Monday, 23 May 2011

AS SUNNAH , MAKNANYA DAN PENGERTIANNYA


AS SUNNAH , MAKNANYA DAN PENGERTIANNYA

Kebanyakkan orang awam yg hanya bertaklid tanpa mencari dan mengkaji ,kita akan mendengar mereka akan berkata ,” bila di Tanya ,apakah As sunnah? Jawab nya ,Maksudnya sunat sahaja...tidak  buat pun tidak mengapa..tapi kalau buat dapat pahala lebih....
Begitulah kebanyakan orang-orang zaman sekarang jika melihat orang yg benar-benar menjalankan sunnah Rasulullah Salallahu Alaihiwassalam. (Contohnya: memelihara janggut, memakai seluar singkat(isbal), dsb).

Oleh itu apakah  sebenarnya pengertian As sunnah dalam hal ini?

As Sunnah secara bahasa ertinya adalah jalan atau riwayat hidup, baik ataupun buruk. [Lihat Lisanul Arab oleh Ibnu Manzhur ]

Sementara As sunnah menurut istilah para ulama aqidah Islam adalah petunjuk yang dijalani oleh Rasulullah dan para sahabat beliau ; dalam ilmu, amalan, keyakinan, ucapan dan perbuatan. Itulah ajaran sunnah yang wajib diikuti dan dipuji pelakunya, serta harus dicela orang yang meninggalkannya. Oleh sebab itu dikatakan ; si Fulan temasuk Ahlus Sunnah. Ertinya, ia orang yang mengikuti jalan yang lurus dan terpuji.[Lihat Mabahits Fi Aqidah Ahlus Sunnah, oleh Doktor Nashir Al-Aql]

Al-Hafizh Ibnu Rajab Al-Hambali rahimahullah menyatakan : "As Sunnah adalah jalan yang dilalui, termasuk diantaranya adalah berpegang teguh pada sesuatu yang dijalankan oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam dan para Al-Khulafa' Ar-Rasyidun, berupa keyakinan, amalan dan ucapan. Itulah bentuk As sunnah yang sempurna". [Jami'ul Ulumiwal Hikam I : 120]

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah menyatakan : "As Sunnah adalah sesuatu yang ditegakkan di atas dalil syari'at, yakni ketaatan kepada Allah dan RasulNya, baik itu perbuatan beliau, atau perbuatan yang dilakukan di masa hidup beliau, atau belum pernah beliau lakukan dan tidak pula pernah dilakukan di masa hidup beliau kerana pada masa itu tidak ada hal yang mengharuskan itu dilakukan pada masa hidup beliau, atau kerana ada hal yang menghalanginya". [Majmu' Al-Fatawa oleh Ibnu Taimiyah ]

Dengan demikian perngertian itu, bererti adalah mengikuti jejak Rasulullah secara lahir dan batin, dan mengikuti jalan hidup orang-orang terdahulu dari generasi awal umat ini dari kalangan Al-Muhajirin dan Al-Anshar.
PENGERTIAN AS-SUNNAH MENURUT SYARI'AT
As-Sunnah menurut istilah syari'at ialah segala sesuatu yang bersumber dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam dalam bentuk qaul (ucapan), fi'il (perbuatan), taqrir (penetapan), sifat tubuh serta akhlak yang dimaksudkan dengannya sebagai tasyri (pensyariatan) bagi ummat Islam [ Qawaa'idut Tahdith (hal. 62), Muhammad Jamaluddin al-Qasimi, Ushul Hadith, Dr. Muhammad 'Ajjaj al-Khathib, cet. IV Darul Fikr 1401 H, Taisir Muthalahil Hadits (hal. 15), Dr. Mahmud ath-Thahhan.]

Adapun haditshmenurut bahasa ialah sesuatu yang baru.

Secara istilah sama dengan As-Sunnah menurut Jumhur Ulama.

Ada ulama yang menerangkan makna asal secara bahasa bahawa : As Sunnah itu untuk perbuatan dan taqrir, adapun hadith untuk ucapan. Akan tetapi ulama sudah banyak melupakan makna asal bahasa dan memakai istilah yang sudah lazim digunakan, yaitu bahwa As-Sunnah muradif (sinonim) dengan hadith.

As-Sunnah menurut istilah ulama ushul fiqih ialah segala sesuatu yang bersumber dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam selain dari Al-Qur'an, baik perbuatan, perkataan, taqrir (penetapan) yang baik untuk menjadi dalil bagi hukum syar'i.

Ulama ushul fiqih membahas dari segala yang disyari'atkan kepada manusia sebagai undang-undang kehidupan dan meletakkan kaidah-kaidah bagi perundang-undangan tersebut.

As-Sunnah menurut istilah ahli fiqih (fuqaha) ialah segala sesuatu yang sudah tetap dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam dan hukumnya tidak fardhu dan tidak wajib, yakni hukumnya sunnah.[Lihat kitab Irsyaadul Fuhuul asy-Syaukani (hal. 32), Fat-hul Baari (XIII/245-246), Mafhuum Ahlis Sunnah wal Jama'ah 'inda Ahlis Sunnah wal Jamaa'ah (hal. 37-43)]

As-Sunnah menurut ulama Salaf adalah petunjuk yang dilaksanakan oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam dan para Sahabatnya, baik tentang ilmu, i'tiqaad (keyakinan), perkataan mahupun perbuatannya.[Lihat pada buku penulis, Syarah 'Aqidah Ahlus Sunnah wal Jama'ah (hal. 10).]

Contoh-contoh dari definisi Sunnah yang dibawakan oleh ahli hadith antara lain:

[a]. Hadith qauli (Sunnah dalam bentuk ucapan) ialah segala ucapan Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam yang ada hubungannya dengan tasyri, sebagaimana sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam:

"Di antara kebaikan Islam seseorang ialah meninggalkan apa-apa yang tidak bermanfaat baginya". [HR. At-Tirmidzi (no. 2317), Ibnu Majah (no. 3976), Ibnu Hibban (Ta'liiqatul Hisaan 'ala Shahiih Ibni Hibban no. 229), hadith ini hasan.]

[b]. Hadits fi'li (Sunnah yang berupa perbuatan) ialah segala perbuatan Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam yang diberitakan oleh para Sahabatnya tentang wudhu, solat, haji, dan selainnya.

Contoh :
"Dari Uthman bin Affan bahwasanya Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam (apabila berwudhu), beliau menyela-nyela janggutnya.".. [HR. At-Tirmidzi (no. 31), Ibnu Majah (no. 430), Shahih Ibni Majah (no. 345), al-Hakim (I/149) dan al-Hakim berkata, "Sanadnya shahih.At-Tirmidzi berkata: "Hasan shahih.Lihat Shahih Ibni Majah (no. 344) dari Shahabat 'Ammar bin Yasir.]

[c]. Hadith taqriri ialah segala perbuatan Sahabat yang diketahui oleh Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam dan beliau membiarkannya (sebagai tanda setuju) dan tidak mengingkarinya.

Contoh :
"Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda kepada Bilal setelah selesai solat Subuh, Wahai Bilal, kabarkanlah kepadaku sebaik-baik amalan yang telah engkau kerjakan dalam Islam, kerana aku telah mendengar suara terompahmu di dekatku di Syurga? Ia menjawab, 'Sebaik-baik amal yang aku kerjakan ialah, bahawa setiap kali aku berwudhu, siang atau malam mesti dengan wudhu itu aku solat (sunnah) beberapa raka'at yang dapat aku laksanakan". [HR. Al-Bukhari (no. 1149) dan Muslim (no. 2458), dari Sahabat Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu]

Atau kisah dua Sahabat yang melakukan safar, keduanya tidak menemukan air (untuk wudhu) sedangkan waktu solat sudah tiba, lalu keduanya bertayamum dan mengerjakan solat, kemudian setelah selesai solat mereka menemukan air sedang waktu solat masih ada, maka salah seorang dari keduanya mengulangi wudhu dan solat, kemudian keduanya mendatangi Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam dan menceritakan kejadian itu. Lalu beliau bersabda kepada Sahabat yang tidak mengulangi solatnya, 'Engkau telah berbuat sesuai dengan Sunnah'. Dan kepada yang lain (Sahabat yang mengulangi solatnya), beliau bersabda, 'Engkau mendapatkan dua ganjaran".[HR. Abi Daud (no. 338-339), an-Nasa-i (I/213) dari Abu Sa'id al-Khudri Radhiyallahu 'anhu. Lihat Shahih Sunan Abu Daud (no. 366), cet. I/ Gharraas, th. 1423 H]

Di antara makna Sunnah Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam adalah sebagaimana yang difahami oleh para Sahabat dan Salafush Soleh ridhwanullaah 'alaihim ajma'in adalah sebagai sumber kedua setelah Al-Qur'anul Karim

Sering kita menyebut Kitabullaah dan Sunnah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam, maksudnya adalah Sunnah sebagai sumber nilai tasyri. Al-Qur'an menyifatkan As-Sunnah dengan makna hikmah.

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
"Ya Rabb kami, utuslah kepada mereka seorang Rasul di antara mereka yang akan membacakan ayat-ayat-Mu kepada mereka dan mengajarkan Al-Kitab dan Al-Hikmah kepada mereka dan mensucikan mereka (dari kelakuan-kelakuan yang keji), sesungguhnya Engkau Maha Mulia lagi Maha Bijaksana"..[QS. Al-Baqarah: 129]

"Sesungguhnya Allah telah memberi kurnia bagi orang-orang yang beriman, ketika Dia mengutus di antara mereka seorang Rasul dari golongan mereka sendiri, yang membacakan ayat-ayatNya dan membersihkan mereka (dari sifat-sifat jahat), dan mengajarkan Al-Kitab (Al-Qur'an) dan Al-Hikmah (As-Sunnah). Sesungguhnya mereka sebelum itu dalam kesesatan yang nyata."..[QS. Ali-Imran: 164]

"... Dan Allah telah menurunkan kepadamu Al-Kitab dan Al-Hikmah dan mengajarkanmu apa-apa yang tidak kamu ketahui. Dan kurnia Allah kepadamu amat besar"..[QS. An-Nisaa : 113]

"Sebutlah apa-apa yang dibacakan dalam rumahmu dari ayat-ayat Allah dan hikmah, sesungguhnya Allah Mahalembut lagi Maha Mengetahui". [QS. Al-Ahzaab: 34]

"Dia-lah yang mengutus kepada ummat yang ummi seorang Rasul dari antara mereka yang membacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya. Yang membersihkan mereka dan mengajarkan kepada mereka Al-Kitab dan Al-Hikmah. Sesungguhnya mereka sebelum itu dalam kesesatan yang nyata". [QS. Al-Jumu'ah: 2]

Maksud penyebutan Al-Kitab pada ayat-ayat di atas adalah Al-Qur'an. Dan yang dimaksud dengan Al-Hikmah adalah As-Sunnah.

Imam asy-Syafi'e rahimahullah berkata, "Allah menyebut Al-Kitab, yang dimaksud adalah Al-Qur-an dan menyebut Al-Hikmah. Aku mendengar di negeriku dari para ahli ilmu yang mengerti Al-Qur'an berkata bahwa Al-Hikmah adalah As-Sunnah". [Ar-Risaalah (hal. 78 no. (252)), tahqiq Syaikh Ahmad Muhammad Syakir rahimahullah.]

Qatadah rahimahullah berkata, "ang dimaksud Al-Hikmah adalah As-Sunnah".. Begitu pula penjelasan dari al-Hasan al-Bashri. [Lihat Syarah Ushul I'tiqaad Ahlis Sunnah wal Jama'ah oleh Imam al-Lalikaaiy (I/78 no. 70-71), tahqiq Dr. Ahmad Sa'ad Hamdan]

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman.
"Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul(Nya), dan ulil amri di antara kamu...".[QS. An-Nisaa : 59]

Al-Hafizh Ibnu Katsir rahimahullah berkata, "Taat kepada Allah dengan mengikuti Kitab-Nya dan taat kepada Rasul adalah mengikuti dan As-Sunnah"..[Tafsir Ibnu Katsir (I/568)]

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata, "Banyak dari Salafush Soleh berkata bahwa Al-Hikmah adalah As-Sunnah".. Kerana sesungguhnya yang dibaca di rumah-rumah isteri Nabi Radhiyalahu anhuna selain Al-Qur-an adalah Sunnah Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam, beliau bersabda.

"Ketahuilah, sesungguhnya aku diberikan Al-Kitab dan yang sepertinya bersamanya".. [HR. Abu Daud (no. 4604) dan Ahmad (IV/131)]

Hasan bin Athiyyah rahimahullah berkata, "Jibril Aalaihis sallam turun kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam membawa As-Sunnah sebagaimana Al-Qur'an. Mengajarkan As-Sunnah itu sebagaimana ia mengajarkan Al-Qur'an"..[Fatawaa Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah (III/366).]

Dan lihat pula kitab-kitab tafsir yang menafsirkan ayat ini (QS. Al-Ahzaab: 34) dalam Tafsir Ibnu Katsir dan lainnya dari tafsir Al-Qur-an bil ma'tsur..

Para Salafush Soleh memberi makna As-Sunnah dengan agama dan syari'at yang dibawa oleh Rasul Shallallahu 'alaihi wa sallam secara mutlak dalam masalah ilmu dan amal, dan apa-apa yang diterima oleh para Sahabat, Tabi'in dan Salafush Soleh dalam bidang aqidah mahupun furu'
.
Abu Bakar Radhiyallahu 'anhu berkata, "Sunnah itu adalah tali Allah yang kuat"..[Asy-Syahru wal Ibanah, Ibnu Baththah al-'Ukbary (no. 49).]

Abdullah bin ad-Dailami rahimahullah (dari pembesar Tabi'in) berkata, "Telah sampai kepadaku bahawa awal hilangnya agama ini adalah kerana manusia meninggalkan As-Sunnah". [Sunan ad-Darimi (I/45)]

Imam al-Lalika-i membawakan penafsiran ayat.
"Kemudian kami jadikan kamu di atas syari'at dari perintah, maka ikutilah...". [QS. Al-Jaatsiyah: 18]

"Yakni engkau berada di atas Sunnah". [Syarah Ushul I'tiqaad Ahlis Sunnah wal Jama'ah oleh Imam al-Lalika-i (I/76-77 no. 66)]

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah berkata: "Sesungguhnya As-Sunnah itu adalah syari'at, yakni apa-apa yang disyari'atkan Allah Subhanahu wa Ta'ala dan RasulNya Shallallahu 'alaihi wa sallam dari agama (ini)"..[Majmu' Fataawaa Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah (IV/436).]

As-Sunnah adalah yang dimaksud dengan hadith-hadith Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam yang shahih.

[Disalin dari buku Kedudukan As-Sunnah Dalam Syariat Islam, Bab I : As-Sunnah Dan Definisinya, Penulis Yazid Abdul Qadir Jawas, Penerbit Pustaka At-Taqwa]


No comments:

Post a Comment