Artikel berikut merupakan paparan kisah
seputar hari-hari wafatnya Rasulullah shallallaahu ’alaihi wasallam yang
diambil dari riwayat-riwayat yang shahih. riwayat dinukil dari telaahan Prof. Dr. Akram
Dliyaa’ Al-’Umari hafidhahullah dalam bukunya : As-Siirah An-Nabawiyyah
Ash-Shahiihah : Muhaawalatun li-Tathbiiqi Qawaaidil-Muhadditsiin fii Naqdi
Riwaayaati As-Siirah An-Nabawiyyah. Di akhir pembahasan kami lengkapi dengan
penjelasan Mamduh Farhan Al-Buhairi mengenai syubuhaat Syi’ah yang mendakwa bahaa
Nabi shallallaahu ’alaihi wasallam tidak wafat di pangkuan ’Aisyah, tapi di
pangkuan ’Ali bin Abi Thalib.
Sekitar tiga bulan sepulang menunaikan haji
wada’, beliau shallallaahu ’alaihi wasallam menderita sakit
yang cukup serius.[1] Beliau pertama kali mengeluhkan sakitnya di rumah
Ummul-Mukminin Maimunah radliyallaahu ’anhaa[2]. Beliau sakit
selama 10 hari,[3] dan akhirnya wafat pada hari Isnin Pada 12 Rabi’ul-Awwal[4]
pada usia 63 tahun.[5] Dan telah shahih (satu riwayat yang menyatakan) bahawa
sakit beliau tersebut telah dirasakan semenjak tahun ketujuh pasca penaklukan
Khaibar, iaitu setelah beliau menjamah sepotong daging panggang yang telah
dibubuhi racun yang dihidangkan oleh isteri Sallaam bin Masykam Al-Yahudiyyah.
Walaupun beliau sudah memuntahkannya dan tidak sampai menelannya, namun
pengaruh racun tersebut masih tersisa.[6] Beliau shallallaahu ’alaihi
wasallam meminta izin kepada isteri-isterinya agar diperbolehkan untuk
dirawat di rumah ’Aisyah Ummul-Mukminiin.[7] Ia (’Aisyah) mengusap-usapkankan
tangan beliau pada badan beliau sambil membacakan surat Al-Mu’awwidzatain (Al-Falaq
dan An-Naas).[8]
Ketika beliau shallallaahu ’alaihi wasallam dalam
keadaan kritkal, beliau berkata kepada para sahabat :
هلموا أكتب لكم كتابًَا لا تضلوا بعده
”Kemarilah, aku ingin menulis untuk kalian yang dengan itu
kalian tidak akan tersesat setelahnya”.
Terjadi perselisihan di antara mereka. Sebahagian
berkeinginan memberikan alat-alat tulis (sebagaimana permintaan beliau), sebahagian
yang lain tidak setuju kerana khuawtir hal itu justru akan memberatkan beliau.
Belakangan menjadi jelas bahawa perintah untuk menghadirkan alat tulis itu
bukan merupakan hal yang wajib, namun merupakan sebuah pilihan. Ketika
mendengar ’Umar bin Al-Khaththab radhiyallaahu ’anhu mengatakan
: (حسبنا كتاب الله)
”Kami telah cukup dengan Kitabullah”;
maka
beliau tidak mengulangi permintaannya tersebut. Seandainya hal itu merupakan
satu kewajiban, tentu beliau akan menyampaikannya dalam bentuk pesan.
Sebagaimana pada saat itu beliau berpesan secara langsung kepada mereka agar
mengeluarkan orang-orang musyrik dari Jazirah ’Arab dan agar memuliakan
rombongan delegasi yang datang ke Madinah.[9] Sebuah riwayat shahih menyebutkan
bahwa beliau meminta alat tulis tersebut pada hari Khamis, 4 hari sebelum
beliau wafat. «Seandainya permintaan tersebut wajib, niscaya beliau shallallaahu
’alaihi wasallam tidak akan meninggalkannya kerana adanya perselisihan
para sahabat pada waktu waktu itu. Beliau tidak mungkin meninggalkan tabligh (atas
risalah) meskipun ada yang menyelisihi. Para sahabat sudah biasa mengkonfirmasi
kepada beliau dalam beberapa perkara yang ada perintah secara pasti».
Beliau shallallaahu ’alaihi wasallam memanggil
Fathimah radhiyallaahu ’anhaa yang kemudian membisikinya yang dengan
itu kemudian Fathimah menangis. Beliau memanggil kembali dan membisikinya yang
dengan itu kemudian Fathimah tersenyum. Setelah wafat, Fathimah menjelaskan bahawa
ia menangis kerana dibisiki bahawa beliau akan wafat, dan ia tersenyum kerana
dibisiki bahwa ia merupakan anggota keluarganya yang pertama yang akan menyusul
beliau.[10] Dan salah satu tanda nubuwwah tersebut akhirnya
terbukti.
Sakit yang beliau derita semakin bertambah berat sehingga beliau
tidak sanggup keluar untuk sholat bersama para sahabat. Beliau shallallaahu
’alaihi wasallam bersabda :
مروا أبا بكر فليصل بالناس
”Suruhlah Abu Bakr agar sholat mengimami manusia”.
’Aisyah berusaha agar beliau shallallaahu ’alaihi
wasallam menunjuk orang lain saja kerana khuawatir orang-orang akan
berprasangka yang bukan-bukan kepada ayahnya (Abu Bakr). ’Aisyah berkata :
إن أبا بكر رجل رقيق ضعيف الصوت كثير البكاء إذا قرأ القرآن
”Sesungguhnya Abu Bakr itu seorang laki-laki yang fisiknya
lemah, suaranya perlahan, mudah menangis ketika membaca Al-Qur’an”.[11]
Namun beliau tetap bersikeras dengan perintahnya tersebut.
Akhirnya Abu Bakr maju menjadi imam sholat bagi para sahabat.[12] Pada satu
hari, Nabi shallallaahu ’alaihi wasallam keluar dengan dipapah oleh
Ibnu ’Abbas dan ’Ali radhiyallaahu ’anhuma untuk sholat bersama
para sahabat, dan kemudian beliau berkhutbah. Beliau memuji-muji serta
menjelaskan keutamaan Abu Bakr radhiyallaahu ’anhu dalam
khutbahnya tersebut dimana ia (Abu Bakr) disuruh memilih oleh Allah antara
dunia dan akhirat, namun ia memilih akhirat.[13]
Khutbah terakhir yang beliau sampaikan tersebut adalah 5 hari
sebelum wafat beliau. Beliau berkata di dalamnya :
إن عبدًا عرضت عليه الدنيا وزينتها فاختار الآخرة
”Sesungguhnya ada seorang hamba yang ditawari dunia dan
perhiasannya, namun justru ia memilih akhirat”.
Abu Bakr faham bahawa yang dimaksud adalah dirinya. Ia pun
menangis. Melihat hal tersebut, orang-orang merasa hairan kerana mereka tidak
memahami apa yang dirasakan oleh Abu Bakr.[14]
Rasulullah shallallaahu ’alaihi wasallam membuka
tabir kamar ’Aisyah pada waktu sholat Shubuh, hari dimana beliau wafat, dan
kemudian beliau memandang kepada para sahabat yang sedang berada pada saf-saf
sholat. Kemudian beliau tersenyum dan tertawa kecil seakan-akan sedang berpamitan
kepada mereka. Para sahabat merasa sangat gembira dengan keluar beliau tersebut.
Abu Bakr pun mundur kerana mengira bahawa Rasulullah shallallaahu
’alaihi wasallam ingin sholat bersama mereka. Namun beliau memberikan
isyarat kepada mereka dengan tangannya agar menyelesaikan sholat mereka. Beliau
kemudian kembali masuk kamar sambil menutup tabir.
Fathimah masuk menemui beliau shallallaahu ’alaihi
wasallam dan berkata : ”Alangkah berat penderitaan ayah”. Maka beliau
menjawab :
ليس على أبيك كرب بعد اليوم
”Setelah hari ini, tidak akan ada lagi penderitaan”.[15]
Usamah bin Zaid masuk, dan beliau memanggilnya dengan isyarat.
Beliau sudah tidak sanggup lagi berbicara dikeranakan sakitnya yang semakin
berat.[16]
Pada saat-saat menjelang ajal, beliau bersandar di dada ’Aisyah.
’Aisyah mengambil siwak pemberian dari saudaranya yang bernama ’Abdurrahman. Ia
lalu menggigit siwak tersebut dengan giginya dan kemudian memberikannya kepada
beliau shallallaahu ’alaihi wasallam. Beliaupun lantas bersiwak
dengannya.[17]
Rasulullah shallallaahu ’alaihi wasallam kemudian
memasukkan tangannya ke dalam bejana yang berisi air dan membasuh mukanya.
Beliau pun bersabda :
لا إله إلا الله إن للموت سكرات
”Tidak ada tuhan yang berhak disembah selain Allah. Sesungguhnya
pada setiap kematian itu ada saat-saat sekarat”.[18]
Dan ’Aisyah samar-samar masih sempat mendengar sabda beliau :
مع الذين أنعم الله عليهم
”Bersama orang-orang yang dikaruniai nikmat oleh Allah”.[19]
Lalu beliau pun berdoa :
اللهم في الرفيق الأعلى
”Ya Allah, pertemukan aku dengan Ar-Rafiiqul-A’laa (Allah)”.
’Aisyah mengetahui bahwasannya beliau pada saat itu disuruh
memilih, dan beliau pun memilih Ar-Rafiiqul-A’laa (Allah).[20]
Akhirnya beliau shallallaahu ’alaihi
wasallam pun wafat pada waktu Dhuhaa - dan ada yang mengatakan
pada waktu tergelincirnya matahari - sedangkan kepala beliau di pangkuan
’Aisyah radliyallaahu ’anhaa. Abu Bakr radhiyallaahu ’anhu segera
masuk, dimana ketika wafatnya beliau shallallaahu ’alaihi wasallam ia
tidak berada di tempat. Ia membuka penutup wajah beliau, dan kemudian ia menutupnya
kembali dan menciumnya. Ia pun keluar menemui orang-orang. Pada waktu itu,
orang-orang berada dalam keadaan percaya dan tidak percaya atas khabar wafatnya
beliau shallallaahu ’alaihi wasallam. ’Umar radliyallaahu
’anhu termasuk orang yang tidak percaya atas berita wafatnya beliau
tersebut. Orang-orang pun kemudian berkumpul menemui Abu Bakr. Ia (Abu Bakr)
pun kemudian berkata :
أما بعد، من كان منكم يعبد محمدًا فإن محمدًا قد مات، ومن كان منكم
يعبد الله فإن الله حي لا يموت. قال الله : (وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولٌ قَدْ
خَلَتْ مِنْ قَبْلِهِ الرُّسُلُ أَفَإِنْ مَاتَ أَوْ قُتِلَ انْقَلَبْتُمْ عَلَى
أَعْقَابِكُمْ وَمَنْ يَنْقَلِبْ عَلَى عَقِبَيْهِ فَلَنْ يَضُرَّ اللَّهَ شَيْئًا
وَسَيَجْزِي اللَّهُ الشَّاكِرِينَ)
”Amma ba’du, barangsiapa di antara kalian yang menyembah
Muhammad, maka sesungguhnya Muhammad saat ini telah mati. Dan barangsiapa di
antara kalian yang menyembah Allah, maka sesungguhnya Allah itu Maha Hidup dan
tidak akan pernah mati. Allah telah berfirman : ”Muhammad itu tidak
lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang
rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)?
Barang siapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan
mudarat kepada Allah sedikit pun; dan Allah akan memberi balasan kepada
orang-orang yang bersyukur” (QS. Aali ’Imraan : 144)”.
(Mendengar itu), maka para sahabat pun merasa tenang. Sementara
itu, ’Umar radhiyallaahu ’anhu duduk di tanah tidak sanggup
berdiri. Seakan-akan mereka belum pernah mendengar ayat tersebut melainkan pada
saat itu saja.[21]
Fathimah radhiiyallaahu ’anhaa berkata :
يا أبتاه أجاب ربًا دعاه.
يا أبتاه من جنة الفردوس مأواه.
يا أبتاه إلى جبريل ننعاه.
”Wahai ayah, Rabb telah memenuhi doamu
Wahai ayah, syurga Firdaus tempat kembalimu
Wahai ayah, kepada Jibril kami mengkhabarkan atas kewafatanmu”.[22]
Rasulullah shalallahua'laihiwasalam kekasih Allah wafat ditangisi
oleh makhluk seluruh alam. Namun apa yang selama ini telah dikisahkan kepada
kita yakni kisah wafatnya Nabi dengan menyebut kalimah “Ummati, ummati, ummati”
yang membawa maksud “Umatku, umatku, umatku” adalah jelas suatu pembohongan dan
rekaan cerita dari mereka yang tidak bertanggungjawab dan sekaligus menyebarkan
ia menjadikan kita semua menjadikan ia suatu kata-kata yang sahih.
Semoga Allah melimpahkan selawat, salam, barakah, dan nikmat
kepada Nabi-Nya, keluarganya, dan para sahabatnya.
Dan akhir seruan/doa kami adalah alhamdulillaahi
rabbil-’aalamiin.
[selesai – diambil dari kitab As-Siirah An-Nabawiyyah
Ash-Shahiihah oleh Prof. Dr. Akram Dliyaa’ Al-’Umariy, 2/553-556;
Maktabah Al-’Ulum wal-Hikam, Cet. 6/1415, Madinah Munawarah].
Penyelewengan Fakta dari Syi'ah
Di tambahi keterangan Mamduh Farhan Al-Buhairiy[23] tentang
bantahan terhadap syubhat Syi’ah yang mengingkari riwayat wafatnya Rasulullah shallallaahu
’alaihi wasallam di dada ’Aisyah, dimana mereka mendasarkan
pengingkaran mereka dengan riwayat-riwayat yang tidak sahih.
- Hadith yang dikeluarkan oleh Ibnu
Sa’d dengan sanad sampai ’Ali radliyallaahu ’anhu, ia berkata
:
((أُدْعُوا
لِي أَخِي))، فَأَتَيتُهُ، فَقَالَ : ((أَدْنُ مِنِّي))، فَدَنَوْتُ مِنْهُ،
فَاسْتَنَدَ إِلَيَّ فَلَمْ يَزَلْ مُسْتَنِدًا إِلَيَّ، وَإِنَّهُ
لَيُكَلِّمُنِيْ حَتَّى إِنَّ رِيْقَهُ لَيُصِيْبُنِيْ
”Panggilkan untukku saudaraku !”. Maka akupun mendatangi beliau,
lalu beliau bersabda : ”Mendekatlah kepadaku !”. Maka akupun mendekat kepada
beliau, kemudian beliau bersandar kepadaku dan tidak henti-hentinya beliau
bersandar kepadaku, dan beliau berbicara kepadaku hingga air ludah beliau
mengenaiku”.
Ini adalah hadith haalik (rusak) sangat dha’if,
dikeranakan Ibnu Sa’d meriwayatkannya dari Muhammad bin ’Umar Al-Waqidiy. Dia
adalah pendusta.
Al-Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah berkata :
”Dia adalah pendusta, dia membolak-balik hadith”. Ibnu Ma’in rahimahullah berkata
: ”Dia bukan termasuk orang yang tsiqah, hadithnya tidak ditulis”.
Al-Bukhari dan Abu Hatim berkata : ”Matruk (hadithnya
ditinggalkan)”. Abu Hatim dan An-Nasa’i juga berkata : ”Hadithnya diletakkan” [Al-Miizaan,
3/662].
- Juga hadith ’Ali radhiyallaahu
’anhu yang lain :
عَلِّمَنِي رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَلْفَ
بَابٍ كُلُّ بَابٍ يَفْتَحُ أَلْفَ بَابٍ.
”Rasulullah shallallaahu ’alaihi wasallam mengajari aku seribu
bab, setiap bab membuka seribu bab”.
Ini adalah hadith maudhu’ (palsu), sebab ’Imran
bin Haitsam adalah pendusta. Seandainya saja kita menyerah tidak mendebat
keshahihan hadith ini, maka tidak ada di dalamnya hal yang menunjukkan bahwa
pengajaran ini pada saat-saat kematian beliau shallallaahu ’alaihi
wasallam, bahkan tidak masuk akal semua itu bisa dilakukan pada saat-saat
seperti itu.
- Hadits Jaabir bin ’Abdillah radhiyallaahu
’anhu, bahwasannya Ka’b Al-Ahbar bertanya kepada ’Umar radhiyallaahu
’anhu seraya berkata :
مَا آخِرُ مَا تَكَلَّمَ بِهِ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ؟ فَقَالَ عُمَرُ : سَلْ عَلِيًا.....
”Apa yang terakhir kali dibicarakan oleh Rasulullah shallallaahu
’alaihi wasalam ?”. Maka ’Umar menjawab : ”Tanyalah kepada ’Ali....”.
Hadith ini adalah dha’if (lemah) yang tidak
boleh ditoleh, kerana di dalam sanadnya terdapat Muhammad bin ’Umar Al-Waqidi.
Dia dalah matrukul-hadiith(haditsnya ditinggalkan) sebagaimana
telah lalu perinciannya [Al-Miizaan, 3/662]. Juga di dalamnya terdapat
Haram bin ’Utsman Al-Anshariy, dia juga matruk. Al-Imam Malik dan
Yahya berkata : ”Dia tidak tsiqah”. Al-Imam Ahmad berkata :
”Manusia meninggalkan hadithnya”. Al-Imam Asy-Syafi’e dan Yahya bin Ma’in
berkata : ”Riwayat dari Haram hukumnya haram”. Ibnu Hibban berkata : ”Dia
keterlaluan dalam memihak Syi’ah, membolak-balik sanad, dan membuat yang mursal
menjadi marfu’ [Al-Miizaan, 1/468].
- Hadith :
قِيْلَ لِابْنِ عَبَّاسٍ : أَرَأَيْتَ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تُوْفِيَ وَرَأْسُهُ فِي حِجْرِ أَحَدٍ؟ قَالَ : نَعَمْ،
تُوْفِيَ وَإِنَّهُ لَمُسْتَنِدٌ إِلَى صَدْرِ عَلِيّ
Dikatakan kepada Ibnu ’Abbas radhiyallaahu ’anhuma : ”Apakah
engkau melihat Rasulullah shallallaahu ’alaihi wasallam wafat dan kepala beliau
di pangkuan seseorang ?”. Maka ia menjawab : ”Ya, beliau wafat dan beliau
bersandar di dada ’Ali....”.
Hadith ini adalah dha’if (lemah). Kerana di
dalam sanadnya terdapat Muhammad bin ’Umar Al-Waqidi, dia adalah matrukul-hadith sebagaimana
penjelasan sebelumya. Di dalam sanadnya juga terdapat orang yang bernama
Sulaiman bin Dawud bin Al-Hushain, dari Abu Ghatfal, dia majhul tidak
diketahui keadaannya.
- Hadith’Ali bin Al-Husain :
قُبِضَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ وَرَأْسُهُ
فِي حِجْرِ عَلِيٍّ.
”Rasulullah shallallaahu ’alaihi wasallam wafat sementara kepala
beliau di pangkuan ’Ali”.
Hadith ini dha’if, kerana di dalam sanadnya terdapat
Muhammad bin ’Umar Al-Waqidiy. Dia matrukul-hadiith. Di samping
itu, sanadnya terputus.
- Hadith yang dikeluarkan oleh Ibnu
Sa’d dengan sanadnya kepada Asy’Sya’biy, ia berkata :
تُوْفِيَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
وَرَأْسُهُ فِي حُجْرِ عَلِيٍّ.
”Rasulullah shallallaahu ’alaihi wasallam wafat sementara kepala
beliau ada di pangkuan ’Ali”.
Dalam sanad hadith ini terdapat Muhammad bin ’Umar Al-Waqidiy
yang dia ini matruk. Selain itu, dalam sanadnya terdapat
Abul-Huwairits yang namanya adalah ’Abdurrahman bin Mu’awiyyah. Ibnu Ma’in dan
yang lainnya berkata : ”Tidak bisa dijadikan hujjah”. Al-Imam Malik dan
An-Nasa’i berkata : ”Dia tidak tsiqah” [Al-Miizaan, 2/591].
- Hadits Ummu Salamah radhiyallaahu
‘anhaa, ia berkata :
كَانَ عَلِيٌّ لَأَقْرَبُ النَّاسِ عَهدًا بِرَسُوْلِ اللهِ صَلَّى
اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.....
“’Ali adalah benar-benar manusia yang paling dekat masanya
dengan Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam”.
Hadith ini shahih, namun sama sekali tidak menafikkan hadith
‘Aisyah bahwa beliau shallallaahu ‘alaihi wasallam wafat di
dadanya, bahkan hadith ‘Aisyah lebih shahih dari hadith Ummu Salamah. Para
ulama ahli hadith telah menggabungkan dan mengkompromikan antara hadith Ummu
Salamah dengan hadith ‘Aisyah radhiyallaahu ‘anhuma.
Ibnu Hajar rahimahullah berkata dalam Fathul-Baari (12/255)
: “Mungkin boleh dikompromikan bahawa ‘Ali adalah orang yang paling akhir
masanya dengan Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam. Dia tidak
meninggalkan beliau hingga kepala beliau condong. Saat itu dia menyangka bahawa
beliau telah wafat. Maka dia adalah orang yang paling akhir bertemu dengan
beliau shallallaahu ‘alaihi wasallam. Kemudian beliau siuman, dan
dia sudah pergi. Setelah itu ‘Aisyah radhiyallaahu ‘anhaa menyandarkan
beliau di dadanya, kemudian beliau shallallaahu ‘alaihi wasallam wafat”.
- Hadith‘Abdullah bin ‘Amr dari
‘Ali radliyallaahu ’anhum, ia berkata :
“Beliau shallallaahu ‘alaihi wasallam mengajarkan kepadaku
seribu bab, pada setiap bab dibukakan untuknya seribu bab”.
Hadits ini adalah dha’if, di dalam sanadnya terdapat
Kaamil bin Thalhah. Para ulama ahli hadith berselisih tentangnya. Al-Imam Ahmad
dan Ad-Daruquthni menyatakan tsiqah, namun Yahya bin Ma’in berkata
: “Tidak bernilai apa-apa” [Al-Miizaan, 3/400].
Di dalam sanadnya juga terdapat ‘Abdullah bin Lahi’ah. Ibnu
Ma’in berkata : “Dia lemah, tidak bisa dijadikan hujjah”. Yahya bin sa’id sama
sekali tidak menganggapnya sama sekali. Abu Zur’ah berkata : ”Dia bukan
termasuk orang yang bisa dijadikan hujjah dengan haditsnya”. An-Nasa’i berkata
: ”Dia lemah”. Al-Jauzajani berkata : ”Tidak ada cahaya pada haditsnya, tidak
layak berhujjah dengannya”. Al-Bukhari berkata dalam kitab Adl-Dlu’afaa’ saat
menyebut Ibnu Lahi’ah dengan mengomentari hadits yang diriwayatkannya : ”Ini
adalah munkar”.
Di dalam sanadnya juga terdapat Huyay bin ’Abdillah
Al-Maghafiriy. Ibnu ’Adiy berkata : ”Ibnu Lahi’ah memiliki sekian belas hadits
yang umumnya munkar. Diantaranya hadits : ”Beliau mengajarkan kepadaku
seribu bab, pada setiap bab dibukakan untuknya seribu bab” [Al-Miizaan,
1/623].
Adapun orang yang tanpa ilmu menginginkan untuk menjadikan hadits-hadits
lemah lebih kuat sanadnya, maka itu adalah murni disebabkan hawa nafsu. Tentang
hadits-hadits tersebut, Al-Haafidh Ibnu Hajar rahimahullah berkata
: ”Hadits ’Aisyah radliyallaahu ’anhaa menceritakan bahwa
beliau shallallaahu ’alaihi wasallam wafat di antara dada dan
lehernya; membantah apa yang diriwayatkan Al-Haakim dan Ibnu Sa’d dari berbagai
jalur yang menceritakan bahwa Nabishallallaahu ’alaihi wasallam wafat
sementara kepala beliau ada di pangkuan ’Ali radliyallaahu ’anhu.
Seluruh jalan hadits tersebut tidak luput dari orang Syi’ah. Maka tidak layak
dilirik sama sekali” [Fathul-Baari, 8/139].
1] Ibnu Katsir berkata bahwa wafatnya Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam adalah 81 hari setelah pelaksanaan hari haji akbar [Al-Bidaayah
wan-Nihaayah, 5/101].
[2] Ibnu Hajar berkata bahwa itu merupakan pendapat
yang mu’tamad. Ada
beberapa riwayat lain yang bertolak-belakang yang menyatakan bahwa beliaushallallaahu
‘alaihi wasallam pertama
kali mengeluhkan sakitnya di rumah Zainab binti Jahsy atau Raihaanah [Fathul-Baariy,
8/129].
[3] Sulaiman At-Taimiy memastikan pendapat ini.
Riwayat ini dikeluarkan oleh Al-Baihaqi dengan sanad shahih. Dan menurut
pendapat kebanyakan ulama, bahwasannya beliau jatuh sakit selama 13 hari [Fathul-Baariy,
8/129].
[4] Al-Haafidh berpegang pada pendapat/perkataan
Abu Mikhnaf bahwasannya beliau shallallaahu
’alaihi wasallam wafat
pada tanggal 2 Rabi’ul-Awwal. Tambahan angka 1 di depan angka 2 sehingga
menjadi 12 merupakan kesalahan [Fathul-Baariy, 8/130].
[5] Shahih Al-Bukhari (Fathul-Baariy, 8/150).
[6] Shahih Al-Bukhari (Fathul-Baariy, 8/131).
[7] Shahih Al-Bukhari (Fathul-Baariy, 8/141) dan Musnad Ahmad (Fathur-Rabbaaniy 21/226) dengan sanad shahih.
[8] Shahih
Al-Bukhari (Fathul-Baariy,
8/131).
[9] Shahih
Al-Bukhari (Fathul-Baariy,
8/132).
[10] Shahih Al-Bukhari (Fathul-Baariy, 1/208). Lihat makna-makna yang lain dalam A’laamul-Hadiits oleh
Al-Khaththaabiy.
[11] Siirah Ibni Hisyaam, 4/330 dengan sanad
shahih; dan Al-Bidaayah
wan-Nihaayah oleh
Ibnu Katsir, 5/233.
[12] Lihat Al-Bidaayah
wan-Nihaayah oleh
Ibnu Katsir, 5/232-233.
[13] Shahih Al-Bukhari (Fathul-Baariy 8/141).
Lihat Musnad Ahmad (Fathur-Rabbaaniy 21/231I;
dan Al-Bidayah wan-Nihaayah oleh Ibnu Katsir, 5/229-230.
[14] Musnad Ahmad (Fathur-Rabbaaniy, 21/222 berikut catatan pinggir/hasyiyah no. 3); dan Tirkatun-Nabiy (ق.أ.ب) dengan sanad dimana rijalnya adalah tsiqah, namun mursal.
[15] Shahih Al-Bukhari (Fathul-Baariy, 8/149).
[16] Sirah Ibni Hisyaam, 4/329 dengan sanad
shahih.
[17] Shahih Al-Bukhari (Fathul-Baariy, 8/139).
[18] Shahih Al-Bukhari (Fathul-Baariy, 8/144).
[19] Shahih Al-Bukhari (Fathul-Baariy, 8/136).
[20] Shahih Al-Bukhari (Fathul-Baariy, 8/136); dan Siirah Ibni Hisyaam, 4/329 dengan sanad
shahih.
[21] Shahih Al-Bukhari (Fathul-Baariy, 8/145).
[22] Shahih Al-Bukhari (Fathul-Baariy, 8/149).
[23] Qiblati, edisi 10, Thn. II – Juli 2007
M/Jumadats-Tsaniyyah 1428 M, hal. 28-30.
No comments:
Post a Comment