Tuesday, 24 May 2011

Ayuh Menyahut Seruan , Berjanggut Lah Wahai Pemuda Muslim


Ayuh Menyahut Seruan , Berjanggut Lah Wahai Pemuda Muslim
oleh Zaidi Assalafy

Pernah suatu ketika aku di sergah oleh sepupu Ku sendiri, “ Apasal Berjanggut-janggut ni pulak , buang je lah Zaidi, nampak hodoh, Macam orang tidak terurus, pakai misai sudah lah ,baru namapak Hensem…Aku tersenyum tapi dalam hati ku ,Allah sahaja yang Tahu, betapa marah dan geramnya di sergah bukan apa dalam hati ku ianya menghina Sunnah Nabi salallahu’alaihiwasalam, kalau ikut kan hati ingin aku menjerit betapa Jahil lagi murakab nya saudara sepupu ku ini. Dahlah perempuan ,tuanya lebih dari aku.Begini lah berlaku terutama dikalangan wanita ,yang kononnya memelihara misai lagi Nampak Hensem dan kemas.

Adakah Memelihara Janggut Itu Assunnah?

Janggut adalah rambut yang tumbuh di pipi (dari bawah tulang pipi) dan yang tumbuh di dagu. Maka termasuk janggut adalah jambang yang tumbuh di bawah tulang pipi.
Membiarkan janggut dan tidak mencabut atau memangkasnya termasuk dari sunnah fitrah yang diperintahkan oleh Ar-Rasul -alaihishshalatu wassalam-.
Firman Allah subhanahuwata’ala

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيراً   

 “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. “ [QS Al Ahzab:21]

Firman Nya Lagi :
وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ   
 Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat keras hukumannya. (QS. Al Hasyr : 7)

Dari Zakariya bin Abi Zaidah dari Mush’ab bin Syaibah dari Thalq bin Habib dari Abdullah bin Az-Zubair dari Aisyah -radhiallahu anha- dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

عَشْرٌ مِنْ الْفِطْرَةِ قَصُّ الشَّارِبِ وَإِعْفَاءُ اللِّحْيَةِ وَالسِّوَاكُ وَاسْتِنْشَاقُ الْمَاءِ وَقَصُّ الْأَظْفَارِ وَغَسْلُ الْبَرَاجِمِ وَنَتْفُ الْإِبِطِ وَحَلْقُ الْعَانَةِ وَانْتِقَاصُ الْمَاءِ
قَالَ زَكَرِيَّاءُ: قَالَ مُصْعَبٌ: وَنَسِيتُ الْعَاشِرَةَ إِلَّا أَنْ تَكُونَ الْمَضْمَضَةَ


“Ada sepuluh perkara dari fitrah: Mencukur misai, memanjangkan janggut, bersiwak, beristinsyaq (memasukkan air ke dalam hidung), memotong kuku, bersuci dengan air, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan dan beristinja’ dengan air (istinja`).”
Zakariya berkata: Mush’ab berkata, “Dan aku lupa yang kesepuluh, kecuali dia adalah berkumur-kumur.”
(HR. Muslim no. 261)

 Dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda:Dari Ibnu Umar

أَحْفُوا الشَّوَارِبَ وَأَعْفُوا اللِّحَى

“Potonglah Misai dan biarkanlah janggut.” (HR. Al-Bukhari no. 5892 dan Muslim no. 259)
 dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu

أَعْفُوا اللِّحَى وَخُذُوا الشَّوَارِبَ وَغَيِّرُوا شَيْبَكُمْ وَلَا تَشَبَّهُوا بِالْيَهُودِ وَالنَّصَارَى


“Panjangkanlah janggut, cukurlah misai, dan warnailah uban kalian, serta janganlah kalian menyerupai orang Yahudi dan Nasrani.” (HR. Ahmad no. 8318 dan dinyatakan shahih oleh Al-Albani dalam Shahih Al-Jami’ no. 1067)

Banyak sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam yang memerintahkan untuk membiarkan janggut, dan tidak pernah disebutkan bahwa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam mencukur habis  janggut,nya, bahkan janggut,beliau menutupi dada beliau. Dan tidak didapatkan pula adanya riwayat yang menyebutkan bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah melihat seorang muslim yang mencukur janggut,nya lalu Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam menyetujuinya. Bahkan mencukur janggut, tergolong perbuatan tasyabbuh (menyerupai) musuh-musuh Islam dan perbuatan tasyabbuh (menyerupai) wanita.
Oleh kerana itu, wajib bagi setiap muslim untuk menjaga penampilan Islami di mana pun dia berada, sehingga dia tidak kehilangan jati diri muslim sebagaimana orang lain kehilangan jati diri muslimnya.
Janggut, merupakan perhiasan bagi seorang lelaki. Meskipun engkau melihat adanya sebahagian orang alim yang fasiq memotongnya, ini bukanlah suatu hujjah. Juga meskipun engkau melihat di antara para raja dan pimpinan yang memotong janggut,nya, ini bukanlah hujjah. Yang dinamakan hujjah adalah Kitabullah dan Sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Bila engkau melihat orang-orang alim yang memotong janggut, mereka atau para raja dan pimpinan, niscaya engkau dapati mereka terpengaruh oleh musuh-musuh Islam. Sama saja mereka terpengaruh dengan belajar kepada musuh-musuh Islam ataupun belajar kepada orang yang belajar kepada musuh-musuh Islam, ataupun terpengaruh oleh orang yang terpengaruh musuh-musuh Islam. Tidak boleh bagi seorang pun untuk mengambil teladan dari salah seorang dari mereka, bahkan As Sunnah yang wajib untuk diikuti.
Demikian pula memotong sebagian janggut, dan membiarkan sebahagiannya, ini juga tidak diperbolehkan kerana Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: أعفوا, maknanya adalah biarkanlah sebagaimana diciptakan Allah. Juga sabda beliau وَفِّرُوا, dan ارخوا
Adapun riwayat dari Abdullah ibnu ‘Umar radhiallahu ‘anhuma bahwa bila melaksanakan haji atau umrah beliau radhyiallahu ‘anhuma mengambil (memotong) janggut, yang melebihi ukuran genggaman tangan, ini bukanlah hujjah, kerana yang dinamakan hujjah adalah Kitabullah dan Sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam.
Bila kamu katakan: Terkadang saya diperintah untuk memotong janggut, kerana saya seorang tentera? Jawabannya: Tidak boleh bagimu untuk menaati perintah itu, kerana Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: 

إِنَّمَا الطَّاعَةُ فِي الْمَعْرُوْفِ

Hanyalah ketaatan tersebut dalam hal yang baik.”

Kecuali bila kamu khuatir akan disiksa dengan siksaan yang tidak boleh engkau pikul, atau terpaksa diberhentikan kerja ,lalu siapakah yang ingin menyara keluarga.

Hukum Memotong Janggut

Para ‘ulama berbeza pendapat mengenai hukum memotong sebagian janggut. Sebahagian besar ‘ulama memakruhkan, sebahagian lagi membolehkannya (lihat Ibn ‘Abd al-Barr, al-Tamhîd, juz 24, hal. 145). Salah seorang ‘ulama yang membolehkan memotong sebahagian janggut adalah Imam Malik Rahimahullah, sedangkan yang memakruhkan adalah Qadhi ‘Iyadl.
Untuk menarik hukum mencukur janggut dan memelihara janggut harus diketengahkan terlebih dahulu hadith-hadith yang berbicara tentang pemeliharaan janggut dan pemangkasan janggut. Berikut ini adalah riwayat-riwayat yang berbicara tentang masalah pemeliharaan janggut


Imam Bukhari mengetengahkan sebuah riwayat dari Ibnu ‘Umar, bahwasanya Rasulullah Saw bersabda:
Berbedalah kalian dengan orang-orang musyrik, panjangkanlah janggut dan pendekkanlah misai. Adalah Ibnu ‘Umar, jika ia menunaikan haji atau umrah, maka ia menggenggam janggut nya, dan memotong kelebihannya.
Imam Muslim juga meriwayat hadith yang isinya senada dengan riwayat Imam Bukhari dari Ibnu ‘Umar, namun dengan menggunakan redaksi yang lain:

Berbezalah kalian dengan orang-orang musyrik, pendekkanlah misai, dan panjangkanlah janggut.

Riwayat-riwayat sama juga diketengahkan oleh Abu Daud, dan lain sebagainya. Imam An-Nawawi Rahimahullah, dalam Syarah Shahih Muslim menyatakan, bahwa zahir hadith di atas adalah perintah untuk memanjangkan janggut, atau membiarkan janggut tumbuh panjang seperti apa adanya. Qadhi Iyadh menyatakan:
“Hukum mencukur, memotong, dan membakar janggut adalah makruh. Sedangkan memotong kelebihan, dan merapikannya adalah perbuatan yang baik. Dan membiarkannya panjang selama satu bulan adalah makruh, seperti makruhnya memotong dan mengguntingnya.[/i]” (Imam An-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, juz 3, hal. 151).
Menurut Imam An-Nawawi, para ‘ulama berbeza pendapat, apakah satu bulan itu merupakan batasan atau tidak untuk mengemas janggut (lihat juga penuturan Imam Ath-Thabari dalam masalah ini; al-Hafiz Ibnu Hajar, Fath al-Bârî, juz 10, hal. 350-351).

Sebahagian ‘ulama tidak memberikan batasan apapun. Namun mereka tidak membiarkannya terus memanjang selama satu bulan, dan segera memotongnya bila telah mencapai satu bulan.
Imam Malik memakruhkan janggut yang dibiarkan panjang sekali. Sebahagian ‘ulama yang lain berpendapat bahawa panjang janggut yang boleh dipelihara adalah segenggaman tangan. Bila ada kelebihannya (lebih dari segenggaman tangan) mesti dipotong. Sebahagian lagi memakruhkan memotong janggut, kecuali saat haji dan umrah saja (lihat Imam An-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, hadits no. 383; dan lihat juga Al-Hafiz Ibnu Hajar, Fath al-Bârî, hadith. No. 5442).

Menurut Imam Ath-Thabari, para ‘ulama juga berbeza pendapat dalam menentukan panjang janggut yang harus dipotong. Sebahagian ‘ulama tidak menetapkan panjang tertentu, akan tetapi dipotong sepantasnya dan secukupnya. Imam Hasan Al-Bashri biasa memangkas dan mencukur janggut, hingga panjangnya pantas dan tidak merendahkan dirinya.

Dari ‘Atha dan ‘ulama-‘ulama lain, dituturkan bahwasanya larangan mencukur dan menipiskan janggut dikaitkan dengan tasyabbuh, atau menyerupai perbuatan orang-orang kafir yang saat itu biasa memangkas janggut dan membiarkan misai. Pendapat ini dipilih oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar. Sedangkan Imam An-Nawawi  menyatakan, bahawa yang lebih tepat adalah membiarkan janggut tersebut tumbuh apa adanya, tidak dipotong mahupun dikurangi (Imam An-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, juz 3, hal. 151).

Pendapat Imam An-Nawawi ini disanggah oleh Imam Al-Bajiy. Beliau menyatakan, bahawa yang dimaksud dengan memanjangkan janggut adalah bukan membiarkan janggut panjang seluruhnya, akan tetapi sebahagian janggut saja. Sebab, jika janggut telah tumbuh lebat lebih utama untuk dipotong sebahagiannya, dan disunnahkan panjangnya serasi. Imam At-Tirmidzi meriwayatkan sebuah hadith dari ‘Amru bin Syu’aib, dari bapanya dari Datuknya, bahwasanya Rasulullah Salallahua’laihiwasalam memotong sebahagian dari janggut nya, hingga panjangnya sama. Diriwayatkan juga, bahawa Abu Hurairah dan Ibnu ‘Umar memangkas janggut jika panjangnya telah melebihi genggaman tangan. Ini menunjukkan, bahwasanya janggut tidak dibiarkan memanjang begitu saja –sebagaimana pendapat Imam An-Nawawi–, akan tetapi boleh saja dipotong, asalkan tidak sampai habis, atau dipotong bertingkat-tingkat (Imam Zarqâniy, Syarah Zarqâniy, juz 4, hal. 426).

Al-Thaiyyibiy melarang mencukur janggut seperti orang-orang A’jam (kafir) dan menyambung janggut seperti ekor keldai. Al-Hafiz Ibnu Hajar melarang mencukur janggut hingga habis
Pendapat yang kuat  bahawa memotong sebahagian janggut hukumnya adalah mubah(dibenarkan). Sedangkan mencukurnya hingga habis hukumnya adalah makruh tidak sampai ke derjat haram. Adapun hukum memeliharanya adalah sunnah (mandub).

Wallahua’lam

No comments:

Post a Comment