Tuesday, 28 June 2011

METHODOLOGI AHLUSUNNAH DALAM MUAMALAH DENGAN PENGUASA (Akhir)

METHODOLOGI AHLUSUNNAH DALAM MUAMALAH DENGAN PENGUASA (Akhir)
Penulis : Al Fadhil Ustaz Muhammad Asrie Sobri ( Universiti Madinah , Saudi Arabia)
WACANA: METHODHOLOGI AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH DALAM USUL & MUAMALAT 
Di MEDIU SHAH ALAM  26/6/2011


Kata Imam al-Syaukani rh:


قد تواترت الأحاديث في النهي عن الخروج على الأئمة ما لم يظهر منهم الكفر البواح أو يتركوا الصلاة
فإذا لم يظهر من الإمام الأول أحد الأمرين لم يجز الخروج عليو وإن بلغ في الظلم أي مبلغ لكنو يجب
أمره بالدعروف ونهيو عن الدنكر بحسب الإستطاعة وبذب طاعتو إلا في معصية الله سب اَّنو
 


Maksudnya: "dan telah mutawatir hadis-hadis yang melarang memberontak pada pemerintah selama mana tidak zahir daripada mereka kufur yang jelas atau meninggalkan solat, maka jika tidak zahir pada Imam yang awal salah satu dari dua perkara ini tidak boleh memberontak atasnya walaupun dia mencapai kemuncak dalam melakukan kezaliman tetapi wajib menyuruhnya kearah makruf dan mencegah daripada mungkar bersesuaian dengan kemampuan dan wajib mentaatinya selain dalam melakukan maksiat kepada ALLAH s.w.t" [al-Sailul Jarar, m.s 940].

Terdapat hadis yang menunjukkan seolah-olah mengharuskan memerangi pemerintah iaitu sabda Nabi s.a.w:




مَا مِنْ نَبِيٍّ ب عََثَوُ اللهُ فِي أُمَّةٍ قَ بْلِي إِلَّا كَانَ لَوُ مِنْ أُمَّتِوِ حَوَارِيُّونَ، وَأَصْ اََّبٌ يَأْخُذُونَ بِسُنَّتِوِ وَي قَْتَدُونَ بِأَمْرِهِ،
ثَُُّ إِن هََّا بَزْلُفُ مِنْ ب عَْدِىِمْ خُلُوفٌ ي قَُولُونَ مَا لَا ي فَْعَلُونَ، وَي فَْعَلُونَ مَا لَا ي ؤُْمَرُونَ، فَمَنْ جَاىَدَىُمْ بِيَدِهِ
فَ هُوَ مُؤْمِنٌ، وَمَنْ جَاىَدَىُمْ بِلِسَانِوِ فَ هُوَ مُؤْمِنٌ، وَمَنْ جَاىَدَىُمْ بِقَلْبِوِ فَ هُوَ مُؤْمِنٌ، وَلَيْسَ وَ رَاءَ ذَلِكَ مِنَ
الْإِيمَانِ حَبَّةُ خَرْدَلٍ
 


Maksudnya: "Tidak ada Nabi yang ALLAH utuskan dalam suatu Umat sebelumku melainkan ada baginya daripada umatnya penolong dan ashab yang mengikut sunnahnya dan mengikut jejak langkahnya kemudian mereka akan diganti dengan pengganti yang berkata dengan apa yang mereka tidak lakukan, membuat perkara yang mereka tidak disuruh dengannya; barangsiapa berjihad menentang mereka dengan tangannya maka dia mukmin, barangsiapa yang menentang mereka dengan lisannya maka dia mukmin, dan barangsiapa yang menentang mereka dengan hati dia mukmin dan tiada lagi selepas itu iman walau sebesar biji sawi" [Muslim]

Kata Imam Ahmad r.h: "Mengubah dengan tangan bukan bermaksud dengan pedang dan senjata"

Kata Ibn Rajab rh (w. 795 H): "ketika ini dimaksudkan dengan berjihad terhadap pemerintah dengan tangan adalah menghilangkan kemungkaran yang mereka lakukan dengan tangannya seperti menumpahkan arak-arak mereka, memecahkan alat-alat muzik mereka dan seumpamanya dan membatalkan kezaliman yang mereka perintahkan dengan tangannya jika dia mampu atasnya dan semua ini harus dan tidak termasuk dalam memerangi pemerintah dan tidak pula memberontak kepada mereka yang datang larangan berkenaannya …" [Jamiul Ulum wal Hikam, 2/249]



3.4 Manhaj Salafi dalam Menghilangkan Kezaliman Pemerintah

Nasihat dan Panduan Rasulullah s.a.w amat jelas dalam berhadapan dengan kezaliman dan kefasiqan pemerintah:


مَنْ كَرِهَ مِنْ - - - - « : عبد الله بن عباس رضي الله عنهما : أنَّ رسول الله صلى الله عليو وسلم قال
.» أمِنًِهِ شَيْئا فَ لْيَصبِِْ ، فَإِنَّوُ مَنْ خَرَجَ مِن السُّلطانِ شِبِا مَاتَ مِيتَة جَاىِليَّة فَليَصبِِْ عليو ، « : وفي رواية
» فَإِنَّوُ مَنْ فَارَ الجَمَاعَةَ شِبِا فَمَاتَ فَمِيتَتُوُ جَاىِليَّة
 


Maksudnya: Daripada Abdullah bin Abbas r.hma bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang membenci akan pemerintahnya kerana sesuatu maka bersabarlah kerana sesiapa yang keluar daripada pemerintah sekadar sejengkal dia mati dalam keadaan jahiliah”. Dalam riwayat yang lain: “maka hendaklah dia bersabar, kerana sesungguhnya sesiapa yang berpisah daripada al-Jamaah sekadar sejengkal maka dia mati dalam keadaan jahiliah”. [Hadis dikeluarkan: al-Bukhari & Muslim].

Kata Imam al-Hasan al-Basri rh (w. 110 H):


"والله! لو أنّ الناس إذا ابتُ لُوا مِن قِبَل سلطانهم صبِوا، ما لبِثوا أن يرفع اللهُ ذلك عنهم؛ وذلك أنهم
يَفزَعون إلَ السيف فيوكَلُوا إليو! ووالله! ما جاؤوا بيوم خنً قطّ!"، ثُ تلا:}وبَسَّتْ كَلِمَةُ رَبّْكَ الحُسْنَى عَلَى
بَني إسْرَائِيلَ بِدا صَبَ رُوا ودَمَّرْنا مَا كان يَصْنَعُ فِرعَ ونُ وقومُو وما كانوا ي عَْرِشُون{"
 


Maksudnya: "Demi ALLAH jika manusia itu diuji melalui pemerintah mereka lalu mereka bersabar maka tidak lama melainkan ALLAH akan mengangkat ujian itu daripada mereka; tetapi (yang menghalang perkara ini berlaku) adalah mereka tergesa-gesa mengangkat pedang maka mereka dibiarkan dengannya, dan Demi ALLAH, mereka tidak membawa datang hari yang baik sama sekali (selepas memberontak)", kemudian beliau membaca (ayat 137 surah al-A'raf, maksudnya): "dan telah sempurna kalimah Tuhanmu yang terindah atas Bani Israel dengan apa yang mereka sabarkan dan Kami musnahkan apa yang dibuat oleh Firaun dan kaumnya dan apa yang mereka bina". [al-Syariah, al-Ajurri, 1/373].

Kata Imam Malik bin Dinar rh (w.130 H):


إِنَّ الحَْجَّاجَ عُقُوبَةٌ سَلَّطَوُ اللَّوُ عَلَيْكُمْ، فَلا تَسْتَ قْ بِلُوا عُقُوبَةَ اللَّوِ بِالسَّيْفِ، وَلَكِنِ اسْتَ قْبِلُوىَا بِالدُّعَاءِ
وَالتَّضَرُّعِ
 

Maksudnya: "Sesungguhnya al-Hajjaj adalah hukuman yang ALLAH telah kenakan atas kamu maka janganlah kamu sambut hukuman ALLAH dengan pedang tetapi sambutlah dengan doa dan merendah diri (kepada ALLAH)" [Tarikh al-Islam, al-Zahabi, 6/322].

Maka, perintah untuk bersabar dengan kezaliman pemerintah dan berusaha mengislahkan diri terlebih dahulu bukanlah akidah Murjiah seperti yang diwar-warkan bahkan bukan pula bidaah rekaan al-Albani rh tetapi ianya akidah yang telah tsabit semenjak zaman Salafus Soleh dan dinyatakan para Tabiin rahimahumullah

.
FASAL KEEMPAT: SIKAP AHLI BIDAAH TERHADAP PEMERINTAH

Ahli Bidaah sikap mereka terhadap pemerintah adalah memberontak dan menggulingkan pemerintah dan menjadikan amalan ini sebagai amalan ibadat mereka.
Misalnya Muktazilah, di dalam rukun ajaran mereka adalah: "Menyuruh kepada Makruf dan Mencegah Kemungkaran"; namun yang mereka maksudkan adalah menggulingkan pemerintah.
Kata Syeikhul Islam rh dalam menjelaskan akidah Muktazilah:


و" الأمر بالدعروف والنهي عن الدنكر " يتضمن عندىم جواز الخروج على الأئمة وقتالذم بالسيف
 


Maksudnya: "dan 'Al-Amru bil Makruf wan Nahyu 'anil Munkar' di sisi mereka mengandungi maksud: harus memberontak kepada pemerintah dan memerangi mereka dengan pedang". [Majmuk al-Fatawa, 13/387]

Al-Khawarij pula, menentang dan mengkafirkan pemerintah muslim sudah menjadi tunjang adan teras agama mereka, bahkan mereka digelar al-Khawarij kerana sikap dan akidah mereka yang beriktiqad memberontak kepada pemerintah adalah suruhan agama.

Kata Imam al-Barbahari rh:


ومن خرج على إمام من أئمة الدسلمنٌ فهو خارجي، وقد شق عصا الدسلمنٌ، وخالف الْثار، وميتتو
ميتة جاىلية
 


Maksudnya: "dan barangsiapa yang keluar memberontak ke atas Imam daripada imam-imam kaum muslimin maka dia adalah Khawarij dan telah memecah belahkan kesatuan kaum muslimin dan menyalahi atsar maka matinya adalah mati jahiliah". [Syarhus Sunnah].

Oleh itu, kita tidak menjadi hairan lagi setelah meneliti kalam para Ulama Salafi ini kenapa mereka ini di zaman kita boleh berhimpun di bawah satu pertubuhan, satu slogan dan satu perjuangan, kerana hidup dan mati merekalah hanyalah untuk menggulingkan kerajaan dan memecah belahkan jamaah kaum muslimin. Wallahua'lam.
Adapun al-Rafidah adalah antara Ahli Bidaah yang sangat kuat memberontak dan menentang para pemerintah kaum muslimin sebagaimana yang dijelaskan Syeikhul Islam dalam Minhaj al-Sunnah [1/113]:


وَىَذَا حَالُ الرَّافِضَةِ، فَإِن هَُّمْ يَخْرُجُونَ عَنِ الطَّاعَةِ، وَي فَُارِقُونَ الجَْمَاعَة 



Maksudnya: "dan ini adalah keadaan al-Rafidah, sesungguhnya mereka itu keluar dari taat (kepada pemerintah yang wujud) dan meninggalkan jamaah".

Oleh itu, kita tidak menjadi hairan lagi setelah meneliti kalam para Ulama Salafi ini kenapa mereka ini di zaman kita boleh berhimpun di bawah satu pertubuhan, satu slogan dan satu perjuangan, kerana hidup dan mati merekalah hanyalah untuk menggulingkan kerajaan dan memecah belahkan jamaah kaum muslimin.

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment