustaz Muhammad Asrie Sobrie ( Universiti Madinah Al Munawwarah)

WACANA: METHODHOLOGI AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH DALAM USUL & MUAMALAT
 MEDIU Shah Alam 26/6/2011

PENDAHULUAN

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه


Manhaj Ahlus Sunnah wal Jamaah adalah manhaj (methodologi) yang bersumber dan bersandar kepada al-Quran dan al-Sunnah serta apa yang para Sahabat Rasulullah s.a.w amalkan, maka ianya manhaj yang 'syumul' (menyeluruh) meliputi segenap aspek kehidupan.

Bahkan, tidak lah tersasar jika kita mengatakan: Manhaj Ahlus Sunnah wal Jamaah itu sendiri adalah Manhaj Islam dan Islam itu adalah Ahlus Sunnah wal Jamaah seperti yang ditegaskan oleh Imam al-Barbahari rh (w.329 H) bahawa; Islam itu adalah Sunnah dan Sunnah itu adalah Islam.

Bersama dengan kesyumulan Islam itu sendiri maka manhaj Ahlus Sunnah wal Jamaah adalah manhaj yang syumul dalam bidang Akidah, Ibadah, Akhlak, Mu'amalat, Ekonomi, Siyasah, dan Sosial dan kesemua masalah ini dibincangkan Ulama Salaf dalam penulisan mereka.
Antara isu yang dianggap utama dalam perbincangan Ulama Salaf selepas isu Akidah dan Tauhid adalah; isu Manhaj Bertinteraksi dengan Pemerintah dan prinsip-prinsip ber-Siyasah kerana isu ini menjadi garis merah yang memisahkan antara Ahlus Sunnah wal Jamaah dengan satu gerombolan Ahli Bidaah yang terbesar dan antara ibu Ahli Bidaah yang lain iaitulah: al-Khawarij.
Insya-ALLAH dalam perbahasan ringkas ini saya akan mengupaskan serba sedikit asas-asas dan Manhaj Ahlus Sunnah wal Jamaah dalam berinteraksi dengan Pemerintah dan Pendirian mereka terhadap isu-isu Siyasah.

Saya akan mengupaskan isu ini menerusi beberapa aspek berikut:

1. Kedudukan (al-Imamah) dan (al-Imarah) di sisi Manhaj Salafi
2.Proses Perlantikan Pemerintah di sisi Manhaj Salafi dan Ciri-ciri Pemerintah dan Tanggungjawabnya.
3. Tugas dan Sikap Rakyat terhadap Pemerintah Muslim Menurut Manhaj Salafi
4.Beberapa Sikap Ahli Bidaah terhadap Pemerintah

FASAL PERTAMA: KEDUDUKAN (AL-IMAMAH) DAN (AL-IMARAH) DI SISI MANHAJ SALAFI

1.1 TAKRIF (AL-IMAMAH) & (AL-IMARAH)

Istilah al-Imamah dan al-Imarah demikian juga istilah; al-Khilafah dan al-Wilayah adalah istilah-istilah yang menunjuk kepada makna yang satu iaitu KEMPIMPINAN dalam Islam.
Pemimpin tertinggi dalam sebuah Negara Islam dinamakan sebagai (Imam) atau (Amir) atau (Wali) atau (Khalifah) tetapi istilah Khalifah dan Khilafah lebih merujuk kepada Kepimpinan 'Aam dan Tertinggi di mana dibawah kekuasaannya seluruh Umat Islam bersatu sebagai satu Negara satu Bangsa. [rujuk: Al-Mausuah al-Fiqhiah al-Kuwaitiah, juz 6, Imarah & al-Imamah al-Kubra].
1.2 Jenis-jenis Kepimpinan dalam Islam
Kepimpinan dalam Islam dapat dibahagikan kepada dua bahagian:

Pertama: Umum

Kepimpinan Umum adalah kepimpinan yang tertakluk di bawah kekuasaannya seluruh kaum muslimin dalam pentadbiran Negara dan kepimpinan ini menjadi focus perbincangan dalam kertas kerja ini.
Kedua: Khusus
Kepimpinan yang kuasanya terhad dalam bidang dan lapangan tertentu seperti Nazir Waqaf, Wali Anak Yatim, dan Wali Darah dalam kes-kes Qisas.
[rujuk: Al-Mausuah al-Fiqhiah al-Kuwaitiah, juz 45, Wilayah].

1.3 Hukum Melantik Pemimpin Negara di sisi Manhaj Salafi

Ulama Salafi telah berijmak (kata sepakat) akan wajibnya melantik seorang pemerintah dalam sebuah Negara Islam bagi menjalankan pemerintahan dan menegakkan hukum ALLAH s.w.t.
Kata Imam Abu Ya'la al-Farra' rh (w.458 H):

نصبة الإمام واجبة
 

Maksudnya: "Melantik Pemimpin itu adalah WAJIB". [rujuk: al-Ahkam al-Sultaniah, m.s 19].

Berkata Syeikh Hamd bin Nasir dan Anak-anak Imam Dakwah rahimahumullah dalam fatwa mereka:

الذي عليو أىل السنة والجماعة، أن الإمام يجب نصبو على الناس، وذلك أن أمور الإسلام
لا تتم إلا بذلك، كالجهاد في سبيل الله، والأمر بالدعروف والنهي عن الدنكر، وإقامة الحدود،
وإنصاف الضعيف من القوي، وغنً ذلك من أمور الدين
 

Maksudnya: "Apa yang Ahlus Sunnah wal Jamaah berpegang dengannya adalah bahawa melantik pemerintah itu wajib atas manusia (muslimin); ini kerana urusan-urusan Islam tidak akan terlaksana kecuali dengannya seperti berjihad di jalan ALLAH, Al-Amru bil Makruf wan Nahyi anil Munkar, menegakkan Hudud, mendapatkan hak orang yang lemah daripada orang yang kuat, dan lainnya daripada urusan agama…". [rujuk: Al-Durar al-Saniah, jil 9].

Nas-nas menunjukkan wajib melantik pemimpin amatlah banyak antaranya firman ALLAH dalam surah al-Nisaa ayat ke-59:

أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الأمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلا
"Wahai orang-orang yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya."

Kata Imam al-Qurtubi rh (w.671 H):

ىَذِهِ الْْيَةُ أَصْلٌ فِي نَصْبِ إِمَامٍ وَخَلِيفَةٍ يُسْمَعُ لَوُ وَيُطَاعُ، لِتَجْتَمِعَ بِوِ الْكَلِمَةُ، وَتَ نْ فُذُ بِوِ أَحْكَامُ الخَْلِيفَةِ.
وَلَا خِلَافَ فِي وُجُوبِ ذَلِكَ ب نٌََْ الْأُمَّةِ وَلَا ب نٌََْ الْأَئِمَّةِ إِلَّا مَا رُوِيَ عَنِ الْأَصَمّْ حَيْثُ كَانَ عَنِ الشَّرِيعَةِ
أَصَمَّ


Maksudnya: "Ayat ini adalah dalil dalam melantik Imam dan Khalifah yang didengari dan ditaati supaya berhimpun kalimah dan dilaksanakan dengannya hukum hakam Khalifah dan tiada khilaf dalam wajibnya dalam kalangan Umat dan dalam kalangan para Imam kecuali apa yang diriwayatkan daripada al-Asam di mana dia ini seorang pekak daripada syariat .." [Tafsir al-Qurtubi, juz 1 m.s 264].

Al-Asam yang dimaksudkan adalah daripada Muktazilah maka khilaf ini adalah syaz dan menyalahi apa yang telah tetap daripada ijmak Ulama Salaf.
Namun, wajibnya melantik pemerintah dan urusan kepimpinan tidaklah sewajib urusan Akidah dan rukun-rukun Islam berbeza dengan kepercayaan Syi'ah Imamiah yang meletakkan Imamah dalam rukun agama mereka.

Kata Syeikhul Islam (w.728 H):

إِنَّ قَ وْلَ الْقَائِلِ: )إِنَّ مَسْأَلَةَ الْإِمَامَةِ أَىَمُّ الْمَطَالِبِ فِي أَحْكَامِ الدّْينِ، وَأَشْرَفُ مَسَائِلِ ا لْمُسْلِمِنٌَ.( كَذِبٌ
بِإِجَْْاعِ الْمُسْلِمِنٌَ سُنّْ يّْهِمْ، وَشِيعِيّْهِمْ، بَلْ ىَذَ ا كُفْرٌ
.

Maksudnya: "Sesungguhnya perkataan si berkata: (Masalah al-Imamah adalah tuntutan yang paling penting dalam hukum hakam agama dan semulia-mulia permasalahan kaum muslimin) adalah DUSTA bahkan KUFUR".

Kata beliau lagi:

فَإِنَّ الْإِيمَانَ بِال لَّوِ، وَرَسُولِوِ أَىَمُّ مِنْ مَسْأَلَةِ الْإِمَامَةِ، وَىَذَا مَعْلُومٌ بِالِاضْطِرَارِ مِنْ دِينِ الْإِسْلَامِ، فَالْكَافِرُ لَا
يَصِنًُ مُؤْمِنًا حَتََّّ يَشْهَدَ أَنْ لَا إِلَوَ إِلَّا اللَّوُ، وَأَنَّ لُزَمَّدًا رَسُولُ اللَّوِ
 

Maksudnya: "Maka sesungguhnya beriman dengan ALLAH dan Rasul-Nya lebih penting daripada urusan kepimpinan dan ini diketahui secara darurat daripada agama Islam kerana seorang kafir tidak menjadi mukmin melainkan setelah menyaksikan bahawa Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan ALLAH dan bahawa Muhammad itu adalah pesuruh ALLAH …" [rujuk: Minhaj al-Sunnah al-Nabawiah, juz 1 m.s 75].

Oleh itu, dakwah Islam tidak terhenti pada perintah pemerintah semata-mata bahkan dakwah Islamiah terus berjalan sama ada urusan pemerintahan wujud atau tidak di tangan kaum muslimin.

Demikian juga perbuatan para Sahabat ridwanullahi 'alaihim yang bersegera berkumpul untuk melantik pemimpin setelah kewafatan Rasulullah s.a.w bahkan mendahulukan urusan melantik Khalifah atas urusan penyediaan Jenazah.

Firman ALLAH Ta'ala dalam Surah al-Baqarah ayat 30:


وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لا تَعْلَمُونَ


" dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".

Rasulullah s.a.w semasa memulakan dakwah tidak memiliki apa-apa kekuasaan kepimpinan bahkan ketika baginda diminta pilih oleh ALLAH sama ada hendak menjadi Rasul Hamba atau Rasul Raja, baginda memilih pilihan yang pertama.
Tidak dinafikan ada hukum hakam Islam yang tidak dapat dilaksanakan dengan tiadanya Imamah seperti Jihad dan Hudud, namun perkara yang tidak dapat dilaksanakan semuanya janganlah ditinggalkan yang utamanya.

1.4 Maqasid Syariah di Sebalik Perlantikan Imam

Kata 'Allamah Ibn al-Qayyim rh (w.751 H) memetik dari gurunya Syeikhul Islam:

وَجَِْيعُ الْوِلَايَاتِ الْإِسْلَامِيَّةِ: مَقْصُودُىَا الْأَمْرُ بِالْمَعْرُوفِ وَالنَّ هْيُ عَنْ الْمُنْكَرِ
 

Maksudnya: "dan semua bentuk kekuasaan Islam maksudnya adalah; Menyuruh kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran …" [Al-Turuq al-Hukmiah; m.s 199 dan lihat juga: al-Hisbah oleh Syeikhul Islam].
Sebesar-besar amalan makruf dan yang paling utamanya adalah: Tauhid, manakala sekeji-keji maksiat adalah: Syirik.
Oleh itu, Ibn 'Abbas ra mentafsirkan firman ALLAH:

إِنَّ اللَّوَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإحْسَانِ


Maksudnya: "Sesungguhnya ALLAH memerintahkan dengan keadilan dan ihsan .." [Al-Nahl: 90]
Al-'Adl ditafsirkan oleh Ibn 'Abbas ra [w.68 H] sebagai: Syahadah Tauhid manakala al-Ihsan adalah: Melaksanakan Amalan-amalan Fardu. [rujuk: Tafsir al-Tabari, juz 17 m.s 279].
Maka kerajaan Islam tujuan ditubuhkan adalah untuk mengekkan dakwah dan menyebarkannya, membebaskan manusia daripada belenggu syirik dan membawa mereka kepada kebebasan Tauhid.
Adapun kerajaan yang tidak menegakkan Tauhid, tidak mencegah daripada Syirik maka ini bukanlah kerajaan yang dimaksudkan penubuhannya oleh Syarak.
Ciri-ciri Umat Muhammad adalah; Menyuruh kepada makruf dan mencegah kemungkaran serta beriman kepada ALLAH sebagaimana ALLAH jelaskan dalam surah Ali Imran ayat 110:




كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ مِنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ

" kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada Segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).

Fasal Kedua: Proses Perlantikan Pemerintah di sisi Manhaj Salafi dan Ciri-ciri Pemerintah

2.1 Proses Perlantikan Pemerintah di Sisi Manhaj Salafi

Kata Syeikhul Islam rh:

بَلِ الْإِمَامَةُ عِنْدَىُمْ تَ ثْبُتُ بِدُوَافَ قَةِ أَىْلِ الشَّوْكَةِ عَلَيْ هَا، وَلَا يَصِنًُ الرَّجُلُ إِمَامًا حَتََّّ ي وَُافِقَ وُ أَىْلُ الشَّوْكَةِ
عَلَيْ هَا الَّذِينَ يََْصُلُ بِطَاعَتِهِمْ لَوُ مَقْصُودُ الْإِمَامَةِ، فَإِنَّ الْمَقْصُودَ مِنَ الْإِمَامَ ةِ إِنَََّّا يََْصُلُ بِالْقُدْرَةِ
وَالسُّلْطَانِ، فَإِذَا بُويِعَ ب يَْ عَةً حَصَلَتْ أَِّ الْقُدْرَةُ وَالسُّلْطَانُ صَارَ إِمَامًا.
 

Maksudnya: "Bahkan al-Imamah di sisi mereka (Ulama Salaf) tsabit dengan persetujuan Ahli al-Syaukah (mereka yang ada pengaruh) atas perlantikannya dan tidak menjadi seseorang itu pemerintah sehinggalah para Ahli Syaukah bersetuju atasnya yang dengan ketaatan mereka itu kepadanya (pemerintah) berlaku maksud kepimpinan maka yang dimaksudkan dengan Imamah itu ia berlaku dengan adanya kekuatan dan kekuasaan maka jika dibaiat dengan baiat yang berhasil dengannya kekuatan dan kekuasaan jadilah dia Imam". [rujuk: Minhaj al-Sunnah, juz 1 m.s 527].

Maka di sisi Manhaj Salafi, perlantikan pemerintah tidak memerlukan suara majoriti untuk mengesahkannya, bahkan apabila seseorang itu mendapat sokongan daripada seorang Ahli Majlis Syura yang mempunyai pengaruh maka berlakulah perlantikan.

Demikian juga yang diberi kuasa melantik pemerintah adalah Ahli Syaukah iaitulah mereka yang mempunyai pengaruh dan kekuasaan atau disebut Ahli Majlis Syura yang terdiri daripada para Ulama, Ketua-ketua Masyarakat, Ketua-ketua tentera, bukan terletak pada keseluruhan rakyat.
Para Ulama Salafi memberikan beberapa bentuk pemilihan Imam sebagai berikut:

Pertama: Perlantikan daripada Ahli Majlis Syura.

Apabila Ahli Majlis Syura telah memilih seseorang sebagai ketua Negara maka terlaksanalah baiat tersebut dan sah pemerintahan yang dipilih.

Ahli Majlis Syura mestilah menepati cirri-ciri berikut:

1. Al-'Adalah yakni seorang muslim yang boleh dipercayai.
2. Mempunyai Ilmu yang dengannya mereka mengenali cirri-ciri yang perlu ada pada seseorang untuk menjadi pemimpin.
3. Berpandangan jauh dan tajam yang mampu memilih yang terbaik dari yang terbaik untuk dilantik sebagai pemerintah.
[rujuk: Al-Ahkam al-Sultaniah, Abu Ya'la, m.s 19 dan Al-Siyasah al-Syar'iyyah, Khalid al-'Anbari, m.s 135].

Proses perlantikan melalui cara ini berlaku pada pemilihan Khalifah Usman bin 'Affan r.a di mana 'Abdul Rahamn bin 'Auf r.a telah melakukan mesyuarat di antara Ahli Majlis Syura yang telah dilantik oleh Khalifah Umar bin al-Khattab ra yang terdiri daripada pembesar Sahabat r.hum dan dengan musyawarah daripada Muhajirin dan Ansar.
Proses ini berbeza dengan system demokrasi kerana demokrasi meletakkan semua rakyat mempunyai hak memilih pemimpin tanpa mengira sama ada dia seorang muslim yang adil atau fasiq, sama ada kafir atau muslim, bahkan sama ada bodoh atau cerdik semuanya ada hak yang sama, ini jelas suatu bentuk kezaliman yang berlawanan dengan fitrah manusia yang cintakan keadilan. [rujuk: Al-'Adl fi al-Syariah al-Islamiah Laisat fi al-Demoqratiah al-Maz'umah, 'Allamah Abdul Muhsin al-'Abbad].

Kedua: Persetujuan atau Perlantikan daripada Imam sebelumnya

Imam yang terdahulu diberi hak oleh Syarak untuk menamakan penggantinya atau memberikan isyarat kepada siapa yang beliau condong untuk dilantik sebagai penggantinya.
Dalil cara ini adalah apa yang dilakukan oleh Abu Bakr al-Siddiq r.a yang menamakan Umar bin al-Khattab r.a sebagai pengganti beliau.

Kata Imam al-Mawardi rh (w.450 H):

وَأَمَّا انْعِقَادُ الْإِمَامَةِ بِعَهْدِ مَنْ قَ بْ لَوُ فَ هُوَ لِشَّا انْ عَقَدَ الْإِجَْْاعُ عَلَى جَوَازِهِ، وَوَقَعَ الِات فَا عَلَى صِ تََِّّوِ
 

Maksudnya: "dan adapun berlakunya Imamah dengan penyerahan daripada (Imam) sebelumnya adalah termasuk daripada perkara yang telah berlaku ijmak akan harusnya dan berlaku kesepakatan bahawa (cara ini) sah .." [al-Ahkam al-Sultaniah, m.s 30].

2.1.1 Sistem Pewarisan Takhta di sisi Manhaj Salafi

Jika pemerintah mewariskan penggantinya kepada kaum kerabatnya; berkata 'Allamah Siddiq Hasan Khan rh [w.1307 H]:
"dan tidak ditohmah akan Imam berkenaan urusan ini walaupun dia menyerahkan jawatan kepada ayah atau anaknya kerana dia (imam) dipercayai semasa hidupnya dalam menjaga urusan mereka (kaum muslimin) maka lebih utamah untuk tidak disangsikan padanya selepas kematiannya…"
Kata beliau juga:

"lebih-lebih lagi jika apa yang dia lakukan itu adalah kerana maslahah atau mengelak berlakunya mafsadah maka ternafilah sama sekali daripadanya sangkaan buruk seperti yang berlaku dalam tindakan Muawiyah ra menyerahkan kepimpinan kepada anaknya Yazid .."
[Iklil al-Karamah, m.s 18-19]

Maka harus bagi Imam mengkhususkan jawatan pemerintahan kepada kerabat tertentu atau kepada kelompok tertentu jika memerlukannya dan mengelak mafsadah seperti yang berlaku di zaman Muawiyah ra di mana Bani Umayyah merupakan tunjang kaum muslimin ketika itu dan mereka adalah tentera-tentera Islam dan mereka tidak dapat menerima pemimpin selain daripada mereka.

2.1.2 Rampasan Kuasa

Islam melarang keras tindakan memberontak dan membangkang pemimpin muslim dan tindakan memberontak kepada pemerintah muslim amat-amat keji di sisi Syariat Islam yang akan kita bentangkan dalil-dalilnya nanti –isnya ALLAH-.
Namun, jika berlaku rampasan kuasa dan Imam yang sedia ada dikalahkan lalu pemberontak menguasai kerajaan dan stabil kekuasaan di tangannya maka SAH lah dia sebagai Imam yang baharu serta wajib memberikan baiah kepadanya.

Kata Imam Ahmad rh [w.241 H]:

"Barangsiapa yang berjaya menguasai mereka –yakni para pemerintah- dengan pedang sehingga menjadi Khalifah dan dinamakan Amirul Mukminin; maka tidak halal bagi sesiapa pun yang beriman dengan ALLAH dan hari akhirat untuk bermalam sedangkan dia tidak beriktiqad dia (si pemberontak) sebagai Imam (yang baharu); sama ada dia seorang yang baik atau fasiq"
[Mu'amalatul Hukkam, ms 25]

Kata Imam al-Syafii rh [w.204 H]:

كل من غلب على الخلافة بالسيف حتَّ يسمى خليفة ويجمع الناس عليو فهو خليفة
 

Maksudnya: "sesiapa sahaja yang menguasai Khilafah dengan pedang sehingga dinamakan Khalifah dan manusia telah bersepakat atasnya maka dialah Khalifah". [rujuk: Mu'amalatul Hukkam, m.s 27].

Hukum ini terbina atas apa yang telah lalu penjelasannya bahawa 'dabit' seseorang itu menjadi Imam adalah: "Stabil padanya kekuatan dan kekuasaan", seperti yang dijelaskan Syeikhul Islam dalam Minhaj al-Sunnah.
Para Ulama Salaf telah ijmak akan sah pemerintah yang berjaya mengalahkan pemerintah sebelumnya semasa peristiwa rampasan kuasa yang dilakukan oleh Abdul Malik bin Marwan rh yang berjaya mengalahkan Abdullah bin al-Zubair ra.
Demikian juga kerajaan-kerajaan Islam selepas itu ditegakkan dengan rampasan kuasa seperti kerajaan Bani Abbas yang merampas kuasa dari Bani Umayyah dan Daulah 'Aliyyah merampas kuasa dari Bani 'Abbas namun tiada para Ulama yang menyatakan pemerintahan mereka tidak sah.

2.2 Ciri-ciri Pemerintah

Para Ulama menyatakan ada beberapa syarat untuk seorang Khalifah kaum muslimin:

1. 'Adil yakni hendaklah dia seorang muslim yang dipercayai bukan seorang yang fasiq
2. Memiliki ilmu yang dengannya dia mampu membuat keputusan-keputusan penting.
3. Sejahtera Pacaindera; pendengaran, penglihatan, dan percakapan
4. Selamat Anggota Tubuh daripada cacat cela yang menghalang dia bergerak.
5. Mempunyai pandangan jauh yang boleh mentadbir rakyat dan menilai maslahah dan siyasah mereka.
6. Keberanian dan Kegagahan yang membolehkan dia memimpin Jihad.
7. Hendaklah daripada keturunan Quraish.

Syarat-syarat ini hendaklah dipertimbangkan oleh Ahli Majlis Syura sebaik mungkin sebelum melantik pemerintah tertinggi Negara Islam dan hendaklah melantik mereka yang paling hampir dengan cirri-ciri yang ada di atas.
Kata Syeikhul Islam rh bahawa Wilayah (kepimpinan) mempunyai dua rukun:

Pertama: Amanah

Kedua: Kuat (mampu menjalankan tugas yang dipikul)

Ini difahami daripada firman ALLAH dalam surah al-Qasas ayat 26 berkenaan kata-kata anak Sahib Madyan:

إِنَّ خَيْ رَ مَنِ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ الْأَمِنٌُ
 

Maksudnya: "..Sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang Kuat, lagi amanah".

Amanah dan Kudrat berbeza dengan setiap tugas dan keadaan semasa maka hendaklah dipilih pemimpin itu yang paling layak dengan beban yang akan ditanggungnya nanti.

Imam Ahmad rh ditanya berkenaan dua orang lelaki yang hendak dilantik sebagai Panglima perang, salah seorangnya kuat tetapi fasiq manakala seorang lagi 'adil tetapi lemah yang manakah patut dilantik? Maka Imam Ahmad rh memberikan fatwa supaya dilantik yang fasiq tetapi kuat kerana inilah yang sesuai dengan situasi untuk berperang iaitu "kuat".
[rujuk: Al-Siyasah al-Syar'iyyah, Ibn Taimiah, ms 15]

2.2.1 Jika Pemerintah Tidak Cukup Sifat Adakah Sah Perlantikannya?

Jika seseorang dilantik dan stabil padanya kekuasaan dan kekuatan serta bersepakat Ahli Syaukah atasnya tetapi dia tidak mencukupi syarat-syarat yang diletakkan syarak maka perlantikannya terlaksana dan sah pemerintahannya.
Kata Imam Al-Ghazali rh (w.505 H):

لو تعذر وجود الورع والعلم فيمن يتصدى للإمامة وكان في ص رفو إثارة فتنة لا تطا حكمنا بانعقاد
إمامتو لأنا بنٌ أن نحرك فتنة بالاستبدال فما يلقى الدسلمون فيو من الضرر يزيد على ما يفوتهم مننقصان ىذه الشروط التي أثبتت لدزية الدصل ةَّ فلا يهدم أصل الدصل ةَّ شغفاً بدزاياىا كالذي يبني قصراً
ويهدم مصراً وبنٌ أن نحكم بخلو البلاد عن الإمام وبفساد الأقضية وذلك لزال
 

Maksudnya: "Jika tidak dapat seorang yang warak dan berilmu untuk dilantik sebagai Imam dan pada usaha menggantikannya (dengan orang yang alim dan warak) boleh menimbulkan fitnah yang tidak mampu dikawal maka kita hukum sah pemerintahannya kerana kita berada di antara menggerakkan fitnah dalam usaha menukar (pemerintah) yang padanya terdapat mafsadah bagi kaum muslimin melebihi kebaikan yang mereka terlepas dengan (dilantiknya pemimpin) yang kurang syarat-syarat ini yang diletakkan dengan tujuan menambah maslahah maka tidak dimusnahkan asal maslahah kerana tamak untuk mendapatkan lebihan-lebihannya seumpama orang yang membina istana tetapi memusnahkan sebuah kota dan antara kita menghukum kosongnya jawatan Imam dan rosaknya segala undang-undang dan ini mustahil". [Ihya' Ulumiddin, 1/115].

Telah terdahulu kita sebutkan perkataan Imam Ahmad rh dan Imam al-Syafii rh sahnya pemerintahan Fasiq yang merampas kuasa, ini menunjukkan jika stabil kekuasaan dan kekuatan dan berhimpun Ahli Syaukah atas seorang yang tidak cukup syarat Imamah maka terlaksana pemerintahannya dan hukumnya.
Daripada perkataan Imam al-Ghazali rh di atas pula jelas, jika setelah dilantik pemimpin yang tidak cukup syarat kemudian ada orang yang mencukupi syarat maka tidak terbatal baiat Imam yang sedia ada bahkan dilarang memberontak yang boleh membawa mafsadah yang lebih besar.
Atsar daripada Salaf amat kuat menunjukkan bahawa pemerintah yang tidak mencukupi syarat setelah sepakat Ahli Syaukah melantiknya dan tetap padanya ketaatan manusia adalah sah antaranya:
> Ibn Umar r.a membaiat Yazid bin Mu'awiyah ra sedangkan masih ramai yang lebih layak menjadi Khalifah bahkan Ibn Umar berkali ganda lebih layak dari Yazid.
> Ditanya kepada Yahya bin Yahya berkenaan Baiat adakah makruh? Jawab beliau: Tidak. Dikata kepada beliau lagi: Bagaimana jika pemerintah itu kaum yang zalim? Jawab beliau: Ibn Umar telah membaiat Abdul Malik bin Marwan sedangkan dia merampas kuasa dengan pedang.
> Umar bin Abdul Aziz rh mengekalkan jawatan Putera Mahkota kepada Yazid bin Abdul Malik dan tidak menggantinya dengan orang yang lebih warak dan soleh. Imam Malik rh menjelaskan punca tindakan Umar ini dengan kata beliau: "Sesungguhnya baiat telah ditetapkan untuk Yazid selepas Umar, maka Umar takut jika dia menggantikannya dengan orang lain yang soleh maka Yazid tidak jumpa jalan keluar lain kecuali dia akan memberontak dan ini akan membawa kerosakan yang lebih daripada maslahah".
Imam al-Syatibi rh (w.790 H) mengomentar riwayat-riwayat ini dengan katanya:

.فَظَاىِرُ ىَذِهِ الرّْوَايَةِ أَنَّوُ إِذَا خِيفَ عِنْدَ خَلْعِ غَنًِْ الْمُسْتَ قَِّّْ وَإِقَامَةِ الْمُسْتَ قَِّّْ أَنْ تَ قَعَ فِتْ نَةٌ وَمَا لَا يَصْلُحُ؛
فَالْمَصْلَ ةََُّ التَّ رْكُ.
 

Maksudnya: "Maka zahir riwayat ini adalah jika ditakuti dalam usaha memecat orang yang tidak layak dan menggantikannya dengan orang yang layak berlaku fitnah dan perkara yang tidak sepatutnya maka maslahah dalam kes ini adalah meninggalkannya".
[rujuk: al-Iktisam, m.s 627, tahqiq Salim al-Hilali]

Besambung...