Wednesday, 1 June 2011

GHULUW ,BINASANYA YAHUDI DAN NASHARA

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله
وبعد

GHULUW ,BINASANYA YAHUDI DAN NASHARA
Zaidi Assalafy
 
Firman Allah Subhanahuwata’ala

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لاَ تَغْلُواْ فِي دِينِكُمْ غَيْرَ الْحَقِّ وَلاَ تَتَّبِعُواْ أَهْوَاء قَوْمٍ قَدْ ضَلُّواْ مِن قَبْلُ وَأَضَلُّواْ كَثِيراً وَضَلُّواْ عَن سَوَاء السَّبِيلِ   

Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, janganlah kamu berlebih-lebihan (melampaui batas) dengan cara tidak benar dalam agamamu. Dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang-orang yang telah sesat dahulunya (sebelum kedatangan Muhammad) dan mereka telah menyesatkan kebanyakan (manusia), dan mereka tersesat dari jalan yang lurus".  [Al Maidah:77.]

Asy-Syaikh Abdurrahman Alusy Syaikh rahimahullah berkata: “Firman Allah ta’ala ini, walaupun ditujukan kepada ahlul kitab tapi kandungannya umum mencakup seluruh umat, sebagai peringatan kepada mereka agar tidak berbuat kepada nabi mereka seperti yang dilakukan Nashara kepada ‘Isa dan Yahudi kepada ‘Uzair.” (Fathul Majid, hal. 195)

Rasulullah Shalallahua’laihiwasalam bersabda

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِيَّاكُمْ وَالْغُلُوَّ فِي الدِّينِ فَإِنَّهُ أَهْلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمُ الْغُلُوُّ فِي الدِّينِ

“Wahai manusia, hati-hati kalian dari perbuatan ghuluw dalam agama, kerana sesungguhnya yang telah membinasakan umat sebelum kalian adalah ghuluw dalam beragama.” (HR. Ahmad dan An-Nasa`i)

Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata: “(Peringatan) ini umum mencakup segala jenis ghuluw, baik dalam masalah keyakinan ataupun amalan.”

Asy-Syaikh Ibnu Utsaimin rahimahullah berkata: “Dalam hadith ini, Rasulullah Shalallahua’laihiwasalam memperingatkan umatnya dari ghuluw dan menjelaskan bahwa ghuluw adalah sebab kebinasaan. Kerana ghuluw adalah perbuatan yang menyelisihi syariat dan telah membinasakan umat terdahulu. Sehingga diambil faedah dari hadith ini tentang haramnya ghuluw dari dua sisi:

1. Peringatan dari Rasulullah Shalallahua’laihiwasalam  .
2. Ghuluw adalah sebab kebinasaan umat sebagaimana umat sebelum kita.
(Al-Qaulul Mufid Syarh Kitabit Tauhid, hal. 379)

Dan yang dimaksud dengan ghuluw dalam hak Nabi adalah melampaui batas dalam menyanjungnya, sehingga mengangkatnya di atas derajatnya sebagai hamba dan Rasulullah, menisbatkan kepadanya sebagian dari sifat-sifat Ilahiyyah, yaitu dengan memohon dan meminta pertolongan kepada beliau, bertawassul dengan beliau, atau bertawassul dengan kedudukan dan kehormatan beliau, bersumpah dengan nama beliau, sebagai bentuk ubudiyyah kepada selain Allah subhanahuwata’ala, perbuatan ini adalah syirik.

Abdullah bin asy-Syikhkhir rahimahullah berkata, “Ketika aku pergi bersama delegasi Bani `Amir untuk menemui Rasulullah kami berkata kepada beliau,

“Engkau adalah sayyid (penguasa) kami!” Spontan Nabi menjawab:

“Sayyid (penguasa) kita adalah Allah Tabaaraka wa Ta’aala!”

Lalu kami berkata, “Dan engkau adalah orang yang paling utama dan paling agung kebaikannya.” Serta merta beliau mengatakan:


“Katakanlah sesuai dengan apa yang biasa (wajar) kalian katakan, atau seperti sebahagian ucapan kalian dan janganlah sampai kalian terseret oleh syaitan.”

Anas bin Malik.radhiyallahuanhu berkata, “Sebahagian orang berkata kepada beliau, Wahai Rasulullah, wahai orang yang terbaik di antara kami dan putera orang yang terbaik di antara kami! Wahai sayyid kami dan putera sayyid kami!’ Maka seketika itu juga Nabi bersabda:

“Wahai manusia, ucapkanlah dengan yang biasa (wajar) kalian ucapkan! Jangan kalian terbujuk oleh syaitan, aku (tidak lebih) adalah Muhammad, hamba Allah dan Rasul Nya. Aku tidak suka kalian mengangkat (menyanjung)ku di atas (melebihi) kedudukan yang telah Allah berikan kepadaku.”

Beliau membenci jika orang-orang memujinya dengan berbagai ungkapan seperti: “Engkau adalah sayyidku, engkau adalah orang yang terbaik di antara kami, engkau adalah orang yang paling utama di antara kami, engkau adalah orang yang paling agung di antara kami.” Padahal sesungguhnya beliau adalah makhluk yang paling utama dan paling mulia secara mutlak.
Meskipun demikian, beliau melarang mereka agar menjauhkan mereka dari sikap melampaui batas dan berlebih-lebihan dalam menyanjung hak beliau.swt, juga untuk menjaga kemurnian tauhid. Selanjutnya beliau mengarahkan mereka agar menyifati beliau dengan dua sifat yang merupakan derajat paling tinggi bagi hamba yang di dalamnya tidak ada ghuluw serta tidak membahayakan `aqidah. Dua sifat itu adalah Abdullaah wa Rasuuluh (hamba dan utusan Allah).

Sabda Rasulullah shalallahua’laihiwasalam:

Daripada Abi al-`Aliyah, katanya: Kata Ibn `Abbas Pada pagi `Aqabah (musim haji) RasululLah shalallahua'laihiwasalam bersabda kepadaku ketika baginda berada di atas kenderaannya: “Kutipkan untukku (batu-batu kecil untuk melontar jamrah al-`Aqabah)”. Aku pun mengutip batu-batu kecil kesemuanya batu-batu kecil sebesar biji kacang. Apabila aku meletaknya ke dalam tangan baginda, baginda pun bersabda: “(Ya) sebesar ini! Jauhilah kamu melampau dalam agama (al-Ghuluw), kerana sesungguhnya al-ghulu telah membinasakan mereka yang sebelum kamu.”      [HR al-Nasa’i, Ibn Majah dan Ahmad. Disahihkan oleh Ibn Khuzaimah]

Islam hendaklah dipegang dengan kuat dan kukuh tetapi yang dilarang di dalam hadith di atas ialah beramal dengan Islam secara melampaui batasan yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya shalallahua’laihiwasalam. seperti berkeras dalam agama bukan pada tempatnya atau cuba mengamalkannya melebihi kadar yang disuruh. Ini adalah punca kebinasaan.
 
 Kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H):

“Sesungguhnya agama Allah adalah pertengahan antara yang melampau mengenai dan yang meninggalkannya. Allah Ta`ala tidak memerintahkan hamba-hambaNya sesuatu perintah melainkan syaitan akan mengganggunya dengan dua cara. Syaitan tidak kisah yang mana satu dia berjaya. Iaitu samada secara ifrad (melampaui batasan yang sepatutnya dalam beragama) atau tafrid (cuai terhadap agama). Justeru Islam adalah agama Allah yang tidak boleh diambil ajarannya dari sesiapapun selainNya maka syaitan mengganggu kebanyakan mereka yang mengaku mengikut ajaran. Sehingga syaitan berjaya mengeluarkan mereka daripada banyak ajaran syariat. Bahkan syaitan berjaya mengeluarkan banyak puak umat ini yang terdiri daripada mereka yang kuat beribadah dan warak. sehingga menjadikan mereka keluar daripada agama seperti mana melurunya anak panak daripada busurnya, [Majmu’ al-Fatawa,]

Dalam hadith ini Nabi Shalallahua’laihiwasalam telah melarang sikap melampau sekalipun dalam menentukan kadar besar batu yang digunakan untuk melontar jamrah. Ini kerana sikap melampau dalam perkara yang kecil boleh membawa kepada perkara yang lebih besar.
Sikap ghuluw atau melampau ini telah memusnahkan banyak puak dalam beragama. Antara yang golongan yang rosak dalam hal ini ialah puak khawarij yang terlalu ingin kuat dalam pegangan sehingga mengkafirkan sesiapa yang melakukan dosa. Demikian juga Syi`ah yang terlalu ingin mencintai keluarga Rasulullah Shalallahua'laihiwasalam. sehingga melampaui batas dan mencerca para sahabah yang lain. Begitu juga golongan ahli kalam yang terpengaruh dengan falsafah seperti mu’tazilah dan seumpama mereka yang cuba membahas sifat-sifat tuhan melewati batasan yang diizinkan.
Demikian juga golongan sufi atau tarekat yang menyeleweng yang terlalu ingin beribadah sehingga mencipta berbagai bid`ah dalam amal ibadah yang tidak diizinkan oleh syarak.

Rasulullah Shalallahua’laihiwasalam Bersabda dalam Hadith Muslim

عَنْ أَنَسٍ أَنَّ نَفَرًا مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَأَلُوا أَزْوَاجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ عَمَلِهِ فِي السِّرِّ فَقَالَ بَعْضُهُمْ لَا أَتَزَوَّجُ النِّسَاءَ وَقَالَ بَعْضُهُمْ لَا آكُلُ اللَّحْمَ وَقَالَ بَعْضُهُمْ لَا أَنَامُ عَلَى فِرَاشٍ فَحَمِدَ اللَّهَ وَأَثْنَى عَلَيْهِ فَقَالَ مَا بَالُ أَقْوَامٍ قَالُوا كَذَا وَكَذَا لَكِنِّي أُصَلِّي وَأَنَامُ وَأَصُومُ وَأُفْطِرُ وَأَتَزَوَّجُ النِّسَاءَ فَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِي فَلَيْسَ مِنِّي

"Dari Anas bahwa sekelompok orang dari kalangan sahabat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bertanya kepada isteri-isteri Nabi shallallahu 'alaihi wasallam mengenai amalan beliau yang tersembunyi. Maka sebahagian dari mereka pun berkata, "Saya tidak akan menikah." Kemudian sebahagian lagi berkata, "Aku tidak akan makan daging." Dan sebagian lain lagi berkata, "Aku tidak akan tidur di atas katilku." Mendengar ucapan-ucapan itu, Nabi shallallahu 'alaihi wasallam memuji Allah dan menyanjung-Nya, kemudian beliau bersabda: "
Ada apa dengan mereka? Mereka berkata begini dan begitu, padahal aku sendiri solat dan juga tidur, berpuasa dan juga berbuka, dan aku juga menikahi wanita. Maka siapa yang saja yang membenci sunnahKu,bererti bukan dari golonganku."


Demikianlah Islam tidak membenarkan melampaui batasan yang digariskan dalam beramal dengannya. Ghuluw boleh berlaku dalam berbagai bidang dan bentuk. Ianya merangkumi dalam aqidah, ibadah, keruhanian dan berbagai. Umat Islam diperintahkan agar tidak melampau dalam semua aspek amalan agama termasuk terhadap musuh yang menentang agama. Kasih dan cinta kita pada Islam tidak membolehkan kita menzalimi penentangnya.
Firman Allah:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُونُواْ قَوَّامِينَ لِلّهِ شُهَدَاء بِالْقِسْطِ وَلاَ يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلاَّ تَعْدِلُواْ اعْدِلُواْ هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى وَاتَّقُواْ اللّهَ إِنَّ اللّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ   

(maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” [Al Maidah :8]

Umat terdahulu seperti Yahudi dan Nasrani musnah agama mereka disebabkan ghulu. Lihatlah sikapmelampau orang Yahudi menyebabkan mengatakan Uzair anak tuhan. Sikap melampau kristian dalam mengasihi Nabi Isa membawa mereka menganggapnya sebagai anak tuhan.

Asy-Syaikh Abdurahman Alusy Syaikh rahimahullah berkata:

 “Ghuluw adalah berlebihan dalam mengagungkan (seseorang) baik dengan ucapan ataupun dengan keyakinan.”

Asy-Syaikh Muhamad bin Shalih Al-‘Utsaimin rahimahullah berkata:
“Ghuluw adalah melampaui batas dalam memuji dan mencela.”

Kerusakan-Kerusakan yang Terkandung dalam Ghuluw

1.Mendudukkan seorang manusia di atas kedudukan yang seharusnya, yaitu ketika ghuluw terjadi dalam pujian, atau merendahkannya lebih dari kedudukan yang semestinya jika dalam celaan.
2. Menyeret kepada peribadatan manusia terhadap orang yang dighuluwi tersebut.
3. Menghalangi manusia untuk mengagungkan Allah subhanahuwata'ala.
4. Orang yang dighuluwi tersebut akan merasa besar dan ujub dengan dirinya.
(Al-Qaulul Mufid Syarh Kitabit Tauhid, 1/370)

Di Antara Kesesatan Nashara adalah Ghuluw terhadap Nabi ‘Isa a’laihissalam
Di antara sekian kesesatan Nashara adalah ghuluw dalam beragama, khususnya ghuluw mereka terhadap Nabi ‘Isa a’laihisalam. Allah subhanahuwatala berfirman:


يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لاَ تَغْلُواْ فِي دِينِكُمْ وَلاَ تَقُولُواْ عَلَى اللّهِ إِلاَّ الْحَقِّ إِنَّمَا الْمَسِيحُ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ رَسُولُ اللّهِ وَكَلِمَتُهُ أَلْقَاهَا إِلَى مَرْيَمَ وَرُوحٌ مِّنْهُ فَآمِنُواْ بِاللّهِ وَرُسُلِهِ وَلاَ تَقُولُواْ ثَلاَثَةٌ انتَهُواْ خَيْراً لَّكُمْ إِنَّمَا اللّهُ إِلَـهٌ وَاحِدٌ سُبْحَانَهُ أَن يَكُونَ لَهُ وَلَدٌ لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَات وَمَا فِي الأَرْضِ وَكَفَى بِاللّهِ وَكِيلاً
  

"Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu , dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar. Sesungguhnya Al Masih, 'Isa putera Maryam itu, adalah utusan Allah dan (yang diciptakan dengan) kalimat-Nya yang disampaikan-Nya kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh dari-Nya . Maka berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-rasul-Nya dan janganlah kamu mengatakan : "(Tuhan itu) tiga", berhentilah (dari ucapan itu). (Itu) lebih baik bagimu. Sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah dari mempunyai anak, segala yang di langit dan di bumi adalah kepunyaan-Nya. Cukuplah Allah menjadi Pemelihara."[An Nisa':171].

Ibnu Katsir rahimahullah berkata: “Allah subhanahuwatala melarang ahlul kitab dari berbuat ghuluw dan memuji secara berlebihan. Ini banyak dilakukan orang Nashara, kerana mereka melampaui batas terhadap Isa hingga mengangkatnya ke derajat yang lebih tinggi dari derajat yang Allah l berikan kepadanya. Mereka mengangkatnya dari derajat kenabian hingga menjadikannya sesembahan selain Allah subhanahuwatala. Mereka menyembahnya layaknya menyembah Allah subhanahuwatala (Tafsir Ibnu Katsir, 1/ )

Al-Imam Asy-Syaukani rahimahullah berkata: “(Ayat ini merupakan) larangan bagi ahlul kitab dari perbuatan ifrad dan tafrid. Di antara perbuatan ifrad adalah ghuluw Nashara terhadap Isa hingga menjadikannya sebagai Rabb….” (Fathul Qadir, 1/ )

Asy-Syaikh Abdurahman As Sa’di rahimahullah berkata:
 “Allah subhanahuwatala  melarang ahlul kitab berbuat ghuluw dalam agama, yaitu melampaui batasan yang syar’i kepada yang tidak syar’i. Seperti perkataan Nashara dalam berbuat ghuluw terhadap Isa dengan mengangkatnya dari kedudukan nubuwah dan risalah kepada kedudukan rububiyah, yang tidak pantas kecuali bagi Allah .” (Tafsir As-Sa’di, hal. 224)

Allah subhanahuwatala menghukum mereka dengan kekafiran ketika mereka menyatakan adanya sekutu. Allah subhanahuwatala berfirman:



لَّقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُواْ إِنَّ اللّهَ ثَالِثُ ثَلاَثَةٍ وَمَا مِنْ إِلَـهٍ إِلاَّ إِلَـهٌ وَاحِدٌ وَإِن لَّمْ يَنتَهُواْ عَمَّا يَقُولُونَ لَيَمَسَّنَّ الَّذِينَ كَفَرُواْ مِنْهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
 

"Sesungguhnya kafirlah orang-orang yang mengatakan: "Bahwasanya Allah salah seorang dari yang tiga", padahal sekali-kali tidak ada Tuhan selain dari Tuhan Yang Esa. Jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, pasti orang-orang yang kafir diantara mereka akan ditimpa siksaan yang pedih." [Al Midah:73.]

Isa ibnu Maryam dalam Aqidah Islam

Allah subhanahuwatala  dan Rasul-Nya n menjelaskan dengan terang tentang kedudukan Isa yang sebenarnya. Dia adalah seorang manusia, hamba Allah subhanahuwatala  yang dipilih menjadi Rasul.
Islam adalah agama yang adil, tidak mengutuskan Isa seperti yang dilakukan Nashara, juga tidak melecehkannya seperti yang dilakukan Yahudi. Isa adalah manusia biasa yang Allah subhanahuwatala  pilih menjadi salah seorang rasul yang diutus kepada manusia.
Rasulullah shalallahua’laihiwasalam berkata:

مَنْ شَهِدَ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ وَأَنَّ عِيسَى عَبْدُ اللهِ وَرَسُولُهُ وَكَلِمَتُهُ أَلْقَاهَا إِلَى مَرْيَمَ وَرُوحٌ مِنْهُ وَالْـجَنَّةُ حَقٌّ وَالنَّارُ حَقٌّ أَدْخَلَهُ اللهُ الْـجَنَّةَ عَلَى مَا كَانَ مِنْ الْعَمَلِ

“Barangsiapa bersaksi bahwa tidak ada sesembahan yang haq selain Allah tiada sekutu baginya, Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya, Isa adalah hamba dan utusan-Nya kalimat-Nya yang disampaikan kepada Maryam serta merupakan salah satu ruh ciptaan-Nya, syurga adalah haq dan neraka adalah haq, maka akan Allah masukkan dia ke dalam syurga sesuai dengan amalannya.” (HR Al-Bukhari dan Muslim)

Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al-‘Uthaimin rahimahullah berkata:

“Ada dua kelompok yang berbuat ghuluw terhadap Isa ‘alaihisalam:

1.Yahudi mendustakannya. Mereka menyatakan dia adalah anak zina, ibunya adalah pelacur, dia bukanlah seorang nabi, membunuhnya adalah kewajiban dari Allah subhanahuwatala  kepada mereka sesuai dengan syariat mereka. Perbuatan mereka (berusaha membunuh Isa) dipandang dari kacamata syar’i teranggap sebagai pembunuhan, walaupun dari sisi hukum taqdir mereka telah berdusta dalam ucapannya. Mereka tidaklah membunuhnya dengan yakin. Sebetulnya Nabi Isa telah diangkat oleh Allah subhanahuwatala kepada-Nya, lalu Allah tampakkan (kepada mereka) orang yang mirip dengan Isa. Akhirnya mereka membunuh orang yang mirip dengannya tersebut dan menyalibnya.

2. Nashara. Mereka berkata bahwa Isa adalah anak Allah, tuhan triniti mereka. Mereka menjadikannya sesembahan bersama Allah l. Mereka telah berdusta dalam ucapannya.
Adapun aqidah kita (sebagai seorang muslim), kita bersaksi bahwa Isa adalah hamba Allah subhanahuwatala dan utusan-Nya. Ibunya adalah seorang shiddiqah (yang jujur) sebagaimana Allah mengabarkannya demikian. Dia adalah seorang wanita yang menjaga kehormatannya, dia seorang gadis. Permisalan Isa di sisi Allah l adalah seperti Adam ‘alaihissalam. Allah subhanahuwatala  ciptakan dari tanah kemudian berkata kepadanya كُنْ maka jadilah.” (Al-Qaulul Mufid Syarh Kitabit Tauhid, 1/68-69)

Asy-Syaikh Abdurrahman Alusy Syaikhrahimahullah berkata: “Seorang muslim harus bersaksi bahwa Isa ‘alaihissalam adalah hamba Allah  dan utusan-Nya, dengan ilmu dan keyakinan bahwa dia adalah (hamba) milik Allah subhanahuwatala , yang Allah ciptakan dari seorang wanita tanpa laki-laki. Allah Ta'ala berfirman:


إِنَّ مَثَلَ عِيسَى عِندَ اللّهِ كَمَثَلِ آدَمَ خَلَقَهُ مِن تُرَابٍ ثِمَّ قَالَ لَهُ كُن فَيَكُونُ
  

"Sesungguhnya misal (penciptaan) 'Isa di sisi AllAh, adalah seperti (penciptaan) Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya: "Jadilah" (seorang manusia), maka jadilah dia."[Al Imran:59.]

(Isa adalah makhluk) bukan Rabb dan bukan pula sesembahan. Maha Suci Allah  dari apa yang mereka sekutukan. Allah subhanahuwata'ala berfirman:

“Maka Maryam menunjuk kepada anaknya. Mereka berkata: ‘Bagaimana kami akan berbicara dengan anak kecil yang masih di dalam ayunan?’ Isa berkata: ‘Sesungguhnya aku ini hamba Allah, Dia memberiku Al-Kitab (Injil) dan dia menjadikan aku seorang nabi’.” (Maryam: 29-30)

Allah subhanahuwata’ala berfirman:


لَّن يَسْتَنكِفَ الْمَسِيحُ أَن يَكُونَ عَبْداً لِّلّهِ وَلاَ الْمَلآئِكَةُ الْمُقَرَّبُونَ وَمَن يَسْتَنكِفْ عَنْ عِبَادَتِهِ وَيَسْتَكْبِرْ فَسَيَحْشُرُهُمْ إِلَيهِ جَمِيعاً

 “Al-Masih sekali-kali tidak enggan menjadi hamba bagi Allah, dan tidak (pula) malaikat-malaikat yang terdekat (kepada Allah). Barangsiapa yang enggan dari menyembah-Nya dan menyombongkan diri, nanti Allah akan mengumpulkan mereka semua kepada-Nya.” (An-Nisa`: 172)

Seorang mukmin juga bersaksi akan batilnya ucapan musuhnya dari kalangan Yahudi –laknat Allah subhanahuwata'ala atas mereka– yang menyatakan bahwa Isa adalah anak pelacur. Tidaklah benar keislaman seseorang sampai dia berlepas diri dari ucapan dua kelompok ini terhadap Isa serta meyakini apa yang Allah  firmankan, bahwa Isa adalah hamba Allah  dan utusan-Nya.” (Fathul Majid Syarh Kitabut Tauhid, hal. 40)

Peringatan Nabi Muhamad shalallahua’laihiwasalam

Rasulullah shalallahua’laihiwasalam telah memperingatkan umatnya agar jangan berbuat seperti Nashara. Beliau  berkata:

“Janganlah kalian melampaui batas dalam memujiku seperti dilakukan Nashara terhadap Isa bin Maryam. Aku hanyalah seorang hamba, maka ucapkanlah oleh kalian: Hamba Allah dan Rasul-Nya.” (HR. Al-Bukhari)

Yakni janganlah kalian berlebihan dalam memujiku sebagaimana Nashara telah berbuat ghuluw kepada Isa, kemudian menyematkan ilahiyah (ketuhanan) kepadanya. Aku adalah hamba Allah , maka sifatilah aku sebagaimana disifatkan oleh Rabbku. Ucapkanlah oleh kalian: “Hamba Allah  dan Rasul-Nya.” (Fathul Majid, hal. 201)

Dari sini kita mengetahui sesatnya aqidah Sufi yang mengutuskan Rasulullah shalallahua'laihiwasalam hingga mendudukkan beliau di atas kedudukan yang diberikan oleh Allah . Di antara bukti ghuluw kaum Sufi adalah ucapan Al­-Bushiri:

"Wahai makhluk yang paling mulia (maksudnya Nabi Muhammad .)
Siapa selain engkau tempat aku berlindung
Ketika terjadi bencana yang merata
-sampai ucapan dia-
Sesungguhnya di antara kedermawananmu adalah dunia dan madunya (yakni akhirat)
Dan termasuk ilmumu adalah ilmu Lauhul Mahfudz dan pena (takdir)"

Ibnu Rajab berkata: “Dia tidak meninggalkan sesuatu sedikit pun bagi Allah , jika menyatakan dunia dan akhirat adalah dari kedermawanan Rasulullah .”

Asy-Syaikh Ibnu ‘Utsaimin  berkata: “Kami bersaksi bahwa orang yang menyatakan demikian belumlah bersaksi bahwa Muhammad n adalah hamba Allah . Bahkan dia telah bersaksi bahwa Muhammad  memiliki kedudukan di atas Allah . Bagaimana ghuluw sampai membawa mereka dalam batasan seperti ini? Ghuluw mereka ini melebihi ghuluw Nashara yang menyatakan Isa adalah anak Allah . Mereka berkata: ‘Allah adalah satu dari yang tiga’.” (Al-Qaulul Mufid Syarh Kitabit Tauhid)

Walhamdulillah. Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment