بسم الله الرحمن الرحيم,
الحمد لله رب العالمين و صلى الله و سلم و بارك على نبينا محمد و آله و صحبه أجمعين,
أما بعد:
by Zaidi Assalafy
Bagaimana Memulakan Diri Menjadi Seorang Muslim?
Alhamdulillah , kita dilahirkan sebagai seorang Islam, Ibu seorang Muslimah dan Ayah seorang Muslim. Kedua-duanya terdiri daripada orang-orang islam.
Sejak dilahirkan dan sehingga hari ini ini kita bergelaran sebagai umat Islam atau menjadi insan muslim. Namun dengan jangka waktu yang sedemikian lamanya, apakah kita sudah berIslam dengan method dan tata cara yang benar ? Jika jawabannya adalah belum,maka sungguh menyedihkan hal tersebut. Berapa lamakah perlu untuk kita menyediakan untuk masa merenungi perjalanan yang telah kita lalui sebagai seorang insan muslim ? Jawabannya “Tepuk dada Tanya Iman”
Alhamdulillah, jika kita sekarang mulai sedar. Lihatlah benar-benar pada diri kita masing-masing ! Apakah kita memang telah telah berIslam dengan cara yang benar, memulainya dengan cara yang benar ? Atau kita cuma ikut-ikutan dengan adat kebiasaan orang tua, teman, atau masyarakat sekitar tanpa tahu hakikatnya ? Sehingga hujung ajaran Islam kita tidak tahu, pangkalnya pun tak kenal.
Lalu sebenarnya bagaimana cara menjadi seorang Muslim yang benar ? Lebih khususnya bagaimana cara memulai berIslam yang benar itu ?
Sebenarnya, pertanyaan ini sangat relevan untuk dikemukakan terhadap diri kita. Alhamdulillah, Islam kini telah tersebar di mana-mana. Seruan Azan untuk menegakkan solat berkumandang di mana-mana. Perintah untuk berinfaq disampaikan di setiap pengajian dan kuliah-kuliah di surau dan masjid. Kewajiban berbakti pada orang tua selalu disampaikan di corong radio dan televisyen. Perintah ini-itu tersebar di mana-mana.
Sememangnya seseorang yang baru melangkah ke jalan Islam akan bingung melihat begitu banyaknya, lengkapnya, dan sempurnanya ajaran Islam sehingga tidak tahu mana yang harus ia lakukan lebih dulu. Naik hajikah ? Atau membayar zakat dulu kah? Atau mewakafkan tanah untuk masjid ? Mungkin dalam fikirannya bertanya, " Saya bingung dengan banyaknya perintah dalam Islam.
Apa yang harus kita lakukan pada awalnya untuk menegakkan ajaran Islam pada diri kita ?"
Itulah masalahnya. Bagaimana mengenali Islam yang sepatutnya ?
Inilah jawabannya : Masalah yang sangat asas dan yang paling harus harus dilakukan untuk memahami Islam dengan cara yang benar adalah: Mencari ilmu tentang Islam itu sendiri, secara ringkas adalah : belajar mengenali Islam dulu sebelum mengamalkannya.
Betapa pentingnya ilmu tentang Islam itu, maka Rasululluh shallallaahu 'alaihi wa sallam mewajibkannya pada setiap muslim dalam sebuah hadith yang erti:
"Menuntut ilmu itu wajib atas setiap muslim." (HR: Ibnu Majah, sanadnya hasan).
Mu’adz bin Jabal radhiyallahu ‘anhu mengatakan,
العِلْمُ إِمَامُ العَمَلِ وَالعَمَلُ تَابِعُهُ
“Ilmu adalah pemimpin amal dan amalan itu berada di belakang setelah adanya ilmu.” (Al Amru bil Ma’ruf wan Nahyu ‘anil Mungkar, hal. 15)
Kerana pentingnya ilmu Islam tersebut dan keharusan menjadikan ilmu itu sebagai awal dari segalanya, maka Imam Bukhari menulis satu bab tersendiri tentang hal tersebut, iaitu :Al Bukhari berkata,
“Al ‘Ilmu Qoblal Qouli Wal ‘Amali (Ilmu Sebelum Berkata dan Berbuat)”
Perkataan ini merupakan kesimpulan yang beliau ambil dari firman Allah ta’ala,
Beliau berdalil dengan firman Allah subhaanahu wa ta'alaa :
فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنْبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مُتَقَلَّبَكُمْ وَمَثْوَاكُمْ
Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat). (QS: Muhammad: 19).
Sufyan bin ‘Uyainah rahimahullah berdalil dengan ayat ini untuk menunjukkan keutamaan ilmu. Hal ini sebagaimana dikeluarkan oleh Abu Nu’aim dalam Al Hilyah ketika menjelaskan biografi Sufyan dari jalur Ar Robi’ bin Nafi’ darinya, bahwa Sufyan membaca ayat ini, lalu mengatakan,
“Tidakkah engkau mendengar bahawa Allah memulai ayat ini dengan mengatakan ‘ilmuilah’, kemudian Allah memerintahkan untuk beramal?” (Fathul Bari, Ibnu Hajar, 1/108)
Ibnul Munir rahimahullah berkata,
“Yang dimaksudkan oleh Al Bukhari bahawa ilmu adalah syarat benarnya suatu perkataan dan perbuatan. Suatu perkataan dan perbuatan itu tidak teranggap kecuali dengan ilmu terlebih dahulu. Oleh sebab itulah, ilmu didahulukan dari ucapan dan perbuatan, kerana ilmu itu pelurus niat. Niat nantinya yang akan memperbaiki amalan.” (Fathul Bari, 1/108)
Dengan pemikiran yang sihat, memang benar pernyataan Imam Bukhari tersebut. Lihat saja, bagaimana mungkin seseorang boleh menegakkan solat dengan benar padahal ia belum belajar bagaimana tata cara solat yang benar tersebut. Bagaimana dia boleh berwudhu dengan benar sedangkan ia tidak pernah mahu belajar bagaimana tata cara wudhu yang benar ? Bukankah orang yang mahu belajar itu pasti lebih tahu dan lebih benar tata caranya daripada orang yang tidak pernah belajar? Maka suatu hal yang tidak akan pernah dipertikaikan lagi bahawa menuntut ilmu agama dan mempelajarinya itu merupakan awal penegakan Islam, sebelum beramal dan berdakwah.
Pengertian keharusan mendahulukan ilmu sebelum beramal dan berdakwah tidaklah mewajibkan setiap muslim untuk menjadi seorang ulama yang faqih (faham) dalam semua masalah agama lebih dulu baru beramal dan berdakwah, namun yang dimaksudkan adalah: sebelum kita mengamalkan suatu amalan agama atau meyakini suatu keyakinan dalam agama, kita harus mengetahui bahwa amalan atau keyakinan tersebut ada dasarnya dalam Al-Qur'an dan As-Sunnah. Pengetahuan kita terhadap dasar amalan atau keyakinan tersebut sudah mencukupi bagi kita untuk mengamalkan amalan atau keyakinan tersebut, namun jika kita boleh menghafalkannya itu lebih baik.
Namun yang menyedihkannya, sangat sedikit sekali orang yang memperhatikan masalah ini (mendahulukan berilmu sebelum beramal dan berdakwah). Bahkan sedikit sekali para ustaz dan pendakwah yang menekankan masalah ini kepada umat. Mereka menyampaikan perintah solat, puasa, kewajiban ishlah (perbaikan keadaan umat), ekonomi Islam, politik Islam, bahkan sampai bagaimana mendirikan negara Islam, tapi hanya segelintir orang yang menyampaikan bahwa ilmu itu harus diraih lebih dulu sebelum beramal dan berdakwah.
Akibat dari hal itu adalah makin ramai lah yang terjebak kepada penyimpangan -penyimpangan dalam amaliyah Islam dan dakwah Islam. Kerana umat tidak pernah memperhatikan pentingnya ilmu sebelum beramal, maka yang terjadi adalah mereka bersemangat dan berlumba-lumba untuk beramal tapi tanpa didasari ilmu. Sehingga banyak sekali amalan-amalan yang tidak pernah ada sumbernya dari Al-Qur'an dan As-Sunnah namun dipraktikkan oleh kebanyakkan umat Islam. Padahal Allah subhaanahu wa ta'alaa berfirman, :
وَلا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولا
"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya." (QS: Al-Israa': 36).
Dalam ayat ini tersiratlah pemahaman bahwa Allah subhaanahu wa ta'alaa telah melarang kita untuk mengikuti sesuatu yang tidak kita ketahui keadaannya. Bukankah beramal tanpa mengetahui benar atau tidaknya amalan tersebut termasuk dalam larangan Allah tadi ?
Yang lebih parah lagi ialah munculnya ustaz-ustaz dan Pendakwah-Pendakwah yang tidak mempunyai ilmu yang cukup untuk berdakwah. Bila ditanya, " Apa kah rukun 2 kalimah syahadat? " ia jawab " Tidak tahu, hanya kalimahnya sahaja yang di tahu tapi tidak tahu kepada maksudnya.." Padahal 2 kalimah syahadah itu merupakan awal dari segala awal permasalahan agama. Semua amalan dan keyakinan agama pada dasarnya berasas pada 2 kalimah tersebut. Jika awal dan dasar agama saja tidak faham, bagaimana dapat menegakkan Islam dengan benar? Bagaimana umat akan menjadi baik jika ustaz dan Pendakwah yang membimbing umat pun tidak memahami Islam? Lalu apa yang ia dakwahkan? Jangan sampai terjadi seorang ustaz dan Pendakwah tidak mahu belajar Islam dengan benar sehingga malah membuat pemahaman sendiri tentang Islam kemudian ia dakwahkan padahal pemahaman yang ia buat malah menyimpang dari pemahaman yang benar. Na'uudzu billaahi min dzaalik!
Marilah kita awali setiap keyakinan dan amalan dengan ilmu agar luruslah niat kita dan tidak terjerumus dalam ibadah yang tidak ada contoh ( bid’ah). Ingatlah bahawa suatu amalan yang dibangun tanpa dasar ilmu malah akan mendatangkan kerusakan dan bukan kebaikan.
‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz mengatakan,
من عبد الله بغير علم كان ما يفسد أكثر مما يصلح
“Barangsiapa yang beribadah kepada Allah tanpa ilmu, maka dia akan membuat banyak kerusakan daripada mendatangkan kebaikan.” (Al Amru bil Ma’ruf wan Nahyu ‘anil Mungkar, hal. 15)
Di samping itu pula, setiap ilmu hendaklah diamalkan agar tidak serupa dengan orang Yahudi.
Sufyan bin ‘Uyainah –rahimahullah- mengatakan,
مَنْ فَسَدَ مِنْ عُلَمَائِنَا كَانَ فِيهِ شَبَهٌ مِنْ الْيَهُودِ وَمَنْ فَسَدَ مِنْ عِبَادِنَا كَانَ فِيهِ شَبَهٌ مِنْ النَّصَارَى
“Orang berilmu yang rusak (kerana tidak mengamalkan apa yang dia ilmui) memiliki keserupaan dengan orang Yahudi. Sedangkan ahli ibadah yang rusak (kerana beribadah tanpa dasar ilmu) memiliki keserupaan dengan orang Nashrani.” (Majmu’ Al Fatawa, 16/567)
Semoga Allah senantiasa memberi kita bertaufik agar setiap amalan kita menjadi benar kerana telah diawali dengan ilmu terdahulu. Semoga Allah memberikan kita ilmu yang bermanfaat, amal yang soleh yang diterima, dan rezeki yang thoyib.
Maka marilah kita bangun dan sedar! Bersegeralah untuk memulai Islam dengan cara yang benar, mulailah dengan mencari ilmu tentang Islam, mulailah dengan membaca ilmu-ilmu agama, mencari dasar-dasar amalan yang jelas dari Al-Quran dan As-Sunnah. Hadirilah majlis-majlis pengajian, simaklah firman Allah, sabda Rasul dan perkataan ulama, dan fahamilah maknanya serta muhasabah diri, apakah apa yang telah kita amalkan dan yakini selama ini benar-benar ada dasarnya dalam Al-Qur'an dan As-Sunnah.??
Marilah kita menuntut ilmu, untuk selanjutnya kita amalkan dan dakwahkan!
Wallaahu a'lam.
No comments:
Post a Comment