بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله
وبعد
الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله
وبعد
MAKSUD THOGHUT DISISI ALLAH
By : Zaidi Assalafy
Firman Allah subhanahuwata'ala :
لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لَا انْفِصَامَ لَهَا وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
"Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Kerana itu barang siapa yang ingkar kepada Thoghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." [QS Baqaarah :256]
Dakwah yang di bawa oleh setiap Rasul yang Allah Azzawajalla utus ke muka bumi ini adalah untuk menyeru umat nya untuk Beribadah Kepada Nya dan Mengingkari Thoghut.
firman nya lagi :
وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولًا أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ فَمِنْهُمْ مَنْ هَدَى اللَّهُ وَمِنْهُمْ مَنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ الضَّلَالَةُ فَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ
"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut. Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayat petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya." [QS An Nahl :36]
Kufur kepada Thoghut adalah sangat syarat Utama sahnya Ibadah sesorang sebagaimana Wudhu' merupakan syarat sah bagi melakukan solat.
Makna Thoghut
Secara Bahasa ,kita ambil dari kata طَغَى ,ertinya Melampaui Batas ,sebagaimana Firman Allah subhanahuwata'ala
إِنَّا لَمَّا طَغَى الْمَاءُ حَمَلْنَاكُمْ فِي الْجَارِيَةِ
"Sesungguhnya Kami, - ketika air (banjir) melampaui hadnya (serta menenggelamkan gunung-ganang), - telah mengangkut (serta menyelamatkan nenek moyang) kamu ke dalam bahtera Nabi Nuh (yang bergerak laju pelayarannya)." [QS Al Haqqah: 11]
Al-Thabari dalam kitab Tafser nya manafsirkan Thoghut adalah
"sesuatu yang melampaui batas syariat Allah lalu disembah selain-Nya, baik dengan cara dipaksa mahupun kerana taat kepadanya, yang berupa manusia, syaitan, berhala, atau bentuk ciptaan lain"
Pernyataan Abu al-A'la al-Maududi yang mendifinisikan Thoghut dalam tafsirnya sebagai
"Segala sesuatu yang melampaui batas garis yang telah ditetapkan dan merebut kekuasaan ketuhanan—bukan hanya kufur kepada Allah, tetapi juga telah memaksakan kehendaknya diatas iradah (kehendak) Allah" .
Bila di semak pengertian Thoghut yang diberikan al-Thabari dan Abu al-A'la al-Maududi, dapat ditarik kita simpulkan bahawa , penafsiran keduanya tentang makna Thoghut adalah mengarah secara parsial kepada pemahaman kufur serta syirik dalam bentuk peribadatan atau bentuk penyembahan selain Allah.
Ibn Katsir dalam menafsirkan kata Thoghut cenderung mengklasifikasikan thaghut dalam tiga bentuk wujudnya iaitu;
1) dukun,
2) syaitan dalam bentuk manusia,
3) sesuatu yang disembah selain Allah.
Hal yang senada dengan klasifikasi yang diberikan Ibn Katsir ini, juga diikuti oleh Jalal al-Din al-Sayuti dalam kitabnya , yang memuat riwayat-riwayat tentang thoghut. Hanya saja al-Sayuti menambahkannya riwayat dari Ibn Jarir dari Abi al-Aliyah, berkata: al-thoghut adalah tukang sihir, dan juga riwayat dari Umar bin Khattab berkata: al-thoghut adalah syaitan.
Kelasifikasi ini kelihatannya juga diikuti oleh Mushtafa al-Hushan al-Mansuri dalam kitabnya yang menghuraikan bahawa makna thoghut adalah syaitan, berhala dan setiap sesuatu yang disembah selain Allah.
Lain halnya dengan al-Qurtubi (w. 671 H) dalam kitab tafsirnya yang memaknai thoghut sebagai segala bentuk sembahan selain Allah, kemudian ia mengklasifikasikannya dalam empat kategori, iaitu:
1) Syaitan,
2) dukun,
3) berhala,
4) setiap yang mengajak kepada kesesatan.
Semaksud dengan klasifikasi ini juga setujui oleh Abd al-Rahman ibn Nashir al-Sa'dy (1307 H – 1376 H) dalam kitabnya yang mengklasifikasikan makna thoghut kedalam empat kategori.
1) Sihir
2) Dukun
3) Sembahan selain Allah
4) Ketaatan pada syaitan.
Sedangkan al-Fakhru al-Razi dalam kitabnya berpendapat bahwa selain empat kategori di atas, dia menambahkan bahwa makna thoghut adalah bentuk kedurhakaan jin dan manusia yang melampaui batas ketika berhubungan dengan sesuatu. Lalu menjadikan sesuatu ini penyebab kesesatan. Demikian pula penafsiran yang dijelaskan oleh Ibnu Taimiyah dalam kitabnya, yang berpendapat bahwa selain empat kategori di atas, dia juga menambahkan bahwa thoghut adalah kedurhakaan ahli kitab .
Tafsiran Ibn al-Qayyim al-Jauziah, sebagai dikutip oleh Wahbah al-Zuhaili bahwa thoghut adalah apapun yang dilakukan manusia melampaui batas ketentuan, baik berupa sesembahan, taqlid ataupun bentuk ketaatan. Dia juga berkata: thawaghit (jama' thaghut) banyak ragamnya, namun sumbernya ada lima:
Pertama, Iblis yang dilaknat Allah.
Kedua, Orang yang disembah sedang ia rela.
Ketiga, Orang yang mengajak manusia menyembah dirinya.
Keempat, Orang yang mengaku mengetahui hal-hal ghaib.
Kelima, Orang yang menghukum selain apa diwahyukan Allah.
Kemudian Wahbah al-Zuhaili sendiri mengulas pendapat Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah, bahawa thoghut sesungguhnya adalah orang yang tidak kuasa mengendalikan diri terhadap persembahan batil yang melampaui batas, agar iman di dalam hati terlepas, dan bisikan nafsu syahwat terlena, seperti beroleh kekuasaan dan kekayaan atau gemar berbuat kekejian, kemungkaran, dan kezaliman .
Sedangkan menurut Ahmad Musthafa al-Maraghi, thoghut adalah sesuatu yang disembah dan diyakininya sebagai penyebab perbuatan melampaui batas, atau keluar dari kebenaran lantaran menyembah makhluk, baik berupa manusia, tempat sesajian, berhala, taqlid pemimpin atau hawa nafsu .
Penafsiran ini agaknya sama dengan penafsiran yang diungkapkan oleh Rasyid Ridha dan Muhammad Abduh dalam kitab tafsir al-Manar Hal yang semaksud dengan ini, Syeikh Muhammad bin Abd. Al-Wahhab didalam risalah Ma'na al-Thaghut wa Ruusu Anwa'ihi, berpendapat bahwa tafsir makna thaghut bersifat umum, iaitu; segala sesuatu yang disembah selain Allah, dan dia rela disembah, diikuti dan ditaati diluar ketaatan kepada Allah dan rasul-Nya, maka ia adalah thoghut.
Kemudian dia mengklasifikasikan thoghut itu kedalam lima kategori, iaitu;
1). Syaitan yang mengajak beribadah selain kepada Allah.
2). Penguasa zalim yang mengubah hukum-hukum Allah.
3). Hakim yang memutuskan perkara hukum selain apa yang disyariatkan Allah.
4). Orang yang mengaku mengetahui hal-hal ghaib.
5). Orang yang disembah selain Allah dan ia rela .
Kelihatan tafsir terakhir ini cenderung mengarah kepada makna kontekstual tentang thoghut.
KEWAJIPAN MENGINGKARI THOGHUT
Allah subhanahuwata'ala mewajibkan kepada seluruh hambanya dikalangan manusia atau pun Jin untuk mengingkari dan mengkufuri Thoghut dan Beriman kepada Allah Azzawajalla dengan menepati Dasar-dasar yang telah di Firmankannya.
1. Allah subhanahuwata'ala telah mengutuskan Rasulnya untuk memberi bimbingan dan Petunjuk serta mendakwahkan nya sebagaimana Firmannya :
وَلَقَدۡ بَعَثۡنَا فِى ڪُلِّ أُمَّةٍ۬ رَّسُولاً أَنِ ٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ وَٱجۡتَنِبُواْ ٱلطَّـٰغُوتَۖ فَمِنۡهُم مَّنۡ هَدَى ٱللَّهُ وَمِنۡهُم مَّنۡ حَقَّتۡ عَلَيۡهِ ٱلضَّلَـٰلَةُۚ فَسِيرُواْ فِى ٱلۡأَرۡضِ فَٱنظُرُواْ كَيۡفَ كَانَ عَـٰقِبَةُ ٱلۡمُكَذِّبِينَ
"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut. Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayat petunjuk oleh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya." ( An Nahl:36)
2. Kufur kepada Thoghut merupakan syarat Sah Beriman Kepada Allah Azzawajalla, tidak sah Iman seseorang sehingga ia mengingkari Thoghut. Allah azzawajalla BerFirman :
لَآ إِكۡرَاهَ فِى ٱلدِّينِۖ قَد تَّبَيَّنَ ٱلرُّشۡدُ مِنَ ٱلۡغَىِّۚ فَمَن يَكۡفُرۡ بِٱلطَّـٰغُوتِ وَيُؤۡمِنۢ بِٱللَّهِ فَقَدِ ٱسۡتَمۡسَكَ بِٱلۡعُرۡوَةِ ٱلۡوُثۡقَىٰ لَا ٱنفِصَامَ لَهَاۗ وَٱللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
"Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Thoghut dan dia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." (Al Baqarah:256)
3. Oleh kerana itu makna "Mengingkari Thoghut" terkandung dalam lafaz " LAA ILLAHA ILLALLAH"
ILALLAH adalah berIman kepada Allah subhanahuwata'ala dan Kufur kepada Thoghut.
"LAA ILAAHA menafikan semua perbuatan kepadaselain Allah azzawajalla.
LAA ILLAHA ILALLAH menetapkan ibadah hanya untuk Allah subhanahuwata'ala sahaja.
BENTUK PENGINGKARAN KEPADA THOGHUT
Para Ulamak menerangkan bahawa mengkufuri thoghut terujud dengan enam perkara yang ditunjukkan oleh Al Quran.
1. Menyakini batilnya peribadatan selain Allah subhanahuwata'ala.
2.Meninggalkannya dan meninggalkan peribadahan kepada selain Allah subhanahuwata'ala dengan hati ,lisan,dan anggota badan.
3. Membencinya dengan hati mencercanya dengan lisan.Cercaan dengan lisan iaitu dengan cara yang menunjukkan dan menerangkan bahwa sesembahan selain Allah adalah batil dan tidak boleh memberikan manfaat.
4. Mengkafirkan pengikut dan penyenbah thoghut.
5.Memusuhi mereka dengan zahir dan batin,dengan hati dan anggota badan.
6.Menghilangkan sesembahan-sesembahan selain Allah subhanahuwata'ala dengan tangan jika ada kemampuan.
Keenam perkara ini telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim alaihisalam dan diperintahkan untuk menteladani beliau .Allah subhanahu wata 'ala berfirman:
قَدۡ كَانَتۡ لَكُمۡ أُسۡوَةٌ حَسَنَةٌ۬ فِىٓ إِبۡرَٲهِيمَ وَٱلَّذِينَ مَعَهُ ۥۤ إِذۡ قَالُواْ لِقَوۡمِہِمۡ إِنَّا بُرَءَٲٓؤُاْ مِنكُمۡ وَمِمَّا تَعۡبُدُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ كَفَرۡنَا بِكُمۡ وَبَدَا بَيۡنَنَا وَبَيۡنَكُمُ ٱلۡعَدَٲوَةُ وَٱلۡبَغۡضَآءُ أَبَدًا حَتَّىٰ تُؤۡمِنُواْ بِٱللَّهِ وَحۡدَهُ ۥۤ إِلَّا قَوۡلَ إِبۡرَٲهِيمَ لِأَبِيهِ لَأَسۡتَغۡفِرَنَّ لَكَ وَمَآ أَمۡلِكُ لَكَ مِنَ ٱللَّهِ مِن شَىۡءٍ۬ۖ رَّبَّنَا عَلَيۡكَ تَوَكَّلۡنَا وَإِلَيۡكَ أَنَبۡنَا وَإِلَيۡكَ ٱلۡمَصِيرُ
"Sesungguhnya adalah bagi kamu pada bawaan Nabi Ibrahim (alaihissalam) dan pengikut-pengikutnya contoh ikutan yang baik, semasa mereka berkata kepada kaumnya (yang kufur ingkar): Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dan daripada apa yang kamu sembah yang lain dari Allah; kami kufur ingkarkan (segala penyembahan) kamu dan (dengan ini) nyatalah perasaan permusuhan dan kebencian di antara kami dengan kamu selama-lamanya, sehingga kamu menyembah Allah semata-mata, tetapi janganlah dicontohi perkataan Nabi Ibrahim kepada bapanya (katanya): Aku akan memohon kepada Tuhanku mengampun dosamu dan aku tidak berkuasa menahan (azab seksa) dari Allah sedikit juapun daripada menimpamu. (Berdoalah wahai orang-orang yang beriman sebagaimana Nabi Ibrahim dan pengikut-pengikutnya berdoa ketika mereka memusuhi kaumnya yang kafir, dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri dan kepada Engkaulah kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembali!" (Al Mumtahanah:4)
Nabi ibrahim A'laihisalam meyakini batil nya peribadatan kepada selain Allah subhanahuwata'ala.
Allah subhanahuwata'ala BerFirman :
وَٱتۡلُ عَلَيۡهِمۡ نَبَأَ إِبۡرَٲهِيمَ إِذۡ قَالَ لِأَبِيهِ وَقَوۡمِهِۦ مَا تَعۡبُدُونَ قَالُواْ نَعۡبُدُ أَصۡنَامً۬ا فَنَظَلُّ لَهَا عَـٰكِفِينَ قَالَ هَلۡ يَسۡمَعُونَكُمۡ إِذۡ تَدۡعُونَ أَوۡ يَنفَعُونَكُمۡ أَوۡ يَضُرُّونَ
Dan bacakanlah pula kepada mereka perihal Nabi Ibrahim. (69) Ketika dia berkata kepada bapanya dan kaumnya: Apa yang kamu sembah? (70) Mereka menjawab: Kami menyembah berhala-berhala, maka (kerana memuliakannya) kami berkekalan menyembahnya. (71) Nabi Ibrahim bertanya: Adakah berhala-berhala itu mendengar kamu semasa kamu menyerunya? (72)Atau mereka dapat memberikan sesuatu yang ada manfaatnya kepada kamu ataupun menimpakan sesuatu bahaya? (73) (Al Syuara:69-73)
Nabi Ibrahim Alaihissalam meyakini batilnya sesembahan mereka,bahawa sesembahan mereka tidak boleh memberi manafaat dan menimpakan mudharat.Beliau meninggalkan serta menjauhi sesembahan mereka kemudian hijrah kepada Allah subhanahuwata'ala dan Firman Allah subhanahuwata'ala lagi :
وَقَالَ إِنِّى ذَاهِبٌ إِلَىٰ رَبِّى سَيَہۡدِينِ
Dan Nabi Ibrahim pula berkata: Aku hendak (meninggalkan kamu) pergi kepada Tuhanku, Dia akan memimpinku (ke jalan yang benar). (As-Saaffat:99)
Firman Allah Ta'ala lagi tentang Ibrahim alaihisalam :
وَإِذۡ قَالَ إِبۡرَٲهِيمُ لِأَبِيهِ وَقَوۡمِهِۦۤ إِنَّنِى بَرَآءٌ۬ مِّمَّا تَعۡبُدُونَ إِلَّا ٱلَّذِى فَطَرَنِى فَإِنَّهُ ۥ سَيَہۡدِينِ
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Ibrahim berkata kepada bapanya dan kaumnya: Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu sembah; Yang lain dari Tuhan yang menciptakan daku, kerana sesungguhnya Dia tetap memberi hidayat petunjuk kepadaku. (Az-Zukhruf : 26-27)
Allah Ta'ala BerFirman lagi
Tentang Nabi Ibrahim alaihissalam :
Tentang Nabi Ibrahim alaihissalam :
وَأَعۡتَزِلُكُمۡ وَمَا تَدۡعُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ وَأَدۡعُواْ رَبِّى عَسَىٰٓ أَلَّآ أَكُونَ بِدُعَآءِ رَبِّى شَقِيًّ۬ا
Dan aku akan membawa diri meninggalkan kamu semua serta apa yang kamu sembah yang lain dari Allah dan aku akan beribadat kepada Tuhanku dengan ikhlas; mudah-mudahan aku dengan ibadatku kepada Tuhanku itu tidak menjadi hampa (dan derhaka seperti kamu). (Maryam : 48)
Nabi Ibrahim A'laihisalam membenci sesembahan mereka dengan hatinya dan menjelekkan dengan lisan ,sebagaimana Allah Ta'ala mengkabarkan bahawa Ibrahim A'laihisalam berkata :
أُفٍّ۬ لَّكُمۡ وَلِمَا تَعۡبُدُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِۖ أَفَلَا تَعۡقِلُونَ
Jijik perasaanku terhadap kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah! Maka mengapa kamu tidak mahu menggunakan akal fikiran kamu? (Al-Anbiya : 67)
Nabi Ibrahim A'laihisalam mengingkari mereka dan mengkabarkan bahawa mereka adalah kafir serta mengumumkan bahawa ia berlepas diri daripada mereka, sebagaimana Allah ta'ala mengkabarkan dalam surah Mumtahanah :
كَفَرۡنَا بِكُمۡ وَبَدَا بَيۡنَنَا وَبَيۡنَكُمُ ٱلۡعَدَٲوَةُ وَٱلۡبَغۡضَآءُ أَبَدًا حَتَّىٰ تُؤۡمِنُواْ بِٱللَّهِ وَحۡدَهُ
" kami kufur ingkarkan (segala penyembahan) kamu dan (dengan ini) nyatalah perasaan permusuhan dan kebencian di antara kami dengan kamu selama-lamanya, sehingga kamu menyembah Allah semata-mata" (Al Mumtahanah :4)
Nabi ibrahim alaihisalam memusuhi mereka dan menghancurkan sesembahan mereka. Allah Ta'ala Berfirman :
فَجَعَلَهُمۡ جُذَٲذًا إِلَّا ڪَبِيرً۬ا لَّهُمۡ لَعَلَّهُمۡ إِلَيۡهِ يَرۡجِعُونَ
Lalu dia memecahkan semuanya berketul-ketul, kecuali sebuah berhala mereka yang besar (dibiarkannya), supaya mereka kembali kepadanya. (Al-Anbiya : 58)
THOGHUT YANG SELAYAKNYA
Syeikh Muhammad Abdul wahhab Rahimahullah berkata "selayaknya Thoghut ada lima ; Iblis Laknatullah'alaih ,Orang yang Disembah dan dia Redha diperlakukan demikian,orang yang menyeru orang lain agar menyembah dirinya ,orang yang mengaku mengetahui Ilmu Ghaib dan Orang yang berhukum selain dari hukum Allah subhanahuwata'ala.
1.Iblis, iaitu syaitan yang dikutuk dan diLaknat sebagaimana Allah Ta'ala berfirman tentang nya
وَإِنَّ عَلَيۡكَ لَعۡنَتِىٓ إِلَىٰ يَوۡمِ ٱلدِّين
"Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknatku terus menerus hingga ke hari kiamat! "(Sad :78)
Pada asalnya Iblis bersama dengan Malaikat,tetapi dengan Kesombongannya enggan bersujud kepada Adam alaihisalam ketika di Perintah oleh Allah subhanahuwata'ala.
2. Seorang yang disembah dalam keadaan redha, walau bagaimanapun orang yang tidak berkeadaan redha, bukanlah ianya selayak untuk di katakan Thoghut.
3. Orang yang menyeru orang lain untuk menyembahnya,dia termasuk thoghut, walaupun ada manusia yang mengikuti dakwahnya ataupun tidak.,dia sudah menjadi Thoghut, dengan menyeru orang lain menyembahnya.Termasuk gulungan ini adalah Fira'un dan Syeikh-Syeikh Tarikat Sufi yang sesat yang menyeru pengikutnya menyembah nya.
4. Orang yang mengaku mengetahui perkara-perkara Ghaib atau ramalan-ramalan karut.Kerana Ilmu perkara Ghaib hanya milik Allah yang Maha Mengetahui.
قُل لَّا يَعۡلَمُ مَن فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ ٱلۡغَيۡبَ إِلَّا ٱللَّهُۚ وَمَا يَشۡعُرُونَ أَيَّانَ يُبۡعَثُونَ
Katakanlah lagi: Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah! Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati). (An Naml :65)
Rasulullah salallahua'laihiwasalam Bersabda :
عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَفَاتِحُ الْغَيْبِ خَمْسٌ لَا يَعْلَمُهَا إِلَّا اللَّهُ لَا يَعْلَمُ مَا فِي غَدٍ إِلَّا اللَّهُ وَلَا يَعْلَمُ مَا تَغِيضُ الْأَرْحَامُ إِلَّا اللَّهُ وَلَا يَعْلَمُ مَتَى يَأْتِي الْمَطَرُ أَحَدٌ إِلَّا اللَّهُ وَلَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ وَلَا يَعْلَمُ مَتَى تَقُومُ السَّاعَةُ إِلَّا اللَّهُ
Dari Ibnu 'Umar radliallahu 'anhuma bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Kunci perkara ghaib itu ada lima, tidak ada yang mengetahuinya kecuali Allah. Tidak ada yang tahu apa yang akan terjadi dengan hari esok kecuali Allah. Tidak ada yang tahu apa yang terjadi di dalam rahim-rahim kecuali Allah. Tidak ada yang tahu bila datangnya hujan kecuali Allah. Tidak ada seorangpun yang tahu dimana dia akan meninggal. Dan tidak ada yang tahu bila terjadi hari kiamat kecuali Allah." HR Bukhari
Kesimpulan dari Firman Allah subhanahuwata'ala dan Sabda Nabi salallahua'laihiwasalam ,barangsiapa yang mengaku mengetahui perkara ghaib dan perkara yang akan datang maka ia Kafir kerana ia telah berdusta dengan Allah dan Rasulnya.Tukang-tukang sihir dan Dukun-dukun juga termasuk dalam Thoghut ini.
5. Orang yang berhukum dengan selain Hukum Allah Azzawajalla.berhukum dengan apa yang Allah Azzawajalla turunkan adalah perkara Tauhih Uluhiyyah, sedangkan meyakini bahawa allah adalah Hakim yang sebenar-benarnya termasuk dalam Perkara Tauhid rububiyyah ,oleh kerana itu Allah menyebut orang yang diikuti oleh pengikut mereka dalam hal yang menyelisihi apa yang Allah azzawajalla turunkan sebagai Rabb bagi pengikut mereka.Allah Ta'ala berFirman
ٱتَّخَذُوٓاْ أَحۡبَارَهُمۡ وَرُهۡبَـٰنَهُمۡ أَرۡبَابً۬ا مِّن دُونِ ٱللَّهِ وَٱلۡمَسِيحَ ٱبۡنَ مَرۡيَمَ وَمَآ أُمِرُوٓاْ إِلَّا لِيَعۡبُدُوٓاْ إِلَـٰهً۬ا وَٲحِدً۬اۖ لَّآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَۚ سُبۡحَـٰنَهُ ۥ عَمَّا يُشۡرِڪُونَ
Mereka menjadikan pendeta-pendeta dan ahli-ahli agama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah dan juga (mereka mempertuhankan) Al-Masih Ibni Mariam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan. (At Taubah :31)
APAKAH MUTLAK MENJADI KAFIR BERHUKUM SELAIN HUKUM ALLAH
Menjadi perbahasan antara umat Islam antata di kalangan sebahagian kaum muslimin dan oran-orang yang terkena penyakit kelompok atau hizbiyah suatu fikrah yang mengatakan , berhukum dengan selain hukum Allah maka dia kafir dan keluar dari Islam. Dengan alasan ini mereka berkesimpulan bahawa kebanyakkan bahkan seluruh pemerintahan di negara-negara Islam adalah pemerintahan kafir.
Muncullah fitnah yg disebut dgn fitnah at-takfir yg sampai kepada tahap pengkafiran masyarakat muslim. Inilah satu kelompok yang bertopengkan islam, mereka inilah sebenarnya Khawarij. Mereka Terjerumus mereka kepada kesesatan ini disebabkan dua hal:
Pertama sedikit ilmu.
Kedua- mereka tidakk memahami kaidah-kaidah syariat yg benar yg merupakan asas dakwah Islam. Setiap orang dari kalangan kelompok sesat yg keluar dari asas tersebut mk dia telah menyelisihi Allah dan Rasul-Nya. Allah berfirman :
وَمَن يُشَاقِقِ الرَّسُولَ مِن بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَىٰ وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّىٰ وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ ۖ وَسَاءَتْ مَصِيرًا
“Barang siapa menentang Rasul sesudah jelas kebenaran bagi dan mengikuti jalan selain jalan orang-orang mukmin Kami biarkan ia leluasa dalam kesesatan yg telah ia kuasai itu dan Kami masukkan ia ke dalam Jahannam dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali.” (An Nisa' : 115)
Allah memberikan penekanan yang sangat tegas dgn firman-Nya:
الْهُدَىٰ وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِين
“Mengikuti selain jalan kaum mukminin.”
Kalimat ini merupakan unsur yang sangat penting untuk membezakan antara orang-orang yang benar-benar memiliki komitmen degan Al Qur’an dan As Sunnah iaitu mereka yg senantiasa mengikuti jalan kaum mukminin dari kalangan para sahabat tabi’in dan tabi’ut tabi’in yg mengikuti dangan baik dengan kelompok yang “mengaku” berpegang di atas Al Qur’an dan As Sunnah padahal mereka menyelisihi jalan kaum mukminin tersebut. Orang-orang demikian mendapat ancaman kesesatan dan siksaan yang pedih. Ayat ini menjadi pemisah antara golongan yang jujur dengan kelompok palsu yang bertopengkan Hukum Allah dan menjadikan Al Qur’an dan As Sunnah hanya sebagai slogan semata.
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam Bersabda:
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي ظَاهِرِينَ حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللَّهِ وَهُمْ ظَاهِرُونَ
"Akan senantiasa ada sekelompok dari umatku yang tegar di jalan kebenaran hingga keputusan Allah datang kepada mereka, dan mereka selalu tegar dalam jalan kebenaran." HR muslim
Dari penafsiran dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahuanhu bahawa sesungguh orang yang berhukum dengan selain hukum Allah tidaklah memiliki makna mutlak kafir yg mengeluarkan seseorang dari Islam. Namun bergantung dari keadaan mereka ketika menjadikan sebagai hukum selain dari hukum Allah tersebut. Apakah mereka melakukan hal tersebut disebabkan menganggap halal berhukum dengan selain hukum Allah atau disebabkan krn mereka hanya mengikuti hawa nafsu mereka....
Fatwa Ulama tentang Berhukum dgn selain Hukum Allah
Al-’Allamah Muhammad Nashiruddin Al-Albani rahimahullah Ta’ala berkata:
setelah menjelaskan sebab kesesatan:
“Jika engkau telah mengetahui hal ini maka tidak boleh membawa ayat-ayat ini kepada sebahagian pemerintah kaum muslimin dan para hakim mereka yang berhukum dengan selain yang diturunkan Allah berupa undang-undang buatan manusia
Beliau berkata: tidak boleh mengkafirkan mereka dan mengeluarkan dari agama jika mereka beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.Walaupun mereka berdosa dengan sebab berhukum dengan selain yang diturunkan Allah.
Sebab walaupun mereka seperti Yahudi dari sisi berhukum tersebut namun mereka menyelisihi dari sisi yang lain iaitu keimanan mereka dan pembenaran mereka dengan apa yangg diturunkan Allah.
Berbeza degan Yahudi yang kafir mereka mengingkari .
” Beliau berkata pula: “Kekufuran terbahagi kepada Dua keadaan:
kufur i’tiqadi dan amali.
Adapun i’tiqadi tempat di hati sedangkan amali tempat di jasmani. Barangsiapa yang amalan kufur kerana menyelisihi syariat dan sesuai dengan apa yang diyakini dalam hati berupa kekafiran maka itu kufur i’tiqadi yang tidak diampuni Allah dan dikekalkan pelaku didalam neraka selamanya.
Adapun bila perbuatan tersebut menyelisihi yang diyakini dalam hati maka dia mukmin dengan hukum Rabb-nya.
Namun penyelisihan dalam hal amalan maka kekafiran adalah amali saja dan bukan kufur i’tiqadi. Dia berada di bawah kehendak Allah jika Dia menghendaki maka disiksa dan jika Dia menghendaki maka diampuni.
Al-’Allamah Muhammad bin Shaleh Al-’Utsaimin rahimahullah Ta’ala berkata:
“Barangsiapa yg tidak berhukum degan apa yang diturunkan Allah kerana meremehkan atau menganggap hina atau meyakini bahwa yang lain lebih mendatangkan kemaslahatan dan lebih bermanfaat bagi makhluk atau yang semisal maka dia kafir dan keluar dari Islam. Di antara mereka adalah orang yang membuat undang-undang untuk manusia yang menyelisihi syariat Islam agar dijadikan sebagai Hukum yang manusia berjalan di atasnya. Kerana mereka tidaklah meletakkan undang-undang yang menyelisihi syariat Islam tersebut melainkan mereka meyakini bahwa hal tersebut lebih bermaslahat dan bermanfaat bagi makhluk. Kerana telah diketahui secara akal yang pasti dan secara fitrah bahawa tidaklah manusia berpaling dari suatu Hukum menuju Hukum yang lain yang menyelisihi melainkan dia meyakini ada keutamaan hukum yang dia condong kepada dan ada kekurangan pada hukum yang dia berpaling darinya. Barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah namun dia tidak merendahkan dan meremehkan dan tidak meyakini bahwa hukum yang selain lebih mendatangkan kemaslahatan bagi diri atau yang semisal maka dia dalim dan tidak kafir. Dan berbeza tingkatan kezaliman tergantung yang dijadikan sebagai hukum dan perantaraan hukumnya.
Barangsiapa yang tidak berhukum dgn apa yg diturunkan Allah bukan kerana merendahkan hukum Allah tidak pula meremehkan dan tidak meyakini bahwa hukum yg lain lebih mendatangkan maslahat dan lebih manfaat bagi makhluk atau semisal namun dia berhukum dengan kerana ada nepotisme terhadap yg dihukum atau kerana sogokan atau yang lain dari kepentingan dunia maka dia fasiq dan tidak kafir. Dan berbeza pula tingkatan kefasiqan tergantung kepada ada yang dia jadikan sebagai hukum dan perantaraan hukumnya.
” Kemudian beliau berkata: “Masalah ini iaitu masalah berhukum dengan selain apa yang diturunkan Allah termasuk permasalahan besar yg menimpa para hakim di zaman ini. Hendaklah seseorang tidak terburu-buru dalam memberi hukum kepada mereka dengan apa yang mereka tidak sepatutnya dihukum sampai jelas bagi kebenaran kerana masalah ini sangatlah berbahaya –kita memohon kepada Allah utk memperbaiki pemerintahan muslimin dan rakan dekat mereka.
Sebagaimana pula wajib atas seseorang yang Allah berikan kepada ilmu untuk menjelaskan kepada mereka supaya ditegakkan kepada mereka hujjah dan keterangan yang jelas agar seseorang binasa di atas kejelasan dan seseorang selamat di atas kejelasan pula. Jangan dia menganggap rendah diri untuk menjelaskan dan jangan pula dia segan kepada seorang pun kerana sesungguh kemuliaan itu milik Allah Rasul-Nya dan milik kaum mukminin.”
Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah
Mereka ditanya: “Barangsiapa yg tdk berhukum dgn apa yg diturunkan Allah apakah dia muslim atau kafir kufur akbar dan tdk diterima amalannya?’
Mereka menjawab: Allah berfirman
وَمَن لَّمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْكَافِرُوْنَ
“Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yg diturunkan Allah maka mereka itu adalah orang-orang kafir.”
وَمَن لَّمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْظَالِمُوْنَ
“Barangsiapa tdk memutuskan perkara menurut apa yg diturunkan Allah maka mereka adalah orang-orang yang zalim.”
وَمَن لَّمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُوْنَ
“Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yg diturunkan Allah maka mereka itu adalah orang-orang yg fasik.”
Namun apabila dia meyakini halal hal tersebut dan meyakini boleh maka ini kufur akbar zalim akbar dan fasiq akbar yg mengeluarkan dari agama. Adapun jika dia melakukan itu kerana sogokan atau kerana maksud lain dan dia meyakini haram hal tersebut maka dia berdosa termasuk kufur ashgar zalim ashgar dan fasiq ashgar yang tidak mengeluarkan pelaku dari agama. Sebagaimana yang telah dijelaskan oleh para ulama dalam menafsirkan ayat-ayat tersebut. Semoga Allah memberi taufiq dan selawat serta salam dilimpahkan kepada Nabi kita Muhammad keluarga dan para sahabatnya.
Walallhu’alam
Rujuk
1. Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah
Syaikh Abdul ‘Aziz bin Baz rahimahullah
Wakil ketua: Abdurrazzaq ‘Afifi Anggota: Abdullah Ghudayyan
2. Kitab Pemerintah Itu Thoghut ? Meluruskan Pemahaman tentang Thoghut
No comments:
Post a Comment